Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 31 Januari 2012

Allah bagi lubang hidung suruh bernafas..yg pi sumbat pasai apa...bengong sungguh


Manusia suka melakukan sesuatu yang pelik dan menyisa diri. Wanita dari suku Apatani (India) yg tinggal di Dataran tinggi mempunyai satu adat iaitu mereka menutup lubang hidung mereka dan bernafas melalui mulut.

Menurut kepercayaan mereka ia boleh melindungi mereka dari musibah dan anasir kejahatan. Ini kerana suku mereka (Apatani) jika tidak memakai colok hidung mereka akan dicolek oleh suku-suku kaum yg lain kerana bagi mereka perempuan dari suku ini adalah yang paling cantik. Lantaran itu mereka sanggup mengburukkan rupa paras mereka dengan memakai colok hidung.

Manusia Ibarat Kerbau...

blog-apa-aja.blogspot.com
Sekiranya syaitan diibaratkan singa, kerana sifatnya membaham mangsa,
Manusia pula diibaratkan kerbau kerana menjadi mangsa,
Kerbau selamat sekiranya bersama kekawanan kerana singa juga
ada sifat takutnya...
Manusia pula selamat sekiranya berjamaah kerana syaitan takut kepada Tuhannya, hati-hati manusia dalam jamaah menjadi satu, menegakkan kesatuan Ilahi...

Malangnya seekor kerbau sekiranya dia terpisah dari kekawanannya...
Kerana dia terdedah kepada pemangsanya kekawanan singa...
Malangnya dia kerana mudah dibaham singa yang lapar lagi dahaga.
Individu manusia sekiranya tidak berjamaah atau terpisah dari jamaah ataupun
sengaja dipisahkan,
Betapa malangnya dia, kerana dia terdedah dengan kekawanan syaitan yang memang
sentiasa mencari mangsanya...jadilah dia,
Individu malang di baham syaitan!

Jangan kamu jadi seperti ini!
Ayuh, bersamalah jamaah...walaupun kamu dipisahkan
satukan hati...
Dalam kesatuan Ilahi,
Nescaya syaitan, tiada tempat mengisi,
ruang-ruang kosong dalam hati sanubari
Wahai kawan, jangan kamu membangga diri, kerana banga diri itu
Sifat Tuhanmu...
Tidak layak bagimu meminjam sifat Tuhanmu itu...
Sebab itu mudah bagi syaitan membaham dirimu,
kerana kamu tepisah dari kekawananmu...
Syaitan dilaknat kerana sifat bangganya kepada dirinya...
Kalaupun kamu meminjam sifat syaitan,
kamu tetap akan dilaknat oleh Tuhanmu...
Kembalilah, kembalilah, kembalilah...
Diam bagi kamu adalah lebih mulia
sekiranya kamu mengetahui.



Pemuda yang dapat memiliki 2 pintu langit

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Seorang hamba memiliki dua pintu di langit. Pintu yang menjadi keluarnya rezeki dan pintu yang menjadi masuknya amal dan perkataan baiknya. Jika ia meninggal dunia, dua pintu langit itu akan merasa kehilangan dan akan menangisinya.” Kemudian Baginda s.a.w membaca ayat, “”Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka.” Disebutkan demikian, kerana mereka tidak memiliki amal soleh di atas muka bumi yang membuat bumi menangisi kematian mereka (Fir’aun dan bala tentaranya). Dan mereka juga tidak memiliki amalan dan perkataan yang baik, yang naik ke langit sehingga langit itu tidak merasa kehilangan dan tidak pula menangisi mereka.”.. (Riwayat Abu Ya’la dan At-Tirmidzi).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya rezeki itu mencari seorang hamba lebih kerap daripada apa yang dicari oleh ajalnya” (Riwayat Thabrani melalui Abu Daud).

Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah Subhanahuwata’ala…
Apabila kadar rezeki yang ditetapkan Allah Subhanahuwata’ala kepada seseorang telah cukup dan sempurna, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawanya. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail pula adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan untuk mencabut nyawa.

Resepi bebas hutang...spesial punya resepi tau?

Beberapa tahun yang lalu aku pernah di tanya oleh seorang teman akrabku adakah aku pernah berhutang sama ada hutang bank,hutang kad kredit ataupun pinjaman perumahan. Aku jawab tak pernah sama sekali dan kalau boleh aku cuba nak elakkan kecuali kalau dah terpaksa dan terdesak.

Baru-baru ini pula Seorang teman sekerjaku mencadangkan agar aku buat satu artikel dlm blog ku berkenaan dengan hutang. Bagaimana nak mengawal diri dari suka berhutang dan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan harian. Memang susah nak cari idea mengenai topik ini, tapi..untuk berkongsi idea rasanya apa yang aku paparkan ini boleh dijadikan renungan bersama.

1- Pisahkan antara 'keperluan' dan 'keinginan'
Di rumah pastinya banyak barang-barang yang dibeli hanya kerana keinginan untuk memiliki bukannya satu keperluan. Justeru itu fikirkanlah untuk membeli sesuatu barang adakah ia benar-benar satu keperluan yg benar-benar perlu atau sebaliknya. Kawal nafsu jika kita tak mampu memilikinya.

2-Ubah cara berbelanja anda.
Kalau sebelum ini kita tidak merancang perbelanjaan. Cuba buat perancangan dengan membuat catatan barang apa yg perlu dibeli. Berapa bajet yang akan disediakan untuk hari ini dan sentiasa mematuhi catatan perbelanjaan anda

3-Sentiasa berhati-hati dalam mengatur perbelanjaan
Usah terlalu lama berada di Pusat membeli belah atau supermarket kerana anda mudah tergoda dengan barangan yaang dipamirkan dan promosi yang di tawarkan. Jangan kerap membawa anak-anak saat berbelanja bulanan, kerana biasanya anak-anak suka menagih untuk membelikan itu dan ini. Pastikan kita memilih hanya kedai harga patut sebagai tempat untuk kita berbelanja kerana kita akan membuang masa untuk meninjau banyak kedai.

4-Jangan suka menunggak pembayaran.
Kalau sampai bil, tak kiralah..bil letrik ke? air, astro, telefon ke..? cuba langsaikan segera jangan sampai tertunggak kerana ianya akan menggangu bajet bulanan kita

5-Kad kredit ? sory... jangan cari penyakit.
Bagi yang mampu berbelanja tunai jangan sekali-kali menguna pakai kad kredit kecuali betul-betul memerlukan itupun kalau boleh hanya satu sahaja. Setiap bulan bayar penuh jangan sekali-kali buat bayaran minima kerana anda mungkin akan diserang penyakit 'kemurungan"

6-Amalkan membaca Al-matsurat terutama doa yang berkaitan dengan memohon agar dibebaskan dari rasa lemah..keluh kesah dan hutang piutang. Amalkan doa ini 3x selepas solat subuh dan 3x selepas solat asar.


Isnin, 30 Januari 2012

Aku bukan ulama..

Kadangkala orang meletakkan satu kedudukan yang tinggi pada kita. Hakikatnya kita sedang diuji oleh Allah swt. Lantas kita merasakan diri kita sudah cukup hebat, punya pengikut yang ramai. Justru itu apa yg paling dibimbangi niat murni kita untuk mendidik ummah boleh berubah kepada mengejar populariti dan kesenangan duniawi.

Al Hafidz Ibnu Rajab telah menyebutkan ciri-ciri seseorang mempunyai ilmu yang bermanfaat atau sebaliknya, "Adapun sesiapa yang ilmunya tidak bermanfaat, maka tidak ada kesibukan baginya kecuali takabbur dengan ilmunya terhadap manusia.

Dan menampakkan kelebihan ilmunya dari yang lain serta menilai orang lain bodoh. Serta merendahkan orang lain untuk meninggikan dirinya sendiri. Dan ini adalah pencapaian yang paling buruk. Dan boleh juga menilai para ulama sebelumnya sebagai orang bodoh, lalai dan lupa. Maka ada keharusan baginya cinta kepada dirinya dan cinta kepada popilaritasnya. Berkhusnudzan kepada dirinya dan bersu`udzan kepada para ulama sebelumnya."

Adapun mengenai ciri seseorang mempunyai ilmu bermanfaat, Ibnu Rajab meneruskan, "Adapun pemilik ilmu bermanfaat bertolak belakang dengan hal tersebut, ia bersu'udzan kepada diri mereka sendiri, dan berhusnudzan kepada para ulama sebelumnya, mengakui dengan hati mereka keutamaan siapa sebelumnya dan ketidak mampuan diri mereka untuk sampai kepada darjat mereka. "(Fadhl Ilmi As Salaf 'ala Ilmi Al Khalaf, hal. 28).

Mudah-mudahan kita dihindarkan Allah dari sifat yang melekat pada orang-orang yang ilmunya tidak bermanfaat.

Bayi dilahirkan tanpa setitik darah...




Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yg mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya. Bayi ini didapati sihat spt bayi normal yang lain.

Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.

Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.

Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.

Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.

Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.

Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.

Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

Rock-rock jugak...akhirat jangan lupa tau...?

Rasulullah senantiasa berdoa agar umatnya dijauhi dari azab kubur. Dalam Zikir Al-matsurat kita akan membaca satu doa "ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari azab kubur." Kisah yang saya paparkan di bawah ini mungkin boleh menjadi renungan dan iktibar bagi kita yang hidup kerana bagi Allah swt tidak ada yang paling mulia pada sisi-Nya melainkan orang yg bertaqwa.

Seorang pengurus jenazah telah memandikan mayat seorang polis Melayu. Beliau terperanjat apabila mendapati tatoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan mayat tersebut dikafan, disembahyangkan dan di kebumikan spt mana mayat seorang muslim.

Namun begitu hatinya masih tidak puas dan rasa tak sedap hati lalu ia melaporkan kepada pejabat Agama yg berdekatan berkaitan gambar tatoo salib yg terdapat pada badannya. pejabat Agama segera mengambil tindakkan dan kubur itu digali semula dan mayatnya harus dipindahkan.

Lalu kubur itu pun digali selepas 1 jam dikebumikan. Alangkah terperanjatnya orang yang hadir apabila melihat betapa naifnya jenazah yang baru dikebumikan itu. mayatnya seolah-olah mengalami penyiksaan yang sangat berat. matanya terjojol keluar dan tulang belulangnya patah riuk seolah-olah baru sahaja mengalami satu himpitan yang sangat dahsyat.

Sesungguhnya kisah ini benar-benar berlaku cuma tempatnya dirahsiakan demi menjaga kehormatan ahli keluarganya. Cuma untuk makluman ia berlaku di suatu daerah di negeri Kelantan.Lantaran itu dalam kita memburu duniawi jangan sekali-kali kita melupai ukhrawi

Aku teringat petang semalam di Tesco depan Pejabat Pos tiba-tiba aku di sapa "Haloo ustaz..Gua caya sama lu" sambil menghulurkan salam. Rupanya bekas pelajar aku..aku sambut tangannya dan tepuk bahunya "Rock-rock jugak...akhirat jangan lupa tau"

Ahad, 29 Januari 2012

Banyak remaja yang mati di jalan yg lurus..

Hari ini balik kampung. Biasalah hari minggu ramai anak remaja keluar terutama mat-mat rempit dengan motosikal yg telah diubah suai. kadangkala berbulu juga nengok gelagat mereka. Ada yg meniarap,mengiring,berdiri atas motor disamping mengangkat tayar hadapan.

Apa yg paling mencemaskan aku bila melihat mereka mula berlumba sesama sendiri tanpa memperdulikan keselamatan pengguna yg lain. Mereka memecut di jalan yang lurus tanpa topi keledar. Tak hairanlah terpapar di dada-dada akhbar kemalangan maut yg melibatkan anak-anak muda kita mati di atas jalan yg lurus.

Gambar mat motor di bawah ini lagi berbulu mata aku menengoknya. rasa macam nak bubuh peneghajang kat Pungkok. tak tau malu langsung. Apa nak jadi sekarang ini..akhir zaman manusia akan hilang rasa malunya seperti yang dikatakan oleh Rasulullah saw.

Memang pelik...

Seorang penoreh getah dari Kg Keda,Sadik di Kupang dikejutkan dengan penemuan buah rambutan yg berisi batu. Puan Saayah ibrahim (56) tidak menyangka sama sekali menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu.

Saya amat terkejut apabila mendapati isi rambutan yg hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih," ceritanya ketika ditemui di rumahnya. Memang pelik macamana batu boleh berada dalam buah rambutan.

Sesungguhnya ini adalah kuasa Allah. Saya pernah ditunjukkan sebiji terong yg dibelah dua oleh seorang jamaah pengajian muslimat. peliknya biji-biji terong tersusun spt kalimah lailahaillallah dalam tulisan arab. Saya terkejut bila melihatnya ketika saya membelahnya untuk membuat pajeri terong untuk makanan tengahari.

Jumaat, 27 Januari 2012

Jangan namakan anak anda dengan nama ini...Betul ke?

"Ustaz...betul ke Balqis itu nama bangsa jin.? Pelik juga soalan nie. Saya tanya balik, kalau betul kenapa? "Ada orang kata kalau ambik nama jin kita mudah didampingi dan diganggu oleh jin." Saya tanya lagi ada nas yg soheh ke? "Idak le ustaz..saya tak tahu pasai tu saya tanya ustaz..."

Dalam rancangan 'tanyalah ustaz' seorang penceramah melarang menggunakan nama-nama tertentu yang kununnya boleh membawa malapetaka akan kena gangguan makhluk halus. Antara nama-nama itu ialah Balqis,Najwa,Qistina,Arisya,Zaquan dan sebagainya. Tetapi apa kaitannya dengan manusia sekiranya nama ini diguna pakai?

Rasanya kita perlu berhati-hati agar tidak mengangkat sesuatu nama itu boleh mendatangkan mudharat atau musibah pada diri seseorang.Sesungguhnya mudharat dan menafaat kesemuanya datang daripada Allah swt. Sebarang dakwaan tanpa dibuktikan dengan sunnatullah,nas Al-Quran atau Al-Hadis perlu ditolak sama sekali kerana boleh mendatangkan syirik.

Profesor Dr Haron Din ketika ditanya, menolak sama sekali dakwaan tersebut dgn mengemukakan ayat 65 surah An-naml (sila rujuk) Meskipun begitu ada-ada nama-nama jin kafir yang disebut dalam hadis tidak sepatutnya digunakan kerana nama itu sangat buruk spt Azazil, Wiswas,Khannas,Murrah,Harb,Soba dan beberapa yg lain spt yg disebut dalam hadis

Khamis, 26 Januari 2012

Dedah aurat dalam facebook...hentikanlah

kisah ini mengenai seorang
hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa......... yang mengetahui password facebooknya... jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.... dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...Al-Fatihah

Pluralisme Agama..

Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.

Rabu, 25 Januari 2012

Patutkah anak ini di hukum???

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.

Kenapa? Sebab nak beli beras. “Kami lapar sgt,” kata mereka.“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.

“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.Runtuh hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.Tak makan, jawabnya.Sebelum ke KAFA?
Tak makan.Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.

Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.

Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”

Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.

Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.

JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.

Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)