
Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan
Khamis, 31 Mac 2011
Damailah dalam perjuangan...

Skim Pencen Dunia VS Skim Pencen Akhirat
Dikerahkan tenaga dan idea untuk majikannya. Diletakkan kesetiaan dan 1001 sifat positif kepada majikannya. Semua arahan dipatuhi dan semua larangan dihindari. Dia tidak berani untuk melawan majikannya kerana dikhuatiri skim pencen yang bakal dinikmati pada usia pencen
ya nanti terjejas dan berkurangan dari yang sepatutnya.
Dia barangkali lupa bahawa skim pencen yang diharap-harapkan itu belum tentu dapat dinikmatinya. Dia mungkin menemui ajal sebelum sempat menikmati skim pencen itu. Jika umur panjang pun, apalah sangat yang boleh di’enjoy’ tatkala umur sudah melebihi 55 tahun. Badan sudah tidak segar, penyakit sudah datang menyerang, lidah sudah rasa tawar dan mata mulai kelabu.
Walaupun ia skim yang baik dan wajar kita berusaha ke arahnya, namun tidak banyak sangat harapan boleh diletakkan kepada skim pencen ini!
Skim pencen di Akhirat banyak yang diabaikan. kita tidak berlumba ke arah itu...kenapa? Mengkin kita tidak mengetahui kelebihannya..Dengan meletakkan majikan kita ialah ALLAH `Azza wa Jalla, kita bekerja keras siang dan malam tanpa lupa matlamatnya ialah untuk mendapatkan keredhaan-NYA. Bukan umur 55 tahun sasaran untuk dinikmati skim pencen ini. Tetapi sasarannya diletakkan pada hari berlakunya Hari Akhirat nanti iaitu hari yang kekal abadi.
Dikerahkan tenaga dan idea untuk Majikan Segala Majikan, iaitu ALLAH. Diletakkan kesetiaan total dan 1001 sifat mahmudah (positif) kepadaNYA. Semua arahan dipatuhi dan semua larangan dihindari hingga terbekal pada diri akan Taqwa. Sifat الخوف (al-khauf = takut) dan الرجاء (ar-roja’ = harap) pula sentiasa mengiringi diri, berada di antara kedua-duanya. Takutkan murkaNYA dan harapkan keredhaanNYA. Takutkan NerakaNYA dan harapkan SyurgaNYA. Dijaga sungguh-sungguh dalam keberhati-hatian agar kehidupan akhiratnya tidak terjejas.
Disebabkan sasarannya ialah Hari Akhirat dan bukan umur 55 tahun, maka jika mati hari ini pun, insyaALLAH dengan rahmatNYA maka manfaat ‘Skim Pencen Akhirat’ ini akan dinikmati. Dan semua harapannya pasti dipenuhi oleh Yang Maha Kaya. Malah ganjarannya sangat lumayan, tidak dapat difikir oleh fikiran dan tidak dapat dibayang oleh mata betapa tingginya ganjaran tersebut.
Malah, jika matinya pada umur yang lewat, Skim Pencen Akhirat ini akan mengembalikan si penerima ganjaran kepada usia belia untuk menikmati semua kenikmatan yang bakal tersedia. Malah sifat gagah dan perkasa berlipat kali ganda dikurniakan kepadanya, melebihi keperkasaannya semasa di dunia. Semua kenikmatan yang tersedia di‘enjoy’ dengan penuh nikmat.
Berusahalah! Jadikanlah Hari Akhirat sebagai matlamat kita! Alihkan tumpuan kita kepada negeri yang kekal abadi, bukan kepada negeri yang hanya sementara ini. Kerahkan semua tenaga dan fikiran kita kepada Hari Akhirat yang pasti tiba! Belanjakanlah harta untuk memiliki saham di sana. Perbuatkanlah semua usaha untuk mendapatkan redha dan cintaNYA.
Selasa, 29 Mac 2011
Dunia ini terasa kecil...

Sabor aje lee...?

Pengalaman tak boleh dijual beli. Semakin jauh perjalanan semakin banyak pengalaman yang dapat dikutip. Selama seminggu aku berkelana di Ibukota Negara China ada beberapa peristiwa yang tak dapat dilupakan.

Teruja sungguh dapat naik keretapi laju

Akad Nikah di Masjid ibadah atau adat?

Anak bercabang 8 Memang luarbiasa...

Isnin, 28 Mac 2011
Manusia yang tak reti bersyukur
Sihir Cinta

Anda berparas cantik. Anda sering mempermainkan lelaki? Ada pula perempuan yang jinak-jinak merpati,nampak jinak tapi susah nak ditangkap. Mungkin jugak ada yang terlalu sombong suka menghina dan merendahkan lelaki yang ingin menghampiri anda ? AWAS anda mungkin termasuk golongan yang akan di sihir dengan sihir cinta. Secebis kisah yg di petik dari majalah wanita....
Kakak saya telah terkena sihir sejak anak dara lagi lagi. Baru kini setelah hampir 30 tahun barulah dia agak sembuh tetapi deritanya menempuh alam berkenaan hanya dia dan ALLAH sahaja yang mengetahui.
Dia telah berubat ke merata-rata tempat dari utara ke selatan, timur dan barat, bahkan hingga sampai ke Sarawak. Tidak kurang dia bertemu dengan pengamal perubatan yang jahat tetapi terkenal di seluruh negara. Baru kini kesihatannya agak pulih.
Tiada siapa tahu punca sebenarnya mengapa dia terkena, tetapi diyakini ia adalah perbuatan sihir akibat buatan orang yang berminat terhadapnya suatu ketika dahulu tetapi tidak mendapat layanan. Apa yang kakak saya lakukan sepanjang berlawan dengan penyakit misterinya itu? Zikir sebanyak-banyakkan dan dia kekal berzikir hingga ke hari ini.
Untuk melawan sihir cinta terdap-at beberapa amalan yang perlu dilakukan;
- Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW umpamanya Zikir al-Mathurat.
- Menyebut nama ALLAH dalam setiap pekerjaan.
- Menyebut nama ALLAH setiap kali masuk ke tempat gelap.
- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
- Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
- Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.
- Jangan suka menjemur pakaian dalam anda di tempat yang terdedah dan mudah dicuri.
- Jangan lahirkan rasa marah dan benci anda pada lelaki dengan meludah ke mukanya atau ke tanah
Bolehkah kita bersendiwara dengan Allah??
Kita perhatikan dari sudut solat mereka. Tolak ke tepi mereka yang tidak mengerjakan solat. Soalnya yang bersolat pun masih lagi selesa meletakkan diri di kancah maksiat, dan masih liat walaupun diajak berkali-kali kembali kepada kebenaran, atas alasan yang cukup simple, belum sampai seru! Mengapa? Begitu juga ada yang mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglow tetapi liat untuk ke Tanah suci dengan alasan yang sama "tak sampai seru"
Sedangkan, dalam solat kita, setiap rakaat kita akan mengulang permohonan minta ditunjukkan jalan yang lurus. Jika sehari solat lima waktu, dan jika secara purata kita baligh sekitar usia 15 tahun dan kini berusia 20 tahun, bermakna kita telah mengulang mohon jalan yang lurus sebanyak lebih kurang 34,675 kali. Namun kenapakah mereka (atau kita) masih lagi terkapar-kapar menunggu seru (hidayah) yang menunjukkan kita jalan yang lurus.
Renungkanlah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yg bermaksud
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”.
kita juga sering mencipta alasan dengan menyalahkan orang lain. "Malaslah nak bertudung bini pak imam pun sidai kain kat belakang rumah tak pakai tudung”
“macam mana saya tak jadi Mat Rock , ustaz depan rumah pun pakai seluar jins dan jarang ke surau?”
“dia tu nampak je alim, tapi kat rumah Naudzubillah. Macam mana saya nak dengar cakap dia?”
Itulah antara alasan-alasan yang kita sering guna pakai untuk menolak seruan ke arah kebaikan. Jika itulah caranya, kesempurnaan yang anda damba, tunggulah malaikat turun memimpin anda ke arah kebenaran. Meskipun begitu adakah jaminan anda akan berubah? Ataukah anda menambah siri alasan dengan mengatakan “dia malaikat boleh lah buat baik. Senang je tak yah lawan nafsu”. Jadi adakah kesilapannya jatuh pada orang di sekeliling anda sehinggakan anda gagal memandang mereka sebagai ‘jawapan’ yang diutus tuhan? Saya rasakan tidak.
Sedarlah hidayah itu takkan datang bergolek dan ibrah pengajaran yang Allah tunjukkan perlu ditanggapi dengan mata hati. Dan semestinyalah hati itu perlu ikhlas mengharapkan redha Allah.
Jika anda masih tega menunggu keajaiban berlaku, sehingga tiba-tiba terlukis di langit nama anda baru anda hendak menggagau mencari tudung, maka teruslah menunggu dan menunggu.
Atau jika anda masih tega menyalahkan orang-orang yang berdakwah kepada anda disebabkan ketidaksempurnaan atau kesalahan mereka, teruskanlah! Kerana di akhirat kelak, Allah tidak akan bertanya tentang mereka, tapi tentang amal yang anda lakukan.
Janganlah nanti di akhirat kelak baru kita hendak berlagak sombong memarahi syaitan dan golongan pendosa yang menjerumuskan kita ke lembah maksiat (Fussilat:29), sedangkan di dunia ini anda merelakan diri menjadi hamba mereka yang bertuhankan nafsu.
Berhentilah mencari syurga di pintu neraka, kerana jika tersilap langkah kekallah kita di dalamnya. Berubahlah sebelum terlambat, sebelum ajal dijemput tuhan. Fikir dulu sebelum melangkah, anda mampu mengubahnya!
Titik Gempa Hampiri Malaysia
"

Kosmo 28 Mac 2011
KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?
-Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk menyelamatkan diri.
-Beg kecemasan (Beg yang senang dibawa/beg galas)
-Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll
-Wang tunai
-Barangan kemas
-Telefon bimbit
-Lampu picit
-Kit pertolongan cemas
-Ubatan penting
-Bekalan air minima 3 liter seorang
-Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera)
-Pisau/pembuka tin
-Mancis, lilin
-Dapur kecil dan periuk kecil
-Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun
-Baju hujan, Wisel
-Selimut
-Radio kecil
-Plastik barangan
-
Mahirkan diri bertayamum
Bertaubat
Buat semua yang Allah dan Rasul suruh
Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah
Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari Penentuan, Hari Pengadilan.
Ahad, 27 Mac 2011
Tak sanggup nak makan kambing seperti ini...
-
Seorang petani di Cina Mengadu ia memiliki seekor kambing yang melahirkan seekor anjing. “Anak anjing” itu berbulu seperti kambing tetapi mulutnya, hidung, mata dan ekornya mirip seekor anjing.
-
-
Pemilik hewan ini, Liu Naiying, warga Fugu, Shaanxi, Cina juga mengatakan kambing mirip anjingnya bertingkahlaku seperti anak anjing.
Liu yang telah 20 tahun memelihara kambing belum pernah melihat kambing seperti ini. kambing berwajah anjing ini pun jadi perhatian masyarakat di Shaanxi. Banyak orang yang datang untuk melihat kambing berupa anjing ini.
Peneliti hewan, Yue Guozhang mengatakan tidak mungkin seekor kambing boleh melahirkan anak anjing. “Mereka spesies yang berbeza,” kata nya. “Ini hanya kambing yang tidak normal
Ucapan yang menyamai ucapan Majusi
Sebahagian besar umat Islam menjawab ucapan Selamat Pagi dengan Selamat Pagi atau dalam bahasa arab sobahun Nur.
Penghormatan ini adalah penghormatan dalam agama majusi, kerana mereka mempercayai kuasa baik dan kuasa jahat. Pada mereka baik dan jahat adalah seperi cahaya dan kegelapan.Kedua-dua kuasa ini sentiasa berusaha mendahului diantara satu sama lain serta berusaha menguasai alam ini. Oleh itu mereka mengucapkan penghormatan mereka diantara satu sama lain dengan perkataan “ Pagi yang baik ” dan” Pagi yang bercahaya ” .
Senarai Tugas Syaitan
IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.
Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.
Antara tugas syaitan ialah:
1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)
2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.
“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)
3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)
4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)
5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)
6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)
7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)
8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.
“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)
Kenapa suka buat perkara yang dilarang oleh Allah swt
Kenapa jalan mungkar yang dipilih???
Jawapannya : “ Nak buat macamana , dah memang Allah taala letakkan kami macam ni.Kami nak buat macamana?Taqdir bang..”
Inilah jawapan dan perkataan yang sering kita dengar terpacul keluar daripada mulut sesetengah masyarakat bilamana jalan hidup yang mereka pilih ternyata bertentangan dengan jalan yang Islam letakkan.
Mudah dan padat bagi mereka menggunakan jawapan sebegini.Tak perlu salahkan diri sendiri.Sebaliknya salahkan taqdir Allah taala kepada mereka.
Iblis pernah bertanya kepada Allah taala.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, bukankah Engkau telah mengetahui bahawa aku akan diciptakan dan aku akan menderhakai perintahMu?”
Allah taala menjawab : “ Tentu sekali Aku mengetahui bahawa engkau akan diciptakan dan akan menderhakai perintahKu”
Iblis menyambung bicara : “ Jika engkau telah mengetahui bahawa aku akan menjadi hamba yang derhaka, mengapa engkau menciptakan aku dan akhirnya memasukkan aku ke dalam nerakaMu??”
Allah taala menjawab : “ Adakah kamu mengetahui bahawa kamu akhirnya akan menderhakai Aku? Kamu mengetahuinya setelah kamu menderhakai aku atau sebelum kamu menderhakai Aku??”
Iblis menjawab : “ Tentu sekali aku mengetahui bahawa aku menderhakaiMu setelah aku melakukan penderhakaan tersebut”
Allah taala menjawab “ Maka aku meletakkan hukuman ke atasMu setelahnya bukan sebelumnya”
Nah, kalau kita bicara dengan masyarakat awam dan sesetengah golongan terpelajar kononnya terkadang terkeluar juga perkataan seperti iblis ini tanpa mereka sedari.
Bila kita jumpa orang tengah berdua-duaan di taman bunga, bila ditanya kenapa suka berdua-duaan sebegini? Haram hukumnya kalau bukan suami isteri.
Terkadang jawapan yang diberikan “ Nak buat macamana , di dalam Lauh Mahfuz lagi Allah dah tulis bahawa kami berdua pada tarikh dan waktu ini akan berdua-duaan.Maka kami mengikut perintah Allah taala hakikatnya”
Orang sebegini perlu ditumbuk sahaja.Bila ditanya kepada kita, kenapa kamu tumbuk saya ?? Maka berikan semula jawapannya “ Nak buat macamana , Dah Allah taala dah letakkan dalam Lauh Mahfuz lagi bahawa saya memang akan tumbuk kamu pada hari dan waktu ini di Taman Bunga ini”
Ramai sangat yang suka sebut jawapan sebegitu.Tanpa sedar mereka hakikatnya telah mengikut sebahagian daripada ajaran Jabariah.Ajaran yang meletakkan bahawa Allah taala memaksa kita melakukan segalanya.Kita hanya diibaratkan seperti bulu burung yang berterbangan di udara yang hanya mengikut gerakan angin.Kalau ditiup ke kiri maka kita akan bergerak ke kiri.Kalau ditiup ke kanan maka kita akan bergerak ke kanan tanpa kehendak dan pilihan.
Golongan Jabariah jika mereka berzina maka mereka akan mengatakan bahawa kami hakikatnya telah diletakkan oleh Allah taala akan berzina pada hari ini.Maka kami Cuma mengikutinya dan menurut perintah Tuhan Kami.Kami hanya diibaratkan sebagai seorang pelakon yang hanya mendapat arahan daripada pengarah.
Jawapan kepada golongan sebegini sangat mudah.Tanyakan semula kepada mereka seperti yang ditanyakan oleh Allah taala kepada Iblis laknatullah.
Golongan sebegini hakikatnya ingin mempertikaikan Allah taala.Menyalahkan taqdir dan mempersoalkan kenapa kami perlu diseksa sedangkan Tuhan sendiri yang menjadikan perbuatan kami ini??.
Tanyakan semula kepada mereka “ Adakah kamu mengetahui sebelum ini bahawa kamu akan menjadi makhluk yang melakukan kejahatan?? Kamu mengetahuinya setelah kamu melakukan kejahatan atau sebelum melakukannya kamu telah melihat di Lauh Mahfuz bahawa pada tarikh dan waktu sekian-sekian kamu akan menjadi seorang yang jahat???”
Hakikatnya kamu hanya mengetahui bahawa kamu akan menjadi Mat Rempit setelah kamu terlibat dalam rempit.Kamu mengetahui bahawa kamu akan berzina dan melacur dengan seseorang setelah kamu melakukan perbuatan tersebut.Setelah kamu melakukan barulah kamu mengetahui bahawa Allah taala telah letakkan bahawa kamu akan melakukan perkara ini pada tarikh dan waktu tertentu.Kenapa tidak menjauhkan perkara sebegini sebelum kamu terlibat??
Kamu banyak buruk sangka dengan Allah taala.Oleh kerana itulah kamu dipersoalkan hasil buruk sangka dengan Tuhanmu sendiri.
Kalau kamu boleh menilik apa yang ada di Lauh Mahfuz,dan di dalamnya tertulis bahawa esok hari tepat jam 3 petang kamu akan berzina.Maka pada keesokkan harinya kamu melakukan perkara tersebut pada waktunya yang ditetapkan.Maka perbuatan zina tersebut bukan lagi dianggap maksiat.Malah dianggap ibadah kepada kamu kerana mentaati apa yang ditulis di Lauh Mahfuz.
Tapi persoalannya “ Kamu tahu ke apa yang ditulis kepada kamu di Lauh Mahfuz ?? Kamu tahu ke esok apa yang akan kamu lakukan??” Kalau tak tahu, amalkan apa yang Allah taala dan RasulNya suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Jangan buruk sangka lagi dengan Allah taala.Benarlah Firman Allah taala di dalam sebuah Hadis Qudsi :
Maksudnya : Aku bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu( jika baik sangkaannya kepadaKu maka aku akan letakkannya di dalam kebaikan , tapi jika sebaliknya maka dia akan memperolehi apa yang dia sangkakan).
Kembalilah semula kepada Akidah yang benar .Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asyai’rah dan Maturidiyah.Jangan tanpa sedar kita telah menuruti jalan Jabariah yang dimurka oleh Allah taala.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah Mesir
Khamis, 24 Mac 2011
Burung pun tahu jalan pulang
Seekor burung unta milik Florin seorang wanita berusia 47 tahun berasal dari Busharest Romania. Harian Metro Romania melapurkan burung ini telah dicuri oleh pencuri licik sehinggakan pemiliknya merasakan tidak ada harapan lagi untuk memilikinya semula.
Namun kuasa Allah, burung ini telah terlepas dari kawalan dan berlari pulang dengan menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke rumahnya.
Diberitakan burung ini sanggup berlari selaju 40kmj tanpa henti dan boleh pulak mengecam jalan pulang.
Florin sangat lega melihat burung unta itu kembali ke rumahnya dan takjub melihat bagaimana dia telah berhasil pulang. ”Saya redha dengan kehilangannya tetapi saya bersyukur kerana tuhan telah mengembalikannya kepada saya" jelasnya..
Minyak mahal elok pakai kereta kecik
![[chris_littler_peel_470_10_469x352.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_9cvLDPPuQJw/Sn_rjsA_1UI/AAAAAAAAFjo/TPLlZhOKRyk/s1600/chris_littler_peel_470_10_469x352.jpg)
Rabu, 23 Mac 2011
3 Tahun Beratnya 60 Kg

Lu Hao, kanak-kanak berusia 3 tahun berasal dar Guangdong, . Beratnya mencecah 60 kilogram. Padahal saat lahir Hao memiliki berat badan normal, yakni 2,6 kilogram sahaja. nafsu makannya amat tinggi, dia boleh makan tiga mangkok nasi berukuran besar, lebih besar dari saya dan ibunya,” kata ayah Hao, Lu Yuncheng.
Sejak Hao berusia 1 tahun sebenarnya orang tua Hao sudah mengawasi tabiat makannya. “Tapi bila kemauannya untuk makan tidak dipenuhi ia akan menangis tak berenti,” kata ibu Hao, Chen Yuan.Keluarga
Hao bukan tak ingin dia memiliki tubuh ideal. Hao kerap diminta banyak bergerak dan berolahraga. Salah satunya, keluarga ini memasang ring basket di halaman rumah. Hao juga sering diajak berenang di suangat dekat rumahnya. namun begitu, tiap kali selesai olahraga, Hao malah jadi lapar. Dia pun makin bernafsu makan, akibatnya bukannya turun malah badannya naik. Terus terang, kata Yuncheng, dia khawatir akan kesehatan anaknya. “Kami pernah membawanya ke tiga rumah sakit,” kata Yuncheng.
Menurut Yuncheng, seorang dokter mengatakan Hao punya tumor di kepalanya, tapi dua dokter lainnya mengatakan tidak. Kata dokter, tak ada yang salah dengan Hao, hormonnya juga normal, jadi mengapa Hao boleh membesar berbanding dengan anak seusianya?
Kenapa aku tak terfikir...?
Isnin, 21 Mac 2011
berpantang maut sebelum ajal...Sunhanallah.
Ahad, 20 Mac 2011
Kanak-kanak in memeluk islam melalui pembacaan
Rasulullah saw bersabda: ”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari)
Kisah seorang kanak-kanak yang berasal dari Amerika ini tidak lain adalah satu bukti yg sangat jelas Sekali gus membenarkan hadis di atas.
Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tua Nasrani pada tahun 1990 M. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat. Setelah anaknya sudah boleh membaca dan menulis maka ibunya memberikan beberapa buah buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama samawi atau agama ciptaan manusia. Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu seorang muslim pun.
Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada satu tahap dia mempelajari bagaimana untuk mendirikasn solat, dan mempelajari hukum hakam syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal hadis serta melaungkan azan
Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslimpun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya yaitu Muhammad ’Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkatan atas nam Baginda Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil.
Telur dadar...cemuih aku dibuatnya

Masaalah besar bila berada di bumi asing yg mejoriti penduduknya non muslim ialah soal pemakanan. Sebelum bertolak ke Beijing inilah satu subjek yg berlegar dalam pemikiranku. Adakah makanan halal di sana dan bagaimana bentuk penyediaannya. Meskipun telah dimaklumkan terdapat restoren halal tetapi adakah makanan itu sesuai dengan selera kita orang melayu.
Sabtu, 19 Mac 2011
Kembara di Bumi China...Satu Renungan.
Masjid Niujie masjid pertama yg aku kunjungi. Diberi sedikit taklimat niu berarti jalan dan jie maknanya lembu (Jalan Lembu) Kerana sejak dulunya warga di wilayah ini menjual masakan halal, terutama yang menggunakan bahan baku daging lembu atau sapi.
Masjid itu pernah ditutup selama 10 tahun ketika revolusi budaya komunis pada 1966 hingga 1976, tetapi ia tidak sedikit pun menghalang dakwah Islam di negara kelahiran Laksamana Cheng Ho, pelayar Muslim terkemuka dunia itu.
Masjid Niujie juga dikatakan menempatkan makam dua pendakwah Arab, Sheikh Imad al-Din yang meninggal dunia pada 1283 Masihi dan Sheikh Ahmad al-Bartani (1280). Mereka berhijrah ke China untuk menyebar Islam dan bagi penduduk Muslim di Beijing, makam itu bukti jalinan dunia Islam dengan China yang bermula ribuan tahun dulu.