Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 30 November 2010

Jangan salahkan Allah sekiranya...

Jangan salahkan Allah sekiranya...
Selalu sangat menerima musibah Rumah kena masuk pencuri 5 ribu lesap. Lepas tu cermin kereta depan pecah kena Rm 500, lepas tu kena main dengan skim cepat kaya terbang 3 ribu,lepas tu..lepas tu dan lepas tuuu. Seolah-olah duit tak boleh disimpan hilang begitu sahaja. Jangan salahkan Allah,perhatikan adakah pendapatan kita itu berkat di sisi Allah swt. Kerja di tempat maksiat makan rasuah,sapu duit riba,bantai harta anak yatim,makan harta tak faraid atau tidak amanah dengan kerja menyebabkan rezeki yang diterima tidak ada keberkatan dan akan hilang begitu sahaja.

Jangan salahkan Allah sekiranya...
Fikiran berserabut, rungsing,putus asa. Salahkan diri sendiri kerana Allah sendiri berfirman "bukankah dengan mengingati Allah hati jadi tenang"Bagaimana tak berserabut kalau dalam otak penuh dengan dunia...dunia...dunia.

Jangan salahkan Allah sekiranya...
Sering ditimpa penyakit. Darah tinggi,kencing manis,lemah jantung (3 serangkai) lepas tu buah pinggang,kolestrol tinggi, aduhai...banyaknya penyakit. Bagi orang beriman sakit itu kafarah dosa dan bagi orang fasiq sakit itu adalah bala Allah terhadap kejahatannya di dunia jika tak sedar(bertaubat) azab lebih dahsyat akan menanti di akhirat.

Jangan salahkan Allah sekiranya
Anak-anak degil,kepala masam...di sekolah dapat nombur corot sekali. Pasai apa nak salahkan Allah kurniakan anak yang macam tu. Salahkan diri sendiri tak pandai nak disiplinkan anak di rumah. Dengan siapa dia berkawan? Merayau di cyeber cafe main game, mak bapak tak kesah.
Umur dah dekat baligh sepatah haram ayat Quran tak reti baca, sembahyang apatah lagi pasai apa??? Pasalnya mak bapak pun sama...tak sembahyang.

Salahkan Allah adalah satu jenayah

Di zaman Saidina Umar, ada seorang pencuri ditangkap. Apabila ditanya kenapa dia mencuri, dia menjawab: “Sesungguhnya, Allah telah mentaqdirkan aku untuk mencuri” Saidina Umar berkata: “Potong tangannya, dan sebat dia 40 sebatan”

Saidina Ali yang ada ketika itu terkejut: “Wahai Umar, hudud untuk pencuri memotong tangan. Justeru, apa perlunya pada 40 sebatan?”

“Itu adalah ta’zir(hukuman dari pemerintah) kerana dia menuduh Allah SWT sesuatu yang tidak patut dituduhnya” Umar RA menjawab.

Ini menunjukkan bahawa, tuduhan bahawa Allah telah mentaqdirkan kita keburukan-keburkan, adalah satu jenayah. Kita meletakkan kepada Allah kesalahan-kesalahan kita. Sedangkan, pada asalnya, kita tidak akan tahu sesuatu perkara melainkan setelah terjadinya ia. Maka, pada ketika itu kita sepatutnya memilih untuk ke arah kebaikan, bukan mengambil keburukan.


Ikut Hati mati ...Ikut Rasa Binasa


Dulu memang susah nak beli kereta yg elok sikit. Nak buat pinjaman bank bukan main susah lagi bukan macam sekarang. Tak sampai setahun kerja dah boleh pakai Vios, City atau Inspira.

Cerita pasal kereta,saya kerja 2 tahun setengah baru boleh pakai kereta second hand (mazda hatchback 323) Usia masih muda,jiwa pun muda kereta pulak jenis sport. Bila balik kerja member ajak lumba. Tercabar jugak akhirnya apalagi berlumba lah dua tiga biji kereta bila pulang dari kerja. Di Sabah jalan lengang tak sebok macam semenanjung. Berdesup saya pecut kereta saya member pakai kereta K.E 30 dgn Datsun Driving school mana boleh lawan dgn kereta saya. (astagfirullah riak la pulak)

Tak semena-mena di satu selekoh selepas memotong sebiji kereta,saya melihat ada tayar meluncur laju dihadapan memotong kereta saya. Pelik sungguh. Dalam hati berkata ‘tayar sapa pulak ni’ Kereta belakang hon panjang. Saya perlahankan kereta tiba-tiba kereta saya jadi senget,pemegang tayar tersagat di jalanraya. “Alamak tayar aku rupanya tercabut” Nasib baik tayar belakang sebelah kiri kalau tayar hadapan alamat allahyarhamlah saya.

Kisah (11)

Balik semenanjung pakai kereta proton wira stering kayu. Memang cantik tetapi malangnya saya tak berapa confiden dengan stering kerana bila pusing berbunyi macam longgar. Dok tangguh-tangguh nak hantar ke pomen kereta.

Nak jadi cerita lalu depan Sek Men St George Taiping dalam kelajuan 40 KM lebih kurang tiba-tiba stering tercabut. Kereta tengah berjalan sambil tangan dok pegang stering yang tercabut. Panik sungguh dibuatnya. Lucu pun ada jugak nasib baik lah saya seorang sahaja dalam kereta dan kebetulan kereta pun tak banyak. Bayangkan kalau di selekoh atau di tengah jalan berlaku begitu. Allah masih panjangkan umur saya.

Pesan buat anak-anak muda,berhati-hatilah di jalanraya terburu sesaat derita sepanjang masa.

Bahagiakah seorangi suami? @ Bahgiakah seorang isteri?

Bahagiakah seorang suami ….?

sekiranya setiap hari isteri beli lauk pauk di kedai dengan alasan sebuk tak ada masa nak masak. Atau bahagiakah seorang suami bila isteri hanya pandai jaga penampilan diri takut kotor tangan nak jaga kuku takut rosak bila memasak dan buat kerja dapur.

Pandangan ustaz.

Hakikatnya seorang isteri yang memasak untuk suaminya Allah memberi ganjaran yg besar di atas penat lelahnya dan sesungguhnya air tangannya dapat mengikat kasih sayang suami Insyaallah.

Bahagiakah seorang isteri…..?

apabila seorang suami tidak menjamah sedikitpun makanan yg dimasaknya kerana gemar makan masakan si Limah janda anak satu . bahagiakah Seorang isteri bila suami suka membandingkan masakan isteri dengan janda si Limah’

Pandangan Ustaz

Jangan suka mengecilkan hati isteri.dengan membandingkan dgn orang lain.Begitulah sebaliknya. Pernah Rasulullah makan sedikit makanan yang dimasak oleh Aisyah tanpa berkata apa-apa tiba-tiba Rasulullah berhenti dan Aisyah sendiri memahami bahawa Rasulullah tidak menyukai makanan tersebut.Hakikatnya dalam Islam redholah dengan kekurangan dan kelemahan isteri dan anggablah isteri merupakan anugerah Allah yang perlu dijaga dibimbing dengan penuh rasa amanah dan kasihsayang

Bahagiakah seorang suami….?

Isteri sudah kurang memberi layanan apabila telah beranak pinak. Nak makan ambillah sendiri (layan diri) Nak pergi kerja, strika baju sendiri hinggakan nak tidur kena kemas sendiri kain cadar dan kain baju berselerak atas tilam(macam nak buat sarang la pulak) sedangkan isteri sebuk melayan anak-anak dan tidur baring bersama anak-anak.

Pandangan Ustaz.

Dalam Islam melayan suami adalah satu kewajipan. Apabila jiwa suami terluka satu titik hitam akan melekat di hati. Isteri yang mengabaikan suaminya tidak akan dapat mencium bau syurga

Bahagiakah seorang isteri ….?

Suami terlalu berkira soal nafkah mentang-mentanglah isteri seorang yg ada kerjaya.(gaji besar pulak tu) Beras habis,susu habis ,gas utk memasak habis dia buat dek je,(selamba beruk…mata dok klip pok..,klip pok) akhirnya isteri juga yang keluarkan duit beli keperluan rumah

Pandangan Ustaz.

Dalam Islam suami yg mengabaikan nafkah rumahtangga adalah pengkhianat rumahtangga kerana mengkhianati amanah Allah sepertimana firman Allah dalam Al-Quran ‘Lelaki adalah pemimpin kepada orang perempuan” Kelak di akhirat ia akan disoal di hadapan Allah apakah tanggungjawab terhadap keluarganya.?

Bahagiakah seorang suami….?

Isteri suka berborak dengan jiran-jiran tetangga di hadapan rumah (terutama di kawasan taman perumahan) pagi sekali (time suami kerja) dan petang sekali hingga kekadang bunyi azan maghrib baru balik ,walaupun kita tak tahu apa yang mereka borakkan .

Pandangan Ustaz .

Tak salah sekali sekala berkumpul bertanya khabar sesama jiran tetangga untuk merapatkan hubungan. Tapi kalau dah setiap hari dalam Islam di sebut ghullu (melampaui) Ini tidak baik, takut terlajak sehingga mengumpat atau menfitnah. Elakkanlah dari dosa yang keji ini.

Bahagiakah seorang isteri i…?

Rajin suami pergi surau tetapi balik dari solat isya’ suka sangat singgah di kedai kopi. lepak dengan kengkawan hingga larut malam sambil tengok wrestling WWE atau bola sepak atau lawan main dam. (Orang naik haji sekali, dia dah berpuluh kali …haji dam)

Pandangan Ustaz

Dalam Al-Quran Surah Al-Mukminun dinyatakan orang yang mendapat kemenangan dunia akhirat antaranya ialah orang yang meninggalkan perkara lagha. Lagha ini akhirnya boleh membawa dosa.

Bahagiakah seorang suami…?

Bila keluar rumah bukan main lagi tabaruj. Muka disapu bedak,pakai lipstik merah menyala, wangi pulak tu sampai suami pun dah tak kenal. Tapi di rumah selekehnya,…rambut macam roti kirai,bedak sejuk bertampung dimuka..kain batik dok ikat kat dada je…suami tengok pun naik melugai…

Pandangan ustaz

Kecantikkan isteri untuk siapa? Tak cantik pun tak apa asalkan sedap mata memandang. Isteri yang mempamirkan kecantikkan dan keayuan pada bukan mahram nya mengundang kepada zina mata. Berapa ribu mata lelaki yang memandang dengan penuh syahwat sebanyak itulah juga dosa yg terpaksa ditanggungnya

Bahagiakah seorang isteri…?

Sama-sama balik kerja. Sama-sama penat. Isteri bergegas ambil penyapu, cuci pinggan mangkuk di dapur. Suami duduk relex atas sofa baca surat khabar sambil arah isteri ‘kopi satu..kaw…kaw punya…! (dia ingat restoren ke?)

Pandangan ustaz

Resepi kasih sayang salah satunya ialah ‘At-Tafahum” saling memahami. Berkerjasamalah demi untuk menjana kebahagian. Suami boleh bancuh air sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri atau kalau isteri sebok memasak temani isteri sambil puji-puji sikit. Isteri ni kalau kena puji macam rori meery kembang, letih bekerja pun hilang.

Isnin, 29 November 2010

Takdirnya manusia boleh memberi hidayah...?


Takdirnya hidayah di tangan manusia nescaya nabi Adam akan memberi hidayah kepada putranya Qabil apabila tidak dapat mengahwini Iqlima. Sudah tentu tidak akan berlaku pembunuhan terhadap saudaranya Habil. Namun Allah yang memberi hidayah kepada Habil dan Qabil berada di dalam kefasiqan walaupun bapanya seorang Rasul Allah.

Anak nabi Noh,Kanaan tidak akan mati ditenggelami banjir sekiranya hidayah di tangan Nabi Noh a.s. Seruannya tidak diterima,panggilannya dipandang sepi sehinggalah umatnya dimusnahkan oleh Allah swt. Allah memberi hidayah kpd siapa yg dikehendaki dan menghancurkan siapa yg Ia kehendaki.

Asad bapa Nabi Ibrahim. Sanggup melontar anaknya dalam api yg marak menyala.Menjadi pengikut Namrud yg taat serta pembikin berhala yg mahir. Dari benihnya lahirlah Khalilullah Nabi Ibrahim tetapi anaknya tidak mampu untuk menjamin bapanya ke Syurga.

Siapa yang membongkar rahsia kedatangan dua pemuda ke rumah Nabi Luth a.s. Ia telah mengkhianati suaminya sendiri Nabi Luth. Isteri yang dianugerahkan Allah seorang suami bermartabat rasul Allah tidak mampu mentarbiah isterinya menjadi wanita yg solehah kerana semua yg berlaku adalah ketentuan dari Allah swt. isterinya antara yang ditenggelami oleh bumi dlm satu gempa yg amat dahsyat.

Abu Talib memelihara Rasulullah ketika usia nabi 12 tahun lagi. Kasih sayang yg diberikan pada anak saudaranya itu tidak berbelah bagi hinggalah ke akhir hayat. Tetapi malangnya ia mati kufur tidak beriman kepada Allah meskipun Rasulullah saw cuba memujuknya.

Andainya Allah memberikan para Rasul dan para du'atnya anak kunci hidayah. Nescaya tak perlu lagi berkuliah berceramah dan bertazkirah di sana sini. Akan ku cipta pil hidayah. Siapa yg tak pandai mengaji nah... makan sebiji lepas tu jadi pandai mengaji. Malas sembahyang ? telan 2 biji pil hidayah ? Tetapi semua manusia tidak mampu utk beri hidayah kerana Allah menciptakan makhluknya kemudian Allah nak menguji dengan pelbagai ujian sama ada mereka beriman ataupun tidak.
Wallahuaklam

Saja Nak Tukar Selera...

Kadang -kadang terasa juga nak cuba pelbagai resepi masakan. Tapi saya memang tak ada masa. Saya juga bukan pakar masakan macam Cef Wan. Saya stat memasak ketika hidup bersendirian kerana belajar sejak usia 7 tahun kemudian duduk asrama di sekolah agama rakyat pun kena masak sendiri.

Biasanya bila sambutan hari raya atau hari istemewa adalah saya masak untuk keluarga jiran tetangga,sahabat handai untuk 70 orang tetamu spt nasi beriani,nasi ayam atau nasi tomato.

kali ini saya nak try pula resepi baru kut sedap. Saya baru dapat resepinya insyaallah kita kongsi sama-sama.




Bahan:-

1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).

SAMBAL ASAM TOMATO
  • 5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
  • 3 biji tomato - didadu
  • belacan yg dibakar sedikit
  • air asam jawa
  • gula melaka
  • garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak.

BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan - (sukat 3 cawan)
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging (sukat 3 cawan)
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)

  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng


    Bahan:-
    • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
    • 3 camca besar minyak sapi
    • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
    • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
    • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
    • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
    • 1/3 cwn kismis
    • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
    • Sedikit pewarna kuning- guna
    • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
    • Garam secukup rasa.

    Cara penyediaan:-

    1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
    2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
    3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
    4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
    5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
    6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

      Beras Basmathi agak mahal biasanya saya gunakan beras biasa,tetapi beras itu hendaklah ditumis sekali dengan rempah masakan,tujuan nak matikan kanji (tidak berkanji) kemudian barulah masukan air ikut sukatan. Confirm macam beras basmathi


Ahad, 28 November 2010

Tak pasal-pasal dapat Dosa Kering...?


Lampu traffik merah. Di hadapan berhenti sebuah motor kapcai ditunggang oleh seorang amoi muda pakai mini skirt pendek. Peha putih melepak. Tak kan nak pandang kelain. Tengok lampu takut bertukar hijau dalam waktu yg sama dapat dosa kering dengan peha amoi yang dok tayang depan kita. Astaqfirullah mulut dok sebut mata dok tengok jugak.

Seronoknya bersembang...dalam seronok tu tercerita pulak kisah rumahtangga sendiri. "Suami I bukan main malas lagi. kain baju lepas pakai main campak tak pandai nak sangkut-sangkut..." Suami I pulak metekedaghah kuat, tu yang perut boroi macam mengandung 8 bulan" Lepas tuu pakat gelak, seronok cerita pasai keburukan suami. Kan tak pasal-pasal dapat dosa kering.

"Ni karpet mana pulak..?" tanya si suami bila pulang dari kerja. Tadi pakistan jual karpet datang rumah,teringin sangat... jadi saya beli. Lagipun saya beli dengan duit saya sendiri tak usik duit awak pun." Kata si isteri. Tak pasal-pasal dapat dosa kering . Sebabnya
i-membenarkan orang yang bukan mahram datang ke rumah tanpa pengetahuan suami walaupun atas urusan jual beli
ii-Suami sebagai pemimpin rumahtangga. Wajib bagi isteri mohon izin suami kalau nak membeli sesuatu untuk keperluan bersama, kecuali urusan peribadi.

"Assalamualaikum sweet girl...tak jawab berdosa tau?" Usik mamat jalanan pada sekumpulan anak gadis. Nak cakap pasal dosa konon. Hang tu yang dapat dosa kering bagi salam tak ikhlas ada udang disebalik batu.

Sabtu, 27 November 2010

Tak Kuasa Aku Nak Melayan...

Tak kuasa aku nak melayan ....
Sibodoh sombong.
Cakap tak pernah kalah. Tau itu... tau ini... tapi semuanya kosong. Lagi banyak cakap lagi terserlah kebodohannya.

Tak kuasa aku nak melayan.....
Ampu sana wa ampu sini atau lebih jelas lagi kaki bodek. Orang macam ni lebih pentingkan diri sendiri dari orang lain. Sanggup pijak kepala kawan kerana nak ambik hati boss

Tak kuasa aku nak melayan...
Orang yg hipokrit. Golongan spesis sesumpah atau pok-ke ni memang bahaya berkawan. Depan kita manis berkata-kata belakang dia taji kita habis-habisan

Tak kuasa aku nak melayan...
Orang yg terlalu sensitif. Tegur sikit merajuk. Semua nak ikut kehendak dia. kalau bebudak biasalah... tapi kalau dah jadi bapa budak atau mak budak...hodoh bebenor.

Tak kuasa aku nak melayan....
Buta hati perut walaupun mata tak buta. Cerita bab agama lari. Cerita pasai pompuan,pasai saham nak cepat kaya bukan main bersemangat lagi.

Tak kuasa aku nak melayan...
Orang yang gedik semacam. Kalau sesama jenis cakap tak payah pakai speker sebatu pun boleh dengar...tapi kalau berlawanan jenis lembut, lentok.... lembut gigi dari lidah.

Tak kuasa aku nak melayan.....
Orang yang kuat berahsia...ada kaa patut kita tanya, "Boleh tahu siapa yg bercakap dlm telefon nii..?" selamba je dia jawab "biarlah rahsia..." (buat-buat macam suara siti Norhaliza menyampah aku rasa nak terkeluar je lidah aku nak kata macam-macam tapi tak tergamak.)


Cobaaaan... Ini bukan cobaan ini betul-betul...!


Betapa besarnya nilai Rm 5 yg diinfakkan pada tabung masjid.
Betapa kecilnya nilai Rm 5 jika berbelanja di Tesco,Giant atau Econserve

Betapa terasa lama mendengar kuliah ilmu biarpun tak sampai 1/2 jam
Betapa terasa singkatnya menonton telenovela di layar Tv walaupun berjam-jam

Betapa susahnya nak berdoa kepada Allah setiap hari
Betapa mudahnya mencari aib orang dan menabur fitnah

Betapa sulitnya untuk tadabbur isi kandungan Al-Quran walaupun hanya satu helai
Betapa mudahnya menghabiskan satu majalah hiburan walaupun setebal100 helaian

Betapa berebut-rebutnya untuk di hadapan pentas menonton konsert hiburan
Betapa selesanya duduk menyandar di belakang sekali ketika khutbahjumaat dibaca

Betapa gementarnya kita ketika dipanggil mengadap bos di pejabatnya
Betapa beraninya kita tidak mengadap Allah swt ketika azan bergema

Betapa tekunnya kita mengadap facebook berjam-jam sambil syok sendiri.
Betapa sambil lewanya kita mengadap kitab-kitab agama sehingga tak tahu halal dan haram

Jumaat, 26 November 2010

Kenapa Rasa Malu Dipanggil ...?


Kebetulan terjumpa sahabat lama.Sama-sama dalam pengajian jurusan pendidikan Islam. "Assalamualikum ustaz? lama kita tak jumpa" Tiba-tiba riak wajahnya berubah tidak menyenangi panggilan itu. "Saya bukan lagi ustaz,saya dah tukar profesion sekarang jadi Tok penghulu mukim"

Saya tersenyum sendirian. Seorang ustaz disebuah sekolah sanggup sambung pengajian dan menukar jurusan dari pengajian Islam kepada pengajian Bahasa melayu akhirnya berbangga dengan title cikgu bahasa bukan lagi ustaz. Seorang ustaz sekolah rendah berkata kepada saya "Jangan panggil saya ustaz,panggil guru agama sudahlah.." Nak pecah perut saya menahan tawa.

Diceritakan seorang ustaz pernah ditolak peminangannya kerana kononnya tak punya masa depan.Tetapi terbukti walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap dan bergaji besar ustaz tersebut dapat mengajar di masjid-masjid, Surau dan jabatan-jabatan di Ibu Kota sehingga boleh membeli sebuah rumah dan dua buah kereta.Murahnya rezeki dengan keberkatan ilmu yg disampaikan.

Mengapa malu dengan panggilan ustaz? Ini adalah anugerah ilahi yang mengangkat martabat seseorang lebih tinggi dari orang lain. Mungkin dengan panggilan itu menghalang kita dari melakukan sesuatu yg boleh menjejaskan imej ustaz. Seorang ustaz mesti bersifat warak. Tak boleh pakai baju bergambar,berseluar jins lusuh dan sebagainya. Apatah lagi seorang ustaz tak boleh terlalu sporting dalam satu-satu majlis yang ada unsur-unsur lagha sehingga boleh menjatuhkan martabatnya.

Atas faktor inilah saya kira kenapa orang takut dengan gelaran ustaz. Apa yang paling penting al-hukamak menyatakan kamu akan diberikan kemuliaan oleh Allah jika kamu berakhlak dan berprinsip. Biarpun manusia seluruh mencemuh dan memencilkan diri dari kamu.

6 perkara yang tak boleh dibeli...

1-MASA

Wang berjuta tak akan boleh membeli masa. Masa akan terus berlalu. Ia seperti air sungai yg akan sentiasa mengalir ke muara. 24 jam berlalu jika tak dimenafaatkan ia akan berlalu dengan sia-sia.

2-KEBAHAGIAAN

Andaikata kebahagian boleh dibeli sudah tentu Lady Diana akan hidup tenang,bahagia tanpa skandal dan akhirnya terbunuh. Begitu juga Micheal Jackson punya jet peribadi.Punya mahligai indah di puncak desir angin. memiliki segalanya tetapi ia tidak mendapat kebahagiaan.

3-CINTA

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang. Kalau lihat mesej dalam cerita Ahmad Al-Bab arahan P.Ramlee sudah cukup menjelaskan segala-galanya.

4-PERSAHABATAN

Jika bersahabat kerana wang,persahabatan itu terlalu rapuh dan kepura-puraan. Andaikata memilih sahabat kerana Allah insyaallah ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Justru sahabat sejati tidak boleh dibeli dgn wang

5-SIHAT

Kalau ditakdirkan kita sakit,pergi berubat diserata tempat, duit habis beribu-ribu....sakit tetap tak sembuh-sembuh. Ini menunjukkan wang tidak bleh memberikan kesihatan pada kita. Semuanya di tangan Ilahi.

6-KEMATIAN

Kematian tidak ada tawar menawar. Jika sudah sampai hukum ajal akan datang menjemput. bayangkan kalau nyawa boleh di beli di Tesco,Giant atau Econserve rasanya makin ramailah mat rempit berlumba haram di jalanraya.

Rakyat didahulukan...lawak...lawak...


Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Bayangkan sebanyak RM65 juta untuk tempoh dua tahun. Untuk tahun hadapan kos pengubahsuaian sebanyak RM19.5 juta. Maksudnya berbaki sebanyak RM45.5 juta untuk tahun 2012. Sedangkan kos sebanyak itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang jauh lebih memerlukan daripada pengubahsuaian tersebut.

Apa yang kami kesalkan adalah, kenapa setiap kali tukar Perdana Menteri, setiap kali itulah kena ubahsuai? Sampai berjuta-juta pulak tu. Kami tahu kos sebenarnya tidak lah sampai 7 angka, namun sebab “mark-up”, atas sebab bagi projek pengubahsuaian kepada kroni-kroni, sebab tu jadi sampai berjuta-juta.

Tak rasa malu ke, guna duit cukai yang disumbangkan oleh rakyat malaysia untuk ubahsuai rumah sampai RM 19.5 juta? Apa yang rosak? Nak salut emas ke setiap jamban dalam rumah Sri Perdana tu? Ubahsuai ini sebenarnya tidaklah terlalu penting.

Lebih-lebih lagi, ianya bukan rumah sendiri. Esok-esok, tukar Perdana Menteri, kena keluar dari rumah. Jadi, apa relevannya nak ubahsuai sampai RM 65 juta peruntukan diberi?

Kalau penjawat awam mintak bonus, bukan main mengelat lagi. Kata bagi implikasi besar. Habis tu ubahsuai RM 65 juta, apa implikasinya kepada rakyat? Rakyat dapat tidur sekali ke dalam rumah tu? Nak masuk jengah kat pintu pagar pun belum tentu lepas.

Tak perlulah nak ubahsuai rumah Sri Perdana tu. Barang-barang dalam tu pun, masih banyak lagi yang elok. Malu la sikit, rakyat lain bergolok gadai simpan duit nak ubahsuai rumah. Ada yang bumbung bocor pun tak dapat nak betulkan lagi. Ada jugak yang tak ada rumah langsung!

Jangan Jadi Kiambang timbul di air akar tak jejak ke bumi


Dalam peristiwa mikraj Rasulullah telah diperlihatkan isi neraka dimana golongan wanita paling ramai menjadi penghuninya. Saya geleng kepala tak tau nak buat apa bila melihat wanita Islam bertudung tapi masih berpakaian seluar ketat dan sendat. Bahkan ada antaranya adalah ahli pengajian saya.


Bertudung bukan lagi kewajipan, Tetapi kerana nak ikut fesyen. Macam-macam bentuk tudung direka.Selempang sana, selempang sini, bertudung sekerat jambul terkeluar sehinggakan saya terpandang seorang pengacara tv berpakaian seperti gambar di atas. Bukankah ia menyerupai pakaian biarawati kristian. Bacalah hadis di atas dan fahami betul-betul.


Ini tudung bonggol unta @ jambatan P.Pinang. Akhir zaman nanti kata Nabi akan muncul wanita bertudung tetapi kelihatan seperti bonggol unta jalannya berlenggang-lenggok macam itik pulang petang. Sekarang dah terbukti di hadapan mata kepala kita. Aduhai wanita islam mudahnya kamu ke syurga tapi jalan ke neraka yang engkau pilih.

Aku Dah Letih...


Kita mengeluh tentang keletihan. Tetapi itulah fitrah kejadian manusia yang diberi nafsu. Letih kerana bekerja.Letih kerana menguruskan rumahtangga dan..letih kerana melayan karenah anak-anak apatah lagi dimusim cuti sekolah.

Aku juga manusia biasa,balik dari kuliah di Masjid memang rasa letih tapi susah nak tidur. Biasalah semakin meningkat umur semakin kurang tidur. Besok pagi pergi kebun,menebas,meracun,membaja dan mengutip hasil.Memang letih tapi seronok kerana badan berpeluh. Letih mengajar lain...Badan letih dek kerana otak letih. Peluh tak keluar dan penyakit mudah datang. Fikir balik rasa macam nak pencen awal.

Bagi isteri-isteri yang suka mengeluh keletihan kerana menguruskan rumahtangga perlu mengambil pengajaran dari Rasulullah saw dan kisah ini boleh dijadikan iktibar.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.
”Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.

”Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Khamis, 25 November 2010

Bebudak Nak Jadi Orang Tua...Orang Tua Nak Jadi Bebudak...Ni apa hal?

Dunia sentiasa berputar. Anak-anak teruja nak jadi remaja,remaja tak sabar nak jadi orang dewasa. Orang dewasa akan jadi tua. Jadi orang tua beruntung kerana kita akan menghargai waktu sepi. Kita akan sedar walaupun duit bertimbun tak akan berguna kalau kita mula diserang penyakit.

Nak makan daging tak boleh sebab ada darah tinggi. Dulu kencing masin dah tua jadi kencing manis dah tak boleh minum teh tarik. Tengok pulak orang bakar sotong meleleh air liur doctor kata jangan makan kita ada ghaut. Apa nikmatnya duit banyak tapi tak boleh dimenafaatkan

Kalau kita tanya pada anak-anak. Mereka akan kata syoknya kalau jadi orang tua (dewasa) Ada duit banyak,boleh pakai kereta dan macam-macam lagi. Orang tua nak jadi bebudak, boleh dapat apa yg mereka hendak,tanggungjawab langsung tak dak.

Tapi ingat janji Allah manusia tidak akan balik muda seperti air sungai yang tidak akan berpatah balik ke ulu sungai. Hidup ini akan mati, akan bercerai juga antara roh dan jasad. Selamat tinggal dunia, selamat menempuh alam barzah. Isteri nyg kita sayang akan cepat-cepat panggil tok siak Masjid mandi dan kafankan agar mayat tidak berbau Itulah putaran hidup kita sebagai hamba yang Maha Esa.