Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 19 Mac 2011

Kembara di Bumi China...Satu Renungan.

Kehadiran ku di Tianjin disambut dengan kesejukan hingga ke tulang sum-sum. Rombongan kami menaiki bas bertolak ke ibukota negara China Beijing dulunya dipanggil Peking. Satu jam setengah kami sampai dan menuju ke Masjid yang tertua di Beijing iaitu masjid Niujie

kami diberi sedikit taklimat mengenai masjid yg berusia lebih 1,000 tahun. Secara zahirnya nampak seakan-akan Tokong China (senibina klasik China) tetapi ruang dalamnya terserlah seni bina Islam meliputi khat atau kaligrafi. Inilah dia Masjid Niujie.


Masjid Niujie masjid pertama yg aku kunjungi. Diberi sedikit taklimat niu berarti jalan dan jie maknanya lembu (Jalan Lembu)
Kerana sejak dulunya warga di wilayah ini menjual masakan halal, terutama yang menggunakan bahan baku daging lembu atau sapi.
Masjid ini terletak di wilayah utara China, dikatakan masjid tertua di Beijing yang dibina oleh Nasir al-Din, anak pendakwah Arab bernama Sheikh Qiwam al-Din pada 966 Masihi. Ia dinaik taraf oleh Maharaja Qing Kangxi yang memerintah China sekitar 1622 hingga 1722, membuktikan Islam diiktiraf di negara terbabit ketika itu.

Masjid itu pernah ditutup selama 10 tahun ketika revolusi budaya komunis pada 1966 hingga 1976, tetapi ia tidak sedikit pun menghalang dakwah Islam di negara kelahiran Laksamana Cheng Ho, pelayar Muslim terkemuka dunia itu.

Masjid Niujie juga dikatakan menempatkan makam dua pendakwah Arab, Sheikh Imad al-Din yang meninggal dunia pada 1283 Masihi dan Sheikh Ahmad al-Bartani (1280). Mereka berhijrah ke China untuk menyebar Islam dan bagi penduduk Muslim di Beijing, makam itu bukti jalinan dunia Islam dengan China yang bermula ribuan tahun dulu.

Ketika keluar dari Masjid Niujie aku disapa oleh seorang peminta sedekah (muslimah)tetapi kerana tak sempat nak tukar wang kecil bagi duit Malaysia sebagai tanda kenangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan