Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 4 Ogos 2013

Adakah aku sedar kediri...

Kadangkala aku terfikir jugak, ujian kesenangan dan kemewahan itu lebih sukar dari ujian kepayahan dan kesusahan. Bukan aku tak mau senang dan nak sangat supaya aku hidup susah, tapi aku lebih suka muhasabah diri supaya aku sedar kediri dalam menempuh ranjau kehidupan duniawi yang serba mencabar ini.

Pokok yang paling penting ialah syukur dan sabar. Syukur bila kita mendapat nikmat kesenangan dan sabar pabila menerima musibah dan kesusahan. Aku bertekad dan berazam bulam Ramadhan kali ini nak menumpukan kepada peningkatan amal ibadatku secara zahir dan bathin. Memang program ihya Ramadhan kali ini aku bagi full dengan setiap malam aku menjelajah dari masjid ke masjid dan surau ke surau bagi memenuhi jemputan. Kebun tolak  ke tepi nanti lepas raya baru nak jenguk.

Namun Allah uji bila secara tiba-tiba  teringat nak jenguk kebetulan aku ada tazkirah dekat surau berdekatan pada sebelah malamnya. Terbakar jugak hati bila tengok habis buah sawit dikait oleh orang yg tak bertanggungjawab. Masa tu kalau dapat rasa nak lepuk kepala si pencuri yang tak ingat dosa mencuri terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia. Bila direnung balik aku cepat-cepat beristiqfar...baru Allah uji sikit aku dah jadi tak ketahuan beremosi dengan harta dunia... Lalu hati kecil ku berkata mungkin sipencuri ini terlalu susah kut...mencuri kerana nak beli baju raya anak.... Aku redha dan pasrah di atas ketentuan Ilahi, rezeki di tangan Allah swt. dan  musibah yang aku terima mungkin kafarah atas dosa yang aku lakukan tanpa aku sedari

Tanpa mengingati Allah swt, tanpa mentauhiskan Allah, tanpa meletakkan Allah pada kedudukan yang paling tinggi di dalam hati kita tidak mungkin kita dapat menyedari atau mengaitkan setiap kejadian dalam kehidupan di mana kita harus kembali kepada Allah yang Maha Esa. Ertingnya jika sesuatu kejadian menimpa kita cuba kita cari dahulu dimanakah salah kita, amanah yang telah kita lakukan sehingga Allah murka dan tinpakan musibah kepada kita.

Ya Allah janganlah Engkau jadikan hamba-Mu ini lupa kediri..

Rabu, 10 Julai 2013

Ibadah yang gopoh

"Ustaz saya tak suka solat tarawih kat masjid tu..?"" Saya tanya pasai apa ...? "Lambat sangat baca slow mata cepat mengantuk... saya suka solat kat Masjid yang lagi satu sebab cepat... 1/2 jam selesai solat tarawih.

Satu daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya. 

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan. 

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Khamis, 27 Jun 2013

Akhir Zaman: Manusia terakhir tinggal di bumi adalah manusia tidak beriman

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kemudian Allah melepaskan angin sejuk yang berhembus dari Syam. Maka tidak ada seorang pun dari manusia yang beriman kecuali dicabut nyawanya sehingga yang tinggal hanya manusia jahat yang tidak mempunyai keimanan. Mereka tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk hingga syaitan muncul dan berkata, "Mengapa kamu tidak memenuhi seruanku saja?" Mereka menjawab, "Apa yang kamu perintahkan kepada kami?" syaitan memerintahkan kepada mereka untuk menyembah berhala. Maka merekapun mengikuti saranan tersebut. Sedangkan, mereka berada dalam kehidupan yang serba kecukupan, kemudian hari kiamat pun datang. "(HR Muslim dan HR Ahmad)

Dari hadis di atas, dapat diketahui sifat sifat orang yang mengalami kiamat, bagaimana Allah memberikan kenikmatan yang melimpah ruah kepada mereka dan orang orang beriman semuanya dimatikan walaupun kadar keimanannya hanya sedikit. Hal tersebut merupakan keagungan rahmat dan anugerah Allah bagi mereka. Dari hadis di atas, juga dapat diketahui tentang kiamat yang menghancurkan langit, bumi, bintang bintang, runtuhnya gunung-gunung, tumpahnya air laut dan sungai serta pelbagai pandangan yang mengerikan yang lain. Selain itu, hadis tersebut menyebutkan bahawa hanya orang orang jahat-orang yang mencampur adukkan keimanan, kekufuran, dan kemusyrikan yang akan mengalami kiamat. 

golongan yang tak dipedulikan...siapakah mereka?

Daripada Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ˜Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Fudhalah bin ˜Ubaid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

Tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka : Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya dan mati sebagai penderhaka. Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati. Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya telah mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias selepas ketiadaan suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu: Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah kerana pakaian Allah ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan. Dan seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa dari rahmat Allah.

Akhir Zaman: Laut pada masa depan apabila lautan dijadikan meluap

Tahukan anda gunung krakatau di selat sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus.

Maklumat tentang gunung berapi yang tumbuh dilautan, beberapa tahun lalu para saintis mendapati letusan gunung berapi yang sangat besar di dasar laut akibat celah panjang yang berada pada kedalaman 2500 meter di bawah permukaan laut. Apabila letusan kuat berlaku sehingga cecair lava berkumpul dan kemudiannya naik membentuk awan berapi setinggi 250 meter di permukkan laut dan akan memanaskan air secara drastik.

Para saintis mengenal pasti letupan tersebut akan terus berulang sehingga pada beberapa waktu tertentu, bahkan bagi siapa yang memantau gunung berapi ini beserta letusan gunungnya terasa seperti terbakar di depan laut yang tidak akan padam.

Terdapat beberapa retakan yang memyelubungi dasar lautan dan di dalam laut terdapat celah-celah kerak bumi dan dimana cairan magma memancut keluar dari perut bumi. Jelas keadaan laut pada ketika itu seperti dibakar oleh kepanasan lava tersebut. Seperti telah disebutkan dalam Al-Quran, sewaktu Allah swt berfirman dengan Laut-Nya yang terbakar (menyala), Firman-Nya:

"Demi laut yang penuh gelombang," [QS. At-Tuur: 6].

Jika benar Al-Quran adalah produk budaya manusia di Zaman munculnya, sejaka empat belas Abad lalu Ummat manusia hanya menyakini berbagai legenda, mitos-mitos yang jauh dari fakta ketika berbica tentang misteri Laut, tetapai kitab suci Al-Quran dengan segala bukti Ilmiah sama sekali bersih dengan hal-hal demikian, tidak lain kerana Al-Quran diturunkan oleh Sang Maha Mengetahui.

Jika seseorang bertanya tentang misteri kewujudan retak tersebut, mengapa Allah swt menciptakan bumi dengan begitu banyak retakan? Jawabanya jika seandainya bumi ini hanya sebuah planet tanpa retakan maka reaksi panas Bumi akan tertahan di bawah sehingga akan mencetuskan Letupan besar yang menghacurkan keseluruhan planet ini.

Maka dari itu mungkin boleh dikatakan bahawa keretakan itu adalah celah pernafasan bagi Bumi kita, darinya keluar beban, suhu panas dan tekanan jika berlebihan. Atau ibarat injap keselamatan yang menjaga kestabilan dan keseimbangan bumi.

Sesungguhnya fakta tentang lautan yang diluahkan atau البحر المسجور sudah diyakini kepastiannya dan kita sekarang boleh melihat lava di dasar laut yang terpancar dan memanaskan air Laut. Hakikat ilmiah ini tidaklah diketahui hingga berlalunya bepuluh-puluh Abad setelah diturunkannya Al-Quran. Bagaimana boleh pengetahuan tersebut ada dalam Quran dan siapakah yang membawanya pada waktu itu?

Sesungguhnya Allah swt yang Maha mengetahui segala yang tersembunyi dan yang memberitahu kita tentang nyala Api dalam Lautan dan menjelaskan tentang laut di masa depan ketika api semakin menyala:

"Dan apabila lautan dijadikan meluap," (QS. At-Takwir: 6).

Kemudian hari di mana Lautan meletup:

"Dan apabila lautan dijadikan meletup," (QS. Al-Infihaar: 3).

Di sini kita mencari sebuah kaedah baru Al-Quran dalam membuktikan fakta-fakta ilmiah di masa depan, sama seperti laut yang kita lihat pada masa ini yang mana mencetuskan hanya beberapa peratus. Pada masa akan datang dimana perut bumi mengeluarkan semua beban-bebannya dan kemudian meletup, inilah bukti ilmiah tentang kebenaran hari kiamat.

"Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya," (QS. Al-Zilzal: 2)