Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 23 Mac 2011

Kenapa aku tak terfikir...?


Seminggu saya di Beijing yang kepadatan penduduknya melebihi penduduk Malaysia. Satu perkara yg menarik di sana ialah jarang saya lihat anak mudanya melepak di Pasaraya di kedai-kedai atau di kaki lima jalan. Masing-masing sebuk bekerja. Tidak hairanlah dalam tempoh 30 tahun sahaja Negara China bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia.

Seperkara lagi, kerajaan China mengharamkan motosikal. Selain dari kereta pengguna jalanraya boleh menggunakan basikal berkuasa beteri. Motosikal berinjin petrol hanya untuk pengguna kurang upaya (OKU). Justeru budaya rempit tidak kelihatan di sana.

Untuk membeli belah biasanya pelancung akan di bawa oleh pemandu pelancung melawat gedung-gedung perniagaan milik kerajaan terlebih dahulu sebelum pada hari terakhir dibawa melawat ke Pusat Perniagaan persendirian. Ini satu strategi perniagaan di mana pelancung akan berbelanja besar membeli barangan milik kerajaan. Bila hari terakhir para pelancung sudah kurang bernafsu untuk membeli diprimis swasta (persendirian) kerana faktor kewangan yang semakin berkurangan. Di Premis swasta kita perlu bijak menawar satu hand phone made in China yang di jual di Pasaraya di malaysia harga 780 ringgit di sini 500 Yuen lebih kurang 250 ringgit. Tetapi kalau bijak menawar kita boleh dapat dengan nilai hanya 150 ringgit sahaja.

Sebab itu lah bila cerita kat teman sekerja depa kata awat ustaz tak beli banyak-banyak jual kat kami 200 ringgit pun kami beli. Betul jugak adakalanya biul jugak otak aku tak boleh fikir benda macam ni. Maklumlah aku ni bukan otak bisnis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan