Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 28 Mac 2011

Sihir Cinta

Anda berparas cantik. Anda sering mempermainkan lelaki? Ada pula perempuan yang jinak-jinak merpati,nampak jinak tapi susah nak ditangkap. Mungkin jugak ada yang terlalu sombong suka menghina dan merendahkan lelaki yang ingin menghampiri anda ? AWAS anda mungkin termasuk golongan yang akan di sihir dengan sihir cinta. Secebis kisah yg di petik dari majalah wanita....

Kakak saya telah terkena sihir sejak anak dara lagi lagi. Baru kini setelah hampir 30 tahun barulah dia agak sembuh tetapi deritanya menempuh alam berkenaan hanya dia dan ALLAH sahaja yang mengetahui.

Dia telah berubat ke merata-rata tempat dari utara ke selatan, timur dan barat, bahkan hingga sampai ke Sarawak. Tidak kurang dia bertemu dengan pengamal perubatan yang jahat tetapi terkenal di seluruh negara. Baru kini kesihatannya agak pulih.

Tiada siapa tahu punca sebenarnya mengapa dia terkena, tetapi diyakini ia adalah perbuatan sihir akibat buatan orang yang berminat terhadapnya suatu ketika dahulu tetapi tidak mendapat layanan. Apa yang kakak saya lakukan sepanjang berlawan dengan penyakit misterinya itu? Zikir sebanyak-banyakkan dan dia kekal berzikir hingga ke hari ini.

Untuk melawan sihir cinta terdap-at beberapa amalan yang perlu dilakukan;

  • Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW umpamanya Zikir al-Mathurat.
  • Menyebut nama ALLAH dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama ALLAH setiap kali masuk ke tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.
  • Jangan suka menjemur pakaian dalam anda di tempat yang terdedah dan mudah dicuri.
  • Jangan lahirkan rasa marah dan benci anda pada lelaki dengan meludah ke mukanya atau ke tanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan