Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 26 Januari 2011

Bagaimana nak memilih kawan???

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya,

“Apakah engkau kenal lelaki itu?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak ya amirul mukmimin.”

Saidina Omar bertanya lagi. “Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?” Orang itu jawab, “Tidak pernah,”

Lalu bertanya lagi Saidina Omar, “Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,’Tidak pernah.’

Lantas ditanya Omar lagi, “Macam mana engkau kenal dia?

Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.’

Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya.”

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. “Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.

1 ulasan:

  1. Saya tertarik akan kes sebigini dan terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat dan ilmu yg ada untuk dikongsikan.

    Harus diingat hukum Allah telah mengariskan hak setiap waris termasuk si isteri. Sila rujuk surah an nisa; semuanya telah ditentukan kadar bahagian masing2.

    Dalam kisah ini silalah rujuk kepada pakar berkenaan harta pusaka untuk lebih pasti. Sedikit-sebanyak saya kongsikan ilmu wasiat dalam kes ini sebeni;



    “Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”

    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



    Walaubagaimanapun, kewajipan tersebut telah terhapus dengan hadis-hadis berkaitan pusaka seperti :

    “Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”

    (Riwayat at Tarmizi)


    Dan;

    “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain
    (Riwayat Abu Daud)


    Wasiat pada dasarnya mempunyai dua syarat utama iaitu pertamanya, wasiat hanya boleh diberikan kepada bukan waris yang berhak menerima pusaka dan keduanya kadarnya adalah tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka simati. Berdasarkan kepada peraturan asas wasiat yang dinyatakan di atas, wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris seperti anak-anak mahupun ibu bapa pemberi wasiat yang merupakan ahli-ahli waris. Ini adalah kerana ahli-ahli waris tersebut telahpun menerima bahagian mereka melalui pusaka.



    Janganlah kerana ada perasaan kepada sesaorang waris itu kita menuliskan wasiat yang bercanggah dengan syarak. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan hikmah setiap sesuatu ketetapanNya (dalam ketetapan harta pusaka)

    Jika hendak berbuat demikian buatlah sewaktu hidup dalam bentuk hibah (mengikut kadar yang ditetapkan) . sila rujuk kepada pakar wasiat.

    Walahualam.

    BalasPadam