Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 13 Februari 2011

Jika sesat di hutan apa yg perlu dilakukan..


Kawasan hutan dianggab kawasan yang agak keras. Jadi jangan kita terlalu celupar mulut atau suka menegur sesuatu yang kelihatan aneh. Kita juga dilarang melakukan sesuatu yang aneh dan pelik di dalam hutan. Contoh bakar kemenyan atau menjerit melolong tak tentu pasal.

Ketika saya melakukan ekspidisi mendaki gunung Kinabalu sampai dipuncak sekitar jam 5.30 pagi. Ketika dilaungkan azan di puncak gunung Kinabalu pemandu pelancong kami sangat marah kerana selama 25 tahun sebagai pemandu pelancong tak pernah ada pendaki yang azan dan solat atas puncak gunung...ini pertama kali. Menurutnya nanti jembalang bukit marah. lalu saya bagi tau jembalang bukit bukannya marah mereka akan lari bertempiaran bila mendengar bunyi azan (Pemandu pelancong kami seorang pagan - animisme)

Andaikat tersesat salah satu yg menakutkan kita apabila terputus bekalan makanan dan minuman. Jika kita kehabisan bekal di tengah hutan, jangan terlalu panik. Menurut Tok Batin (Bukan Syam Tok Bathin) Bila kita kehabisan bekal makanan maka kita harus belajar dengan monyet. Di tengah hutan, banyak buah-buahan yang jarang dilihat dan jarang juga di makan masyarakat.

"Jika sudah di tengah hutan bekalan dah habis, jangan panik. Anda boleh memakan buah-buahan yang ada hutan. Belajarlah dari monyet. Makanlah buah yang dimakan monyet, karena buah yang dimakan monyet pasti tidak beracun. Tapi sebaliknya, bila monyet tidak mau memakan buah itu, jangan cuba-cuba untuk memakannya. Buah yang tidak dimakan monyet pasti buah itu beracun.

kita juga tidak akan dapat melihat sinar matahari secara jelas. Keadaan ini akan membingungkan kita untuk melihat dimana arah kedudukan timur atau barat.

Tipsnya adalah, lihatnya hujung pohon di kawasan hutan itu. Hujung pohon umumnya akan condong dan kecondongan itu pasti mengarah ke matahari terbit. Jika tidak boleh dilihat secara jelas, maka tips lainnya kita disuruh melihat lumut di bahagian bawah pohon.

Pohon tengah hutan bahagian bawahnya biasanya berlumut. Lihat saja, lumut yang paling tebal dan hijau, itu pasti bagian timur. Sedangkan lumut yang tidak terlalu tebal, dipastikan berada di bagian terbenamnya matahari.

Kalau kita kehausan di tengah kawasan hutan dan tidak bertemu aliran sungai, Carilah air yg terdapat dalam lubang-lubang kecil atau besar.

Minumlah air dalam lubang-lubang itu sekiranya kelihata ada jentik-jentik. Ini bermakna air yang ada jentik-jentik air itu tidak mengandungi racun Tapi jika ada air yang bening, namun tidak ada jentiknya, jangan c mencuba untuk kita minum, boleh jadi air itu mengandungi racun. Atau jika terdapat monyet meminumnya maka air itu dijamin tidak beracun.

Ini saja yang aku tahu untuk share maklumat yang lain tu hangpa pi cari sendirilah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan