Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 5 Januari 2011

Empat Perkara Akan Sirna Sekiranya...

Akal...
Akal manusia akan hilang (sirna) sekiranya manusia itu sedang marah. Orang yg marah boleh melakukan apa sahaja...membunuh, menyiksa diri dan sebagainya.

Agama
Agama akan hilang (sirna) jika ada sifat hasad. Rasulullah bersabda yg mafhumnya "Hasad dengki itu akan memakan segala kebaikan yg dilakukan sebagaimana api yg memakan daun-daun kering"

Malu
Malu akan hilang (sirna) jika ada sifat tamak. Tamak,rakus gelojoh dengan harta menyebabkan hilang rasa malu. Mereka tak kisah kerana nak cepat kaya sanggup menipu memutar belit, menindas dan sebagainya. Allah sebut dalam Al-Quran 'Celakalah orang yang berlumba-lumba menghimpunkan harta kekayaan (At-Takathur)

Amal soleh
Amal soleh akan hilang (sirna) disebabkan suka menceritakan dan mengaibkan orang lain. Bayangkan kebaikan kita buat pahalanya disedekahkan pada orang yang kita umpat atau orang yg kita fitnah..justeru berhati-hatilah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan