Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 23 April 2013

Bawalah kami bersama di bawah lembayung kasih-Mu


"Ya Allah, 
tatkala bahang Mahsyar-Mu 
menjilat tubuh 
izinkan kami sama-sama berteduh 
tatkala mizan-Mu teliti mengira 
beratkan neracanya atas setiap jasa 
naungi kami di sana 
berkat kasih kerana-Mu semata 
andai kulayak ke syurga 
kupinta DIA bersama. 

Ya Allah, 
andai tabah jadi milikku 
tabahkanlah juga hatinya 
andai ikhlas bertakhta di hatiku 
ikhlaskanlah juga dirinya 
lindungi kami 
sayangi kami dengan cinta-Mu yang agung 
kekalkan kami dalam jalan reda-Mu.

Jumaat, 5 April 2013

Madah seorang guru...

Kalau akau mati hari ini
atau beberapa tahun yang terdekat 
(sebelum pencen) rasanya aku mati dalam
keadaan tidak merasa nikmat ibadah
sebagai orang tua yang hampir memegang status
warga emas
aku kekurangan masa senggang yang membolehkan aku
duduk santai di hadapan al quran
atau bersujud waktu tengah malam yang hening
menghadapkan diri kepada Allah
kerana celik ku tak mengira pukul berapa
di kegelapan malam membungkus persekitaran
aku, terpaksa mengalah dengan tugasan
yang hendak dipantau 
nazir & PPD yang perlu menilai kerja kami
data online yang wajib dikejar tarikh tutupnya

Oh tuhan
ampunilah aku
hambaMu yang tidak berdaya