Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 14 November 2010

Makan Kepala Ikan Nanti Cepat Lupa???


Setiap kali saya menyampaikan ceramah motivasi untuk pelajar atau pun ibu bapa seringkali juga saya diajukan pertanyaan bolehkah anak-anak yang sedang belajar makan kepala ikan? Sebab menurut mereka makan kepala ikan akan cepat lupa...

Biasanya saya akan tersenyum dengan pertanyaan begini kerana saya pun penggemar kepala ikan. Tambahan pula kepala ikan merah atau ikan plotan...memang sedap.

Bagi saya ini cuma tanggapan orang tua-tua, kenapa mereka larang anak-anak makan kepala ikan..? faham-faham aje la. Apakah ada nas atau dalil dari Quran atau hadis? jawapannya tidak ada. Pada dasarnya, sumber laut itu halal dimakan.

Firman Allah swt yang bermaksud;
Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang yang dalam pelayaran" (Surah Al-Maidah ayat 961)

Rasulullah juga menyatakan adalah halal memakan ikan yg telah mati dari laut dan tidak ada bahagian yang dilarang memakannya,termasuklah dari bahagian badan,mata ekor,kepala dan sebagainya.

Dan setakat ini juga tidak ada kajian saintifik yang menyatakan bahawa makan kepala ikan boleh menghilangkan hafalan dan mengurangkan daya ingatan

Wallahuaklam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan