Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 3 Januari 2011

Cakap Biar Terang...


Mat dan Pie baru balik dari solat jemaah Isyak di Masjid sambil berborak-borak di sepanjang perjalanan.

Mat : Aku rasa nak kawin la Pie...

Pie: Alhamdulillah, dengan budak mana Mat?

Mat : Satu sekolah

Pie: Ish...ish mana boleh kawin satu sekolah … haram tuh!

Mat : (mula naik hangin) hang jangan memandai buat hukum sendiri la Piei!

Pie: Betullah! Bodoh-bodoh aku nie selalu juga dengar ceramah agama tau!

Mat: Hang nie dah belajar ajaran sesat agaknya

Pie : Takde la Mat, Kau tanyalah mana-mana ustaz pun.

Mat: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?

Pie : Islam suruh kawin paling ramai 4 orang jer… kalau dah satu sekolah 20-30 org perempuan tu kan ke haram?

Mat i: Cilakak ... terkena lagi aku…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan