Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 1 Mac 2011

Kelam kabut Jadinya...

Semalam hari terakhir pembayaran saman tertunggak. Jem habih kaunter pejabat pos, ibu pejabat polis, berpusu-pusu orang datang untuk membuat pembayaran saman tertunggak termasuk saman ekor.

Macam-macam cerita aku dengar. Ada yang tak tau kena saman bila tengok internet chek nama ada saman. Bukannya sedikit ada yang beratus ratus dan beribu. Seorang teman bagin tau semalan kawan dia kena saman tertunggak sampai 9 ribu kesian sungguh katanya...muka pun dah macam cicak gekko.

seorang jamaah pengajian tak tau dia kena saman dan tak tau bila dia bawa kereta hingga kena saman,pergi kena balik kena...fikir-fikir balik rupanya dia pernah kasi pinjam kereta pada kawannya suatu ketika dulu..dah lama dah... rupanya depa korek balik. Tapi yang peliknya sebelum nie tak dak masaalah nak peridup road tax. Tup..tup tak boleh peridup sebab ada saman mesti kena perjelaskan dulu dan tambah sedih lagi terkait pulak dengan motorsikal, bincang punya bincang motor boleh diberi road tax itupun hanya untuk 6 bulan saja.

Cerita tentang kena saman nie memang menyayat hati kerana kita disaman dalam keadaan kita tak tahu. Kalau kita disaman ketika ada road block dan atas kesalahan yang kita dah kenal pasti memang kita redho tapi jadi sebaliknya dalam keadaan ekonomi gawat dan perbelanjaan berhemat tiba-tiba kena saman lagi beribu-ribu rasanya darah tinggipun mencanak naik...tak percaya pegi chek kat hospital.

Aku bimbang jugak kut-kut ada kena saman sebab bila bawak kereta nie bukan kita sedar kelajuannya apatah lagi bila pasang ekon. Tambah tiap-tiap malam keluar pi mengajar merata tempat main ngan letih kira nak cepat sampai je. Tapi aku malaih nak chek internet..tawakal aje lah bulan 6 nie roadtax mati tengoklah macam mana nanti...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan