Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 28 Februari 2011

Pokok Petai Menangis...biar betul..


KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan menangis, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.
Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.
Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan, katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai menangis.
Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya, katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.
Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat, katanya. - HMetro

Ribena Ada campuran Arak...

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Oleh : PieLan

Antara ibu dan anak...

Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah dengan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beerapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya.

"Bagaimana keadaannya, doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaanya amat kritikal. Si ibu sudah tidak sedarkan diri." Jawab doktor itu.

"Jadi,bagaimana doktor..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."

Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata apa-apa...

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat membuat pilihan!"desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati,lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah satu salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Seorang doktor beragama Kristian/ Katolik, ia akan beruasaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, kedua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad. Mengapa ia boleh berlaku sedemikian?

Dalam agama Kristian, setiap manusia yang lahir membawa dosa, doktrin ini dikenali dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa . Untuk menebusnya, ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya menyelamatkan si anak,agar ia dapat lahir dengan selamat dan sihat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, dengan tujuan untuk menebus dosanya. Ini kerana dosanya belum sempat ditebus.

Dalam Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan fitrah dan suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana ia tidak bimbang akan bayi yang masuk neraka. Dengan terselamatnya si ibu, Insya-Allah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan ke dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tidak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini, ada banyak agama dan kepercayaa. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kisah ini adalah salah satu daripadanya contohnya. Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan untuk mencari ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.

Sabtu, 26 Februari 2011

Perghhh nikmatnya gulai semilang...

ikan semilang adalah salah satu ikan yang diburu oleh pemancing. Dagingnya lembut, manis dan beraroma. Biasanya dimasak gulai atau dipanggang cicah ngan air asam...memang terangkat.

Hari ini aku ada program maulidul Rasul di Surau Bt Hampar sekitar jam 11 pagi. Aku balik awal sikit tengok kebun sawit dah sebulan lebih tak jengok. Kebun pun tak jauh sangat dengan tempat program. Buah dah terlampau masak banyak yang dah relai..terpaksalah ambik cop dan kait buah sawit. !0.30 pagi selesai bergegas ke tempat program..di surau dah ramai jamaah yang menunggu.

Biasalah dalam ceramah yang dihadiri oleh ibu-ibu dgn membawa anak kecil, agak mengganggu sedikit perjalanan dan kelancaran program kerana ada anak-anak yang menangis dan kanak-kanak berlari ke sana sini dalam surau...budak-budaklah katakan.

Lebih kurang 20 minit ceramah masuk pula beberapa orang dengan membawa peralatan video..camera dan tangkap gambar serta mengambil video. Kadang-kadang hilang jugak kosentrasi dibuatnya kerana banyak sangat pergerakkan di hadapan kita. Lebih kurang 1 jam setengah selesai ceramah dan terkejut jugak bila pengerusi sambutan mengumumkan, juruvideo dan cameraman yang datang buat liputan adalah dari tv3.

Kami dijamu dengan gulai semilang dan kesempatan itu aku bertanya kepada petugas tv3 datang dari mana. Rupanya mereka dari Ipoh selesai buat liputan di Kuala Sepetang dan singgah di tampat aku ceramah. Aku tak nak tanya banyak sebab tengok mereka begitu berselera makan gulai semilang sampai kepalanya pun depa tokak.

Nak balik..ada pulak yang tepuk belakang..hai glamor lah ustaz nanti masuk tv. Depa ingat aku ni gila glamor ke? Ustaz cabuk macam aku nak masuk tv banyak lagi ustaz yg hebat-hebat diluar sana memang aku tak harap pun.

Perjalanan balik singgah kat kedai pancing beli perumpun...besok nak mengai (pancing))semilang

Jumaat, 25 Februari 2011

Bagaimana nak menegur ibubapa???

Kadangkala bila kita dah besar nie, ada perkara yang salah dilakukan oleh ibubapa kita mungkin disebabkan kurang ilmu, terlupa dan sebagainya. Kita sebagai anak perlu menegur kan... tapi cara menegur yang bagaimana agar ibubapa kita tidak tersinggung kecil hati atau makan hati.

Saya pernah diajukan persoalan ini oleh seorang penuntut Universiti berasal dari sabah yang menyatakan ibubapanya tak solat dan suka mendedahkan aurat. Maknanya suka berseluar pendek dan tak bertudung.Sebenarnya ada beberapa kaedah dalam kita nak menegur orang tua, mungkin ianya berkesan atau sebaliknya namun jika niat kita nbaik insyaallah kita akan berjaya merobah diri mereka apa yang paling penting kita senantiasa berdoa kepada Allah. Antara kaedah yg saya cadangkan di sini ialah

1. Dengan lemah lembut - berbisik-bisik;
2 i-. Dengan guna bahasa lisan yang terbaik yang boleh;
ii-. Dengan bahasa badan yang memikat - jaga pergerakan tangan......

3
i-. Pada waktu yang sesuai - malam adalah sesuai;
ii- Pada hari yang sesuai - umpamanya pada ulang tahun kelahiran mereka, ulang tahun perkahwinan
iii- Pada tempat yang sesuai - depan tv adalah tidak sesuai.

4. Dengan senyuman;

5. Dengan buahtangan;

6. Dengan senda gurau;

7. Dengan contoh, perumpamaan dan kiasan yang lembut;

Elakkan:-

a. Sindiran;
b
i- Memandang tepat ke mata mereka;
ii- Memandang 'ke atas' dari aras kepala mereka;
iii-Sambil berdiri, kalau mereka sedang duduk;

d. Waktu makan;
e. Di depan khalayak ramai;
f. Melalui telefon
g. Menggunakan orang tengah kengkadang orang tengah ni lah yang CELAKA! Suka tambah cerita!

Ini Bukan Gurauan..


Sedarlah semua! Tolong sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 24 Februari 2011

Detailnya Isteri Simplenya Suami

DIARI ISTERI

Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen. Matanya asyik melihat perlawanan bolasepak Chelse vs Mencester City di layar tv

Selepas itu dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku.

Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang.

Dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, aku kata pada dia aku mencintainya, dia cuma tersenyum nipis dan tetap bermuka selamba. Aku tidak faham perangai dia petang itu. Aku tak faham kenapa dia tak menjawab, ” Aku juga mencintaimu”..?

Sesampainya dirumah aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak memerlukan aku lagi. dia hanya duduk dan menonton tv, apa yang aku katakan padanya, dia hanya menjawab…”hmmm..”

Akhirnya aku memutuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia pun masuk bilik. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dia terus tertidur.

Aku mula menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa kiamat..

DIARI SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah…HAMPEHHH!!!! Hilang semangat betoi...nak sembang dengan bini pun tak dak mood.

So..jangan prejudis dengan suami, fahamilah betapa simplenya kotak fikiran seorang suami.


http://www.isuhangat.net

Brutal Punya Pemimpin...

Rakyat libya terpaksa mengangkat senjata kerana berketuakan seorang pemimpin Diktator yang Gila.. Rakyat keluar ke jalan raya,tunjuk perasaan secara aman,membantah dasar pemerintahan yang kurop , tetapi malangnya rakyat yang tidak bersenjata pada awalnya diserang macam berada di medan perang… semua peralatan tentera digunakan untuk membunuh rakyat yang menentang pemerintahannya… Patutlah rakyatnya mengelarkan Diktator Gaddafi sebagai seorang Gila… Memang kerja orang gila sahaja yang sanggup melakukan pembunuhan sedemikian rupa…Gaddafi memang pemimpin yang gila Setakat ini angka korban rakyatnya mencecah 1,400 orang.Terbaru dalam Matro hari ini Tentera Ghadafi bom Mesjid banyak remaja terkorban. Dahsyatnya bunuh rakyat sendiri.

Boleh tahan jugak jenih ‘gila’ qaddafi nie noooooo……

habih lengang jln raya…….
pakat cunggit tecabut ekoq lari lintang pukang………..
mana boleh nak tahan ngan segala peluru segala meriam segala bom….cari mampoih……….

alang-alang ‘gila’…..
biaq sungguh-sungguh jadi gila………
qaddafi nie tau posisi dia………
dia pun tau posisi orang dia……..

nak bercakap pun dah tak boleh dah…….
lepaih nie orang Libya pakat jadi bisu semua sekali….
pakat lawan ushar ngan tangan…ngan mata…ngan kaki……….
nak berimpun dua orang pun dah tak boleh………..
seminggu dua nie…jngn dok keluaq merayau tak tentu pasai……..
depa pelangkong habih………

kalu qaddafi bertempikkkkkkkk………
dgn dia….
dgn istana dia……..
dgn oghang dia….
sekali dgn padang pasir negeri dia…..
berdesup………hilang entah ke mana………..
mcm Ibrahim Din bertempik dlm cerita sabarudin tukang kasut daaa………

Melayu Hidup Atas Duit Dan Beras Tumpah.



Ipoh, 22 Febuari 2011
, orang ramai berebut-rebut mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan mangsa dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu. Dalam kejadian itu, Ahmad Rozlin cedera parah manakala rakannya, Hanafi, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

Di Rembau, 17 Januari 2011 lalu, pengguna lebuh raya begitu rakus untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran..

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas.

Melayu daripada organisasi mana diajar samun duit dan beras tumpah di atas jalanraya. Penulis terkesima melihat bangsatnya bangsa Melayu entah daripada oraganisasi sekular mana sehingga sanggup jual maruah dengan cara memungut duit siling dan beras dengan cara yang memalukan sekali. Bukan empat lima orang, sebaliknya berpuluh-puluh orang berebut duit siling (yang bukan milik mereka) di depan khalayak ramai. Segenap peringkat usia dan bangsa di Malaysia dapat memerhatikan gelagat mereka melalui TV dan akhbar. Hidup Melayu dengan cara begini rupanya. Hidup Melayu! Demikianlah slogon yang dikumandangkan oleh orang Melayu kampung, orang Melayu Bandar dan orang Melayu yang berdiri di hierarki kuasa dan ilmu di universiti.

Kita dapat meneka persepsi bangsa lain terhadap perangai umat Melayu di zaman riuh-rendah menjaga ketuanan Melayu. Dalam situasi demikian, sepatutnya orang Melayu (yang dipuji di Tanah Suci Mekah dan Madinah kerana sopan santunnya ) menolong mangsa kemalangan. Sebaliknya mereka tergamak membiarkan mayat dan mangsa kesakitan. Mereka kaut pula beras dan duit 10 sen yang bertaburan di atas jalan raya macam mereka kutip harta mak bapak mereka. Penulis tertanya-tanya daripada organisasi manakah mereka ini. Kalau tak sekular, tak akan buat kerja hina-dina ini. Organisasi yang mentarbiyahkan ahlinya dengan dosa pahala tidak akan melahirkan bangsa sebangsat begini. Aduh, hidup Melayu. Benarkah inilah manifestasi ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh bangsaku?

Entah apalagi yang akan berlaku nanti. Apakah Allah hendak tunjukkan ‘tinggi-rendahnya’ nilai ketuanan Melayu? Generasi inikah yang akan mewariskan negara kepada generasi Melayu seterusnya. Kalaulah ini yang dikatakan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ samalah seperti serigala yang menghurung bangkai. Menggigit, menyalak, menggigit, menyalak. Sambil mengisi perut dengan hasil-hasil haram, sambil menerawangkan suara ke udara. Kata mereka, HIDUP MELAYU.

Syukurlah kita dan zuriat kita sempurna...



Alhamdulillah bersyukurlah di atas kesempurnaan fizikal kita. Bayangkan kanak-kanak ini pabila dewasa tentu ia akan malu untuk berhadapan denagan masyarakat.Justeru di atas rasa syukur kita maka kita perlu membuktikannya dengan amal yang soleh, mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan dan tegahan-Nya

Rabu, 23 Februari 2011

Awas...Komputer boleh membunuh anda...

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh "MEMBUNUH" jika dilakukan/diambil secara berlebihan. Malah ada yang mati kerana terlebih melakukan eksesais. Ada juga yang mati kerana terlalu berdiet.

Kali ini diberitakan bahawa seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing. Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.

Menurut sumber polis, lelaki itu membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari.

Susulan kejadian itu, pihak polis merampas beberapa buah komputer untuk membantu penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini mereka tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu.

Menurut penyelidik, kejadian itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat

Ayam bunuh tuan ayam...binatang pun ada perasaan

Mohanpur - Ironi. Seekor ayam laga jantan di desa Mohanpur, Bengal Barat, India membunuh tuannya sendiri. Singrai Soren, terbunuh setelah pisau yang terdapat di kaki si ayam mengena lehernya.

Kejadian ini bermula ketika Soren memaksa si ayam untuk bertarung. Berkali-kali dia membawa ayam ke dalam arena tarung. "Tapi si ayam menolak dan meninggalkan arena," kata Dasai, seorang teman Soren seperti dikutip dari Daily Mail.

Sampai akhirnya, kata Dasai, ayam dengan bulu hitam dan merah itu marah. Dia menyerang Soren hingga pisau di kakinya terkena leher Soren.

Menurut Dasai, ayam Soren ini kelelahan setelah bertarung. Lazimnya, dia mendapat rehat satu jam sebelum kembali ke arena. Tapi ayam Soren dipaksa terus bertanding padahal sebelumnya dia sudah menang dan membunuh lawannya.

"Bila kita menang maka dapat RM120, biasanya pemilik ayam yang menang puas, tapi Soren tidak," kata Dasai.

Polis ketika ini tengah mencari ayam tersebut. Namun upaya mereka sepertinya sulit. Sebab, ayam Soren sudah menang empat kali pertarungan. Kemungkinan besar sudah diambil oleh musuh Soren untuk membawa ayamnya kembali ke gelanggang perlawanan

Berani buat..berani tanggung


Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

Gemok gedempol - Kisah seorang Raja

Ada seorang raja yang mengalami masalah badan yang terlalu gemuk. Oleh kerana saiz badannya begitu, dia mendapat banyak penyakit.

Hampir semua doktor dan bomoh di seluruh negeri jajahannya telah di panggil untuk mengubati penyakit Raja. Tapi, penyakit itu tak sembuh-sembuh juga.

Cuma tinggal seorang bomoh yang belum di panggil, itupun kerana dia dikenali dengan berfikiran berbeza dan kadang-kadang tidak logik. Tapi, oleh kerana tidak ada pilihan lain lagi, maka di panggillah bomoh yang dianggap setengah gila ini.


Maka datanglah bomoh itu kepada Raja. Bomoh tersebut masuk dan memeriksa tapak tangan Raja tersebut, tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik raja dengan wajah ketakutan. Maka, dia di kejar oleh pengawal istana, dan ditanya tentang penyakit Raja. Tapi, bomoh setengah gila ini tak mahu menjawabnya, meskipun telah dipujuk berkali-kali.

Setelah ia diancam dengan hukuman bunuh, barulah dia memberitahu, bahawa umur Raja tinggal 28 hari sahaja lagi. Iaitu Raja sedang menunggu ajalnya.

Mendengar jawaban bomoh, Raja sangat panik. Diapun menangis tersedu-sedu.

Sejak itu, Raja yang gemuk itu tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap yang dihidangkan kepadanya dan tidak boleh tidur nyenyak. Sejak mendengar perkataan bomoh, Raja rajin melaksanakan ibadat-ibadat sunat apalagi yang wajib siang dan malam.

Namun sehingga pada hari ke 28,raja belum meninggal, maka di panggillah bomoh tadi untuk menghadap.

Dengan mudah, bomoh aneh itu hanya menjawab “Raja memang tidak mati, tapi berat badan baginda turun secara mendadak dari sebelumnya, dan penyakit-penyakit akibat gemuk baginda pun sudah sembuh”.

Penipuan licik...sebab itu aku tak pakai kad kredit

Oleh : Rozmal

"Kes penipuan, gores dan menang, pukau semakin menjadi-jadi sekarang. Sebelum ini ayah saya pun hampir menjadi mangsa, syukur ketika itu duit dalam bank ayah ketika itu RM10 sahaja, lepas tu terus tukar akaun bank. Kawan saya pun pernah menjadi mangsa penipuan kononnya hutang kad kredit tak bayar, lesap RM7000 sekelip mata dari ATM.

Minggu ni emak menceritakan saudaranya juga mangsa penipuan gores dan menang. Habis lebih RM 20,000 wang simpanan dalam bank dan barang kemas.

Walaupun laporan polis dibuat , namun harapan untuk mendapatkan kembali wang dan barang kemas dan tertangkapnya penjenayah tersebut amat nipis.

Usaha lain yang boleh dilakukan ialah mohon pertolongan Allah melalui doa dan solat hajat. Sebaiknya oleh mangsa sendiri, boleh juga dilakukan bersama orang yang alim dan soleh.

Antara usaha lain yang jarang kedengaran orang kita lakukan ialah bernazar.

Lalu saya cadangkanlah kepada emak saya agar memberitahu saudaranya supaya bernazar, jika dapat kembali wang dan barangan kemas tersebut sebahagian dari barangan yang dipulangkan tadi disedekahkan atau dihadiahkan untuk tujuan kebajikan, rumah anak yatim, surau, masjid, sekolah tahfiz, sekolah agama, golongan fakir miskin yang memang memerlukan bantuan.

Kalau dapat RM 20,000 , sedekahkan RM 10,000 sebagai contoh.

Carilah, banyak sekolah tahfiz, surau, masjid, golongan fakir miskin yang amat daif dan sentiasa memerlukan bantuan.

Kalau tidak dapat kembali wang kita yang hilang itu, bersangka baiklah, insyaAllah, solat hajat kita, doa kita dan nazar kita itu adalah merupakan amalan baik, semoga Allah membalas dengan kebaikan di akhirat usaha kita tadi.

Yakinlah, jika penjenayah tersebut terlepas dari polis dan mahkamah di dunia, dia pasti tidak akan terlepas dari polis, hakim dan mahkamah di akhirat.

Jenayah, gejala sosial, sakit mental semakin menjadi-jadi di Malaysia, walaupun pelbagai usaha pencegahan dilakukan, sesekali jangan dilupakan kaedah Islam.

Polis di Malaysia ini yang beragama Islam haruslah sentiasa memohon pertolongan Allah agar kadar jenayah di Malaysia ini akan berkurangan selain melakukan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan."

Sami Besar batu cave Masuk Islam

Gambar ini tiada kaitan dengan kisah di bawah

Saya paparkan satu kisah yang dikisahkan oleh seorang penulis yang menggelarkan dirinya staf sarjan sebatang kara. Ceritanya adalah seperti berikut;

Assalamualaikum.

Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis nihh menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis nihhh. Itu sajalaaa yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana. Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam.

Selasa, 22 Februari 2011

Alamak ...Stereng pun tercabut


Pemandu Bas ini begitu nekad untuk terus memandu meskipun setering bulat basnya tercabut.


Haiya...ata lua lo..Mau hidup atau mau mati


Tobat aku tak naik bas lagu nie

Pergh...Macam ini punya kaya..

Salah sebuah Kediaman Mewah Taib Mahmud

Rumah Jamilah,Anak Taib Mahmud

Rumah .Ali Mahmud Abang Taib Mahmud

Rumah Abang Taib Mahmud .Tufail Mahmud (Ada 27 Bilik)

Rumah Abang Taib Mahmud..Arip Mahmud
Renungkanlah khutbah Terakhir Rasulullah sebelum Wafat

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang
lain tidak menyakiti kamu lagi.