Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 4 Mac 2011

Bila lagi nak gembirakan hati ibu..

Setiap kali balik kampung, mak akan bertanya.."Bila lagi hang nak pegi mancing?"Sejak bawak mak pergi memancing di Selinsing Kuala Gula mak seolah-olah ketagih untuk memancing apatah lagi dapat menaikkan ikan semilang besar.

Seronok jugak bawak mak pergi mamancing kerana soal makan dah tak kisah. Siap bekal dibawanya sekali. Tengah malam bangkit buat kuih, tanak nasi untuk bekal memancing. Pergh...memang berselera makan masakan mak, apatah lagi bila berada di laut dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa.

Tak sangka usia mak melebihi 70han masih bertenaga melontar pancing dan menarik ikan dan sememangnya ini yang mengembirakan aku bila melihat mak gembira dengan hobi barunya. Memang aku sangat sebok dengan pengajian tetapi kerana mak aku sanggup berkorban masa sekurang-kurang sebulan sekali memancing bersama dengannya apatah lagi aku hanya ada mak...ayah dah lama pergi.

Buat teman-teman ku yang kaki pancing sabor-sabor ajelah ye..ada masa aku akan ajak hangpa bila ada masa yg sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan