Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 21 Disember 2010

Pertemuan yang Tak Disangka...

Terikasih ustaz Fauzi (teman facebook) kerana sudi menjemput saya menyampaikan ceramah Maal hijrah di Masjid Pematang Buluh Kepala Batas. kali pertama saya berkunjung ke sana dan alhamdulillah majlis pun berjalan dengan baik dan lancar. Tak susah untuk mencari masjid ini kerana perjalanan saya dipandu oleh GPS.

Tak sangka Ustaz Fauzi pernah berkhidmat di Tawau. Kedatangan beliau disaat saya mendapat pertukaran untuk kembali ke Semenanjung. Namun dari pengamatan saya beliau mempunyai semangat seorang pejuang kerana seorang pejuang tidak akan duduk diam sentiasa bergerak dan terus bergerak selagi hayat dikandung badan.Teruskan ustaz..

lebih terharu lagi apabila saya bertemu dengan seorang yang saya segani di bumi Sabah yang sanggup datang dari jauh untuk bertemu saya di masjid ini. Beliau adalah Tn Hj Mohammad Abdullah aktivis gerakan Islam yang amat dikenali di Sabah. Saya hampir-hampir tidak percaya apabila beliau menghulurkan tangan bersalaman setelah hampir 16 tahun tidak bertemu.

Dari beliau saya mendapat maklumat bahawa perkembangan Islam amat pesat di Tawau. Beliau telah mengasaskan satu pondok pengajian di Sg Imam tempat saya mengajar dahulu. Saya teringat apabila di tempatkan di sana orang di sana tidak biasa dengan ceramah hinggakan pernah saya berceramah di suatu tempat hanya berdepan dengan pokok-pokok sahaja...manusia tak kelihatan. Pengerusi majlis berbisik pada saya, hantam saja bah ustaz, nak apa dia orang duduk tampat gelap bah ituu. Rupa-rupanya bumi Sg Imam sudah menjadi bumi yang subur dengan Islam

Saya memang bercita-cita untuk berkunjung sekali lagi ke Sabah khususnya Tawau. Insyaallah kalau ada rezeki dan ada kelapangan mudah-mudahan Allah swt memakbulkan doa saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan