Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 29 Mac 2011

Teruja sungguh dapat naik keretapi laju


Apabila rombongan kami diberitahu bahawa kami akan dibawa menaiki keretapi laju dari Biejing ke Tianjin masing-masing rasa amat teruja. Di dalamnya lebih luas dan lebih selesa dari kapalterbang. Bentuk dalamannya sama seperti pesawat kapalterbang penumpang dengan seorang pilot dan beberapa orang pramugari.

Pergerakkannya tidak terasa, injin senyap tetapi skrin layar di atas menunjukkan kelajuan mencecah 400 km sejam. Saya difahamkan keretapi ini boleh mencecah kelajuan maksima 500 kmj

Saya terbayang projek keretapi laju di Malaysia nanti apakah kelajuannya spt ini? Andaikata begini kelajuannya mungkin Taiping ke Kuala Lumpur hanya satu jam sahaja. Meskipun begitu terfikir jugak andaikata ada lembu,kerbau,atau gajah melintas rasanya bimbang jugak nak menaikinya. Yang penting kita nak tengok ciri-ciri keselamatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan