Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 29 November 2010

Saja Nak Tukar Selera...

Kadang -kadang terasa juga nak cuba pelbagai resepi masakan. Tapi saya memang tak ada masa. Saya juga bukan pakar masakan macam Cef Wan. Saya stat memasak ketika hidup bersendirian kerana belajar sejak usia 7 tahun kemudian duduk asrama di sekolah agama rakyat pun kena masak sendiri.

Biasanya bila sambutan hari raya atau hari istemewa adalah saya masak untuk keluarga jiran tetangga,sahabat handai untuk 70 orang tetamu spt nasi beriani,nasi ayam atau nasi tomato.

kali ini saya nak try pula resepi baru kut sedap. Saya baru dapat resepinya insyaallah kita kongsi sama-sama.




Bahan:-

1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).

SAMBAL ASAM TOMATO
  • 5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
  • 3 biji tomato - didadu
  • belacan yg dibakar sedikit
  • air asam jawa
  • gula melaka
  • garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak.

BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan - (sukat 3 cawan)
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging (sukat 3 cawan)
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)

  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng


    Bahan:-
    • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
    • 3 camca besar minyak sapi
    • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
    • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
    • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
    • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
    • 1/3 cwn kismis
    • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
    • Sedikit pewarna kuning- guna
    • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
    • Garam secukup rasa.

    Cara penyediaan:-

    1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
    2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
    3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
    4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
    5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
    6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

      Beras Basmathi agak mahal biasanya saya gunakan beras biasa,tetapi beras itu hendaklah ditumis sekali dengan rempah masakan,tujuan nak matikan kanji (tidak berkanji) kemudian barulah masukan air ikut sukatan. Confirm macam beras basmathi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan