Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 31 Januari 2011

Ada lagikah saman ekor? Ingat tak dak dah...

Islam tidak suka kepada sebarang penganiayaan dan penipuan. Kejahilan terhadap hukum Allah menyebabkan seringkali berlaku penganiayaan dan kezaliman. Era 70an dan 80an banyak orang bendang akan menjual telaga yang kununnya ada ikan. Pekebun durian akan memajak durian yang masih berbunga dengan harga sekian-sekian.

Dalam Islam jual beli secara demikian itu tidak sah kerana dibimbangi berlaku penipuan dan boleh menimbulkan permusuhan dan pertelingkahan. bayangkan jika telaga itu dibeli dengan harga rm500 tiba-tiba bila ditimba airnya hanya ada anak-anak katak sahaja. Begitu juga durian yang dipajak dengan harga 2 ribu tiba-tiba bunga-bunganya jatuh dah tentu orang yg memajaknya akan kerugian besar. Kesimpulannya Islam melarang sesuatu yang tidak pasti sama-ada untuk dijual atau pertukaran.

Begitu juga dengan saman ekor. Ia lebih membawa kepada penganiayaan. Kadangkala kerana kecuaian orang lain pemilik kereta atau motor yg menjadi mangsa. Sebab itu kita menentang saman ekor. Seorang anak saudara saya disaman lebih 1000 ringgit (saman ekor) sedangkan kesalahan itu dilakukan oleh orang lain. Lebih menyedihkan lagi seperti yang berlaku kepada seorang warga tua seperti yg tertera dalam satu laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 31 Jan 2011

KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.

Ahad, 30 Januari 2011

Hukum Bertindik ....Haram?

Remaja bertindik selain anggota telinga, bertatu bertentangan dengan tatasusila Muslim
HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.

Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.

Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”

Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.

Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.

Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.

Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.

Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)

Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).

Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.

Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.

Pokok Besar


Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar.

Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.

Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gugur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar.


Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga.

Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ.

Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu.

Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu

Awat tak habak awai-awai...


Pada suatu hari, Nina membawa teman berjumpa neneknya

Nenek: sila duduk
Teman : Tenkiu, nek.
Nenek: Nina, pergila ke dapur buat air

Semasa menunggu mereka membuat air di dapur, teman Nina telah memakan kacang yg ade atas meja sampai abis.

Teman : Opps, mintak maaf nenek, saya makan kacang nenek sampai abis.
Nenek: takpe, lagipun nenek bukannya makan kacang tu. Nenek tak ada gigi nak kunyah.... Kacang tu nenek tak makan, nenek kulum-kulum ambil rasa masinnya saja.

Teman : Weeeeekkkkkk!!!!

Bagaimana nak kawal emosi

Seorang ulama tasawuf, Yahya bin Mu’az al-Razi telah memberi panduan berkenaan cara mengawal emosi.

Beliau berkata hendaklah kita menjaga 3 perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :

1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita cela dia

Sabtu, 29 Januari 2011

Apa Khabar Cikgu...? "Khabar tak baik"

DUNGUN: Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.

Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.

Dalam kejadian Isnin lalu, guru sekolah rendah di bandar ini ditahan bapa murid tahun dua itu ketika dia dan dua anaknya dalam perjalanan pulang sebaik selesai mengajar.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia ditahan kira-kira jam 2 petang tidak jauh dari sekolah sebelum diajak ke rumah konon mahu berbincang masalah anaknya.

Katanya, di rumah itu, dia dijemput masuk dan tidak mengesyaki apa-apa sebelum lelaki berkenaan bertanya apa yang dilakukan terhadap anaknya.
Belum sempat menjawab, saya ditumbuk di muka sebelum dia mengeluarkan pisau menyebabkan saya takut, katanya kepada Haristeri lelaki itu menghalang perbuatan suaminya dan memintanya bersabar serta berbincang.

Tiba-tiba, bapa saudara murid itu datang dan tanpa saya sedari, lelaki itu turut melepaskan satu tumbukan ke muka saya, katanya.

Katanya, tumbukan itu menyebabkan mata kanan dan dahinya lebam selain bengkak tangan kanan akibat disepak bapa murid terbabit.
Mengulas punca kejadian, mangsa berkata, dia membawa sekumpulan murid tahun enam memasuki makmal sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu.
Ketika itu, sekumpulan murid tahun dua termasuk anak lelaki terbabit keluar dari makmal sebelum kanak-kanak itu menunjukkan isyarat lucah kepada seorang murid tahun enam.
Saya memanggilnya dan bertanya kenapa dia menunjukkan isyarat lucah dan saya ada memulas telinga dan menampar pipinya, tetapi dia tidak langsung menangis. Jika tamparan itu kuat, tentu sudah menangis, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Hoi Ustaz ...Nak kena cangkul kaa???

Dah jadi kebiasaan bagi ibubapa, apabila dah tak dapat mengawal tingkahlaku anak-anak maka anak-anak itu akan dihantar ke sekolah agama atau sekolah tahfiz. Saya sering mendengar keluhan dari ustaz-ustaz yg mengajar di sekolah agama rakyat atau tahfiz mengenai karenah anak-anak nakal ini. Kalaulah anak itu cemerlang dalam akademik sorylah nak hantar sekolah agama tapi yang kaki gaduh, kuat memberontak akademik lemah maka sekolah agamalah jadi taruhan. Yang terbeban siapa ?? Ustaz ustazah yg mengajar... mereka juga ada perasaan, setakat mana mereka boleh bersabar. Apa yang dipaparkan dalam satu berita akhbar adalah sebahagian kecil dari fenomena yang berlaku di dekolah agama atau sekolah tahfiz

AMPANG: Seorang bekas pelajar tahfiz mengamuk dan mengacukan cangkul kepada seorang ustaz selain mengugut akan membelasahnya di sebuah sekolah pondok di Kampung Kemensah, di sini.

Pelajar berusia 15 tahun terbabit sudah berhenti belajar di sekolah pondok itu selepas dikatakan tidak bersetuju dan enggan mengikut peraturan ditetapkan di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam 26 Julai lalu, pelajar itu yang berseorangan masuk ke kawasan sekolah sebelum bertemu dengan ustaz terbabit.

Sambil memegang cangkul, pelajar itu menggertak ustaz berkenaan dengan mengatakan mangsa bernasib baik kerana berada dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, ustaz berkenaan hanya bersabar serta berdiam diri ketika mendengar ugutan bekas pelajarnya itu kerana tidak mahu remaja terbabit bertindak luar kawalan, katanya.

Menurutnya, selepas puas mengugut dan juga memaki hamun ustaz terbabit, bekas pelajar itu beredar namun keesokannya datang semula ke sekolah itu kira-kira jam 2 petang.

Kali ini, bekas pelajar itu cuba menghasut beberapa pelajar lain supaya berhenti daripada meneruskan pengajian dengan mendakwa semua tenaga pengajar tidak pandai menguruskan mereka.

Menurutnya, berikutan itu, ustaz berkenaan yang tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pelajarnya yang mengugut dan cuba menghasut pelajar lain membuat satu laporan polis.

Susulan itu, remaja berusia 15 tahun terbabit ditahan keesokannya dan dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil, katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja terbabit sebenarnya mempunyai masalah disiplin dan dia enggan mengikut peraturan sekolah yang sudah ditetapkan.

Ratu Pondan - Jahiliah Moden

Pesta ‘Ratu Bapuk’

Bekas mufti Selangor , Allahyarham Ishak Baharom dahulunya terpecat jawatan angkara larangan beliau terhadap pertandingan ratu cantik. Bukannya pesta ratu cantik itu dibubarkan. Alhamdulillah akhirnya kerajaan yang memecat bekas mufti tersebut dipecat rakyat.

Bagaimana dengan ratu cantik bapuk. Bapuk ini istilah bahasa Terengganu bagi lelaki yang menyerupai wanita atau istilah sekarang dengan erti pondan, maknyah atau gay.

Seorang guru sekolah kebangsaan antara 16 lelaki berpakaian wanita yang ditahan ketika menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah yang digelar ‘Miss Universe Asia 2008′ di sebuah resort di Jalan Tok Bali pada 26 Julai 2008. 50 mak nyah bersiap sedia untuk menyertai pertandingan. Bagaimanapun, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ramai antara mereka lari dengan kenderaan masing-masing namun pihak JAHEAIK berjaya menahan 16 mak nyah berusia 20 hingga 30-an yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu mak nyah. Semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu kesalahan membabitkan lelaki yang memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.”


Semua mak nyah terbabit sedang bersiap sedia memperagakan pakaian kebaya dan gaun malam yang seksi. Pakaian itu antara empat pakaian wajib bagi setiap peserta, manakala dua lagi pakaian yang perlu diperagakan adalah kasual dan pakaian mandi.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Abd Qadir Audah Doanya dimakbulkan Allah


“Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati dengan diiringi pengawal, berkaki ayam dan memakai pakaian orang tahanan berwarna merah.

Pada pukul lapan pagi, bermulalah hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: Mahmud Abdul Latif, Yusuf Thala’at, Handawi Dawir, Ibrahim Ath Thayyib, Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah. Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah karena mendapat kemuliaan syahid”.

“dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan." (QS: An Nur/24: 52).

“Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya”. (QS: Ali Imran/3 : 143)

Syekh Abdul Qadir Audah (gambar atas), seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, “Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku."

Allah mengabulkan doa orang yang dizalimi, darahnya menjadi laknat bagi mereka yang terlibat dalam kekjaman mereka terhadap para ulama dan pejuang Palestin. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang zalim itu selamat dari hukuman Allah di dunia. Mereka mengalami kehidupan yang sangat tragis.

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya...Semua yang buat kerja jahat terhadap para ulamak Allah balas di dunia lagi.
Jamal Salim Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakity saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi.Tak boleh kencing dan akhirnya mati keracunan. Syamsu Badran dijatuhi hukuman akibat jenayah lain, dipenjara seumur hidup . Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati. Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur. Bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah mengumpulkan pejuang-pejuang yang gugur di jalan-Nya bersama Rasulullah saw di dalam surga-Nya yang mulia. Amin.


Jumaat, 28 Januari 2011

Beginilah...kalau sudah otak sikular



Kita marah dekat yahudi kerana tindas Islam. kita marah bila ada orang hina Rasulullah saw dgn melukis karikatur Nabi Mohammad oleh seorang pelukis kartun Denmark




Kartun dalam Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang.

Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri!


Gambar ini jelas menunjukkan perasaan prejudis orang cina dengan digambarkan melalui peniaga wanita cina terhadap wanita muslimah Islam. Apa lagi yang mahu disampaikan oleh kartun seperti ini? Tidak lain dan tidak bukan ianya bertujuan jahat semata-mata menimbulkan perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri.

Nasihat untuk anak-anak - selagi abah masih ada

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa,

anak perempuan yang sedang bekerja diperantauan,

anak perempuan yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,

anak perempuan yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya…..akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya.

Jarang sangat dengar yang rindu pada ayah. Kalau telefon, biasanya bercakap dengan ibu. Lalu bagaimana dengan Ayah?
Mungkin juga bertanya khabar anak setiap hari, tapi pernahkah kalian terfikir ayah yang minta ibu menelefon bertanya khabar?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sepulang ayah bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada Ibu tentang kabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil…… ayah biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal. Dan setelah ayah mengganggapmu sudah pandai , ayah akan membuka roda tiga di basikalmu…

Kemudian ibu menegah : “Jangan dulu ayah, jangan dibuka dulu roda tiganya"Ibu takut puteri manisnya terjatuh dan tercedera….Tapi sedarkah kamu? Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan penuh perhatian kerana dia tahu puteri kecilnya boleh melakukan...

Pada saat kamu menangis merengek meminta mainan yang baru, ibu menatapmu hiba.. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”

Tahukah kamu, ayah melakukan itu karena ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi? dan ini akan merosakkan sikap mu....

Saat kamu batuk dan selsema,ayah juga turut merasa khuatir,sampai kadang sedikit membentak dengan berkata :“ Kan ayah sudah cakap, jangan minum air batu?"

Berbeda dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar risau memikirkanmu.Ketika kamu sudah menginjak remaja….Kamu mulai menuntut pada ayah untuk dapat izin keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat sangat luar biasa berharga..

Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil menghempas pintu…
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ibu….
Tahukah kamu, bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi dia lebih harus menjagamu?

Ketika saat seorang pemuda mulai kerap menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, Ayah akan cuba sebaik mungkin memaniskan wajahnya....
Ayah sesekali memasang telinga atau mengintip saat kamu sedang bebicara berdua di ruang tamu..

Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu bercampur risau?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.
Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat gundah gulana....

Ketika melihat puterinya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan ayah memarahimu.. .Sedarkah kamu, kerana hal seperti ini yang sangat ditakuti oleh semua ayah...? “Bahwa puterinya akan suatu masa pergi meninggalkan ayah”

Setelah lulus pengajian menengah, ayah akan sedikit memaksamu untuk melanjut pengajian di Universiti.Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata – mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti…

Pun begitu ayah tetap tersenyum dan mendukungmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah..

Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini dan itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .
Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu seraya berkata “Jaga dirimu baik-baik ya anak ayah”.

Ayah melakukan itu semua agar kamu kuat…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Di saat kamu memerlukan wang untuk membiayai pengajian di universiti , orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah.Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya sama merasa dengan teman-temannya yang lain.

Bila saatnya kamu lulus pengajian tinggimu Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecil dulunya tidak manja dan telah menjadi dewasa, dan telah menjadi seseorang”

Sampai juga saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
Karena ayah tahu……
Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan dirinya nanti...
Ayah, Bapak, atau Abah kita…Adalah insan yang harus selalu kelihatan kuat…
Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis…Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu
. http://shw.tokiaki.fotopages.com/20000712.

Mungkin inikah kafarah dari Allah...?

Saya selalu berkata dalam kuliah "Buatlah baik nescaya Allah akan berbuat baik pada kita. " Sesuatu musibah yang menimpa kita ada sebab musababnya. Bayangkan sekiranya sebagai suami atau bapa kita tidak mendidik isteri dan anak-anak dengan agama. Suasana agama tidak dititik beratkan dalam keluarga. Suami adalah kepala rumahtangga.

Terabai agama berarti isteri dan anak-anak tidak akan merasa berdosa bila diri kita diabaikan. Mereka akan suka sekiranya kita boleh menyenangkan mereka dgn harta. Apabila kita merempat mereka begitu mudah meninggalkan kita. inilah hakikat kehidupan akhir zaman.

KUALA TERENGGANU: “Sejak diserang darah tinggi dan buasir 15 tahun lalu, kehidupan saya mula berubah, isteri dan anak mula menyisihkan saya dan sanggup membiarkan saya tinggal berseorangan.

“Kini, saya hidup merempat dan menebal muka meminta sedekah mengisi perut,” kata Ismail Ibrahim, 78, yang mendakwa hidup berkelana sendirian selepas disisihkan isteri dan lima anak.


Ismail yang tinggal di Lorong Budiman ditemui mengemis di tempat letak kereta berhampiran restoran makanan segera berkata, dia tiada pilihan lain kecuali meminta sedekah untuk mengisi perut akibat penyakit itu.

Menurutnya, adakala dia pergi ke warung tertentu untuk meminta makanan, malangnya hanya satu saja yang memberi makanan manakala yang lain mengusirnya kerana dianggap pengacau.


“Akibat penyakit dialami, saya tidak boleh mengikat perut kerana boleh membahayakan nyawa dan sebab itu saya mengemis di tepi jalan atau kedai makan.


“Dalam sebulan, beberapa kali saja saya tidur di rumah manakala selebihnya tidur di bawah pokok atau kaki lima hospital.

“Jika tidur di rumah, saya mengalami kesukaran mendapatkan bantuan orang lain menghantar ke hospital jika diserang penyakit,” katanya.


Katanya, anaknya mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga sendiri manakala isteri pula lima tahun meninggalkannya sendirian kerana dianggap membebankan.

Menurutnya, walaupun berulang kali dimasukkan ke wad, namun anak hanya melawat beberapa kali, tetapi kebelakangan ini, kelibat mereka tidak lagi kelihatan.


“Saya bukan mahu mengaibkan anak, tetapi inikah balasan selepas membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan sanggup membanting tulang empat kerat mengambil upah sebagai tukang rumah bagi memastikan mereka tidak kelaparan.


“Apabila saya sakit dan uzur, tiada seorangpun datang bertanya khabar, sebaliknya masing-masing menjauhkan diri kerana menganggap penderitaan saya membebankan mereka.


“Sebab itu, saya lebih rela tinggal di wad berbanding di luar kerana makan minum dan pakaian terjaga tanpa menyusahkan anak,” katanya.


Katanya, dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200, tetapi jumlah itu hanya mampu menampung perbelanjaan makan dua minggu.


“Semua harga barang mahal menyebabkan saya berjimat tambahan penyakit dialami tidak mengizinkan saya mengikat perut,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dibuangisteri_5anak/Article/index_html

Khamis, 27 Januari 2011

Kung Fu Pukang Hangpa tak mau belajar ka silat nie??


Dalam rancangan Britain's Got Talent versi Cina seorang pelatih Kung Fu Pukang mempunyai kemampuan luar biasa. Alat kelaminnya ditendang kuat tetapi dia tetap tenang dan tidak sedikit pun kesakitan
"Ini berkat Kung Fu Pukang dan latihan keras agar alat kelamin kita kuat" Kata Yong spt yg dinyatakan dalam berita Orange 27 Januari.

Para penonton dan juri terkesima dengan kekuatan Yong. Dia juga menawarkan penonton untuk menendang kemaluannya dicelah kangkangnya.Setiap habis ditendang, dia tenang, menunduk lalu tersenyum.

Yong mengatakan ilmu Kung Fu Pukang hanya boleh dikuasai oleh meraka yang belajar sejak kecil. Satu cara latihannya mendorong masuk skrotum ke dalam tubuh sehingga tidak sakit.

Yong menambahkan, belajar Kung Fu tidak ada kata terlambat. Dia mengatakan satu manfaat dari Kung Fu adalah meningkatnya kemampuan seks seseorang. Tak payah makan tongkat ali atau goji.

Aku pun ada belajar kung fu jugak, Namanya Kung fu Lintang pukang...Meh belajar kat aku.

Nasihat Untuk Anak-anak...Selagi ibumu masih ada

Ketika kau berumur 14 tahun,Ibu ingin tengok rancangan agama sedangkan kau ingin tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar remote hingga pecah berkecai

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu pulang kerja masih ingin memeluk dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau jawab ..apalah mak nii..saya dah besar, rimas laa"lalu lari kunci pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu membenarkan kamu menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau menggunakan Komputer ribanya hingga tidak ada kesempatan ia nak menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu Mengalirkan air mata menangis di atas kejayaanmu dalam peperiksaan STPM
Sebagai balasannya, kau meraikannya hanya dengan teman-temanmu sedangkan dengan ibu buat endah tak endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu masih ingin berjalan bersama-sama...
Sebagai balasannya engkau meninggalkan ibu jauh di belakang, malu kalau kawan-kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu memelukmu dengan penuh kesyukuran saat kau lulus pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya ibu bila hendak membelikan hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada masa terluang untuk balik!”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu sakit tak kebah sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau hantar dan upah bibik untuk menguruskannya.

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang....
Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang tidak pernah kau lakukan untuk gembirakan hati ibu mu.... sayangnya dia telah tiada lagi...

Hanya segenggam garam...

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia.

Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama. Dia kemudian mengambi segenggam garam dan meminta anak muda
itu mengambil segelas air
Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu. "Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu. "Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu. Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu. "Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?" "Segar." sahut tamunya. "Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak," jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk belakang anak muda itu lalu berkata. "Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama.

Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Secara jelas kehidupan ini bukan satu pengasingan diri. Kita perlu banyak bergaul, menimba sebanyak mungkin pengalaman hidup. Pengalaman itu mengajar kita arti ketabahan. Kekecewaan akan muncul apabila kita mempersempitkan minda kita dan mempersempitkan kehidupan kita.