Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 30 Mac 2012

Bayi muncul dari lumpur...

menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh telah menghanyutkan dan menenggelamkan seorang wanita khamil yang hampir melahirkan anak di dalam lumpur. Setelah beberapa hari pencarian wanita yang terkubur di dalam lumpur itu telah melahirkan anak tanpa diketahui atas bantuan sesiapa. Dengan kebesaran Allah bayi tersebut selamat dan lihat gambar-gambar di bawah








Motorbike taxi driver Sok Thoeun, 40, is now wanted on child abuse charges after chaining his son, pictured, to a pole as punishment for skipping school to play computer games
BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.
Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.
Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.
"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.
Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.
Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.
"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Kenali wanita melalui cara berjalannya..? Boleh jadi betul...boleh jadi tidak


1'Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Khamis, 29 Mac 2012

Imam baling kasut telah mengislamkan dua saudara baru di dalam penjara.

NONE
Aku kagum jugak dengan imam ini meskipun mungkin ada yang tak bersetuju dengan kebiadapan imam ini membaling kasut pada hakim. Mungkin dek kerana perasaan terlalu marah dengan keputusan hakim yang tidak berlaku adil menyebabkan imam ini mengambil tindakkan sedemikian rupa.

Beliau telah dijatuhkan hukuman selama setahun di atas kes menghina mahkamah namun tanggungjawab imam Hoslan Hussain dalam menyampaikan seruan dakwah tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan telah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama di dalam penjara

Isterinya, Noorliza Mohd Isa sendiri mengesahkan bahawa suaminya turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjamaah disamping mengajar fardhu ain. Tegasnya, alhamdulillah suaminya telah dapat mengislamkan dua saudara baru.

Isnin, 26 Mac 2012

Benarkah ayah Pin kini lumpuh seluruh badan

http://www.malaysiakini.com/pages/ayah_pin/original/01.JPG

Berita terbaru yang aku terima yang di kirim dalam Dunia islam menegaskan bahawa kini ayah pin mengalami lumpuh seluruh badan dan terpaksa mendapat rawatan tradisional di Bachok, Kelantan untuk memulihkan kembali kesihatannya.

Ajaran Ayah Pin yang menggemparkan dunia Islam dengan mendakwa dia sebagai wakil Tuhan untuk semua agama telah berjaya mengumpul pengikut yang taasub padanya lebih kurang 3 ribu. Mungkin jika benar berita ini ia mungkin suatu kafarah dari Allah swt di atas kesetannya.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kepadanya dan kembali kepangkal jalan ( Ahli Sunnah Wal Jamaah ).

Ahad, 25 Mac 2012

Gadis bertudung litup… “kangkang kat tepi jalan”


“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga.

Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku; “Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab, “Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~”sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini?

Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula! “Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut. “Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.Rupa-rupanya Kang kang yang dimaksudkan adalah kedai kasut seperti gambar yng tertera di bawah ini.




Sabtu, 24 Mac 2012

Mangkuk ayun betoi laa

Dulu...ustaz aku pertnah gak pesan, jangan jadi mangkuk ayun. Susah jugak aku nak faham apa makna mangkuk ayun tuu. Mungkin mangkuk ayun tu orang yang suka ambik kesempatan untuk pedajai orang lain ataupun untuk mempermainkan dan memperbodohkan orang lain.

Selalu jugak sahabat aku cakap.."mangkuk ayun betoi la dia tu? Berbalik kepada kisah ustaz aku. Dia cerita dalam kuliah dia ada 3 0rang mangkuk ayun sudah kasi main seorang pak Imam. Imam ni dah lama geram kat depa ni suka lepak dan mengusik anak dara orang.

Pendek cerita, Pak Imam cari jalan bagaimana nak tarbiah dan beri keinsafan pada mereka ni. Kebetulan tempat mereka selalu lepak dekat dengan surau. lalu berlakulah beberapa insiden cabar mencabar. Pak Imam cabar tiga mangkuk ayun tu ke surau waktu maghrib nanti.

Mangkuk ayun pertama dengan tegas menyatakan.."Apaa..ingat kami ni jahil sangat ke Pak Imam..kami boleh buktikan bahawa kami bukan sejahil seperti yg disangkakan.

Maghrib menjelang tiba. Pak Imam lega melihat tiga mangkuk ayun ni datang menyahut cabaran.Tapi rasa cuak jugak nengok mereka datang dengan bertopi ala rap yang dipusing ke belakang. Tanpa basa basi pak Imam jemput mereka masuk dan minta salah seorang dari mereka melaungkan azan. Apalagi tampil seorang depan macrofon dan terus azan dengan suara meneran ala Ramli Sarip. berkerut juga muka Pak Imam kerana yang dia dengar bukan azan tapi macam takbir raya. Lalu Pak Imam suruh berhenti dan minta Pak bilal melaungkan azan sambil berkata "hang dengar betoi-betoi bunyi orang azan"


Selepas iqamat, Pak Imam maju ke depan dan mula mengangkat takbir. Tapi..mengapa pulak kali ni fikiran Pak Imam rasa terganggu sehingga berkali-kali mengangkat takbiratul ihram. Masuk kali yg ketiga tak boleh jugak salah seorang mangkuk ayun tadi tepuk belakang Imam. "pak Imam gostan belakang biar saya naik jadi imam ...nampak macam susah sangat nak angkat tangan" terkedu Pak Imam dibuatnya, mau tak mau terpaksa gostan ke belakang.

Mangkuk ayun yg kedua ini terus saja angkat takbiratul ihram "Allahuakbar" dan meletakkan tangan dengan sempurna diperut dan diikuti oleh imam dan jamaah yg lain. Tak semena-mena dia pusing kat belakang mengadap imam sambil berkata "Tengok...kan mudah pak Imam sekali angkat saja tak dak sangkut-sangkut" Haluih je mata Pak Iman rasa macam nak penampar je mangkok ayun sekor ni.

Tak semena-mena mangkuk ayun yg ketiga pula tampil ke depan. 'Imam tak payah susah hati..biar saya pulak pimpin solat ni...saya akan buat yang terbaiek" sambil menunjukkan tanda bagus dgn ibu jarinya.

mangkuk ayun ketiga ini memang lidah qari. Suaranya gemersik mirip Saleem kumpulan Iklim. Maklumlah itu idola dia. Surah Al-Kautsar dan An-Nas dibaca pun betul dari segi tajwidnya. Habis solat ada lagi wirid-wiridnya kemudian berdoa.

Barulah hati Pak Imam lega dalam keadaan nampak rock ada juga mangkuk ayun yang berilmu. Boleh pimpin sembahyang. Sambil tepuk-tepuk bahu pak Imam terus memuji "macam nie la baguih..rock-rock jugak sembahyang jangan tinggai..bacaan hang pun sedap...teresap di hati" "Sebab-sebab tu Pak Imam jangan suka-suka nak kutuk kami, belum cuba belum tau. Solat tadi tu tak ambik pun air sembahyang...kalau dan ambik rasanya lebih merdu lagi." Terbeliak mata pak Imam" Tadi hang sembahyang tanpa ambik wudhu...? memang hampa betiga nie mangkuk ayun"

Khamis, 22 Mac 2012

Apa kejadahnya minum air kencing sendiri...

Carrie, seorang wanita asal Colorado Springs, AS, memiliki kebiasaan unik sekaligus menjijikkan. Selama lebih dari empat tahun terakhir, Carrie hobi meminum air kencingnya sendiri. Setiap hari, Carrie meneguk 2,5 liter urine, ini berarti total 3.500 liter air kencing telah diteguknya selama empat tahun.

“Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari tubuh saya. Rasanya seperti air biasa,” ungkapnya seperti dikutip Oddity Central.

Carrie meneguk air kencing menggunakan gelas, seperti pada umumnya. Lebih uniknya lagi, Carrie tak hanya minum melalui mulut, namun juga menghisapnya lewat hidung. Perempuan 53 tahun itu mengaku merasa sakit saat memasukkan air kencingnya lewat hidung, tapi dia tetap tidak bisa menghentikan kebiasaan ini.

Kebiasaan aneh ini diduga disebabkan karena Pica disorder, kelainan yang menyebabkan seseorang hobi melahap sesuatu yang tidak lazim dikonsumsi.

Psikiater Dr. Keith Albow menyebutkan, meminum urine dapat menjadi obat stress bagi pengidap Pica disorder seperti Carrie. Kondisi yang dialami Carrie menunjukkan kesalahan penggunaan fungsi tubuh dan apa yang seharusnya masuk ke dalam tubuhnya

Selasa, 20 Mac 2012

Resepi kasih sayang abadi...

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke masa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

Isnin, 19 Mac 2012

Lambaian Kaabah Pemuda Bosnia ini sanggup berjalan kaki sejauh 3600 batu

http://i.imgur.com/xRhUO.jpg

Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

“Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun.

Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.

Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur’an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.

“Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah” kata Hadzic.

“Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua.”

Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.

“Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji” kata Hadzic.

“Tapi saya saya menolaknya.” Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.

“Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki” kata Hadzic.

“Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya.”

Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.

“Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah” kata Hadzic.

“Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan.” Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.

“Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti ‘berterima kasih’ dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati” kata Hadzic.

Kasih seorang anak..malangnya ia bukan seorang muslimah

Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tampa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat kita semua.

Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negera yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.

Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.

Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.

Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan lalu lintas yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kemalangan ini ibundanya mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang disemarakkan pula dengan kehilangan ayahnya.

P/S: Anak orang melayu lagi bernama islam sanggup tinggal ibu di hotel sebab tak sanggup nak jaga ibu lumpuh.

Kucing berwajah seram

Kucing Don Sphynx, yang dianggap seram (Foto: AFP)

Kucing pada umumnya dikenal sebagai binatang lucu dan comel. Tetapi ada spesis kucing di Kazakhstan memiliki paras wajah yang brutal dan menyeramkan.Kucing ini dari jenis Don Sphynx mampu menarik kunjugan pelancong dari jauh dan dekat untuk melihar dirinya dengan lebih jelas lagi. Ia berasal dari Rusia. kucing ini tidak medmiliki bulu di badan. Ia juga memiliki gigi yang mempunyai 4 taring tajam dan berlidah merah darah.



Selain itu, tubuh kucing diselimuti kulit hitam yang keriput. Matanya yang berwarna hijau dan hitam memiliki dikabarkan memiliki pandangan yang sangat tajam. Demikian diberitakan Daily Mail, Senin (19/3/2012).
Kucing jenis inipertama kali muncul pada tahun 1987 di kota Rostov-on-Don di Rusia. Anehnya, mereka dikenal sebagai hewan yang penyayang, menyenangkan, mudah didekati dan sangat pintar. Amat jauh dari rupa fizikalnya yang ganas dan rupa yang menyeramkan.

Tiga hari lahir...sudah mengeluarkan susu

Seekor anak kambing yang baru dilahirkan tiga hari, sudah mampu mengeluarkan susu. Awalnya, pemilik kambing ini mengira bahwa susu di jerami itu berasal dari kambing dewasa.


“Saya memiliki banyak pengalaman dalam berternak kambing, dan unta. Saya merasa bahwa ini adalah kali pertama yang pernah saya lihat dalam hidup saya,” kata lelaki pemilik kambing itu, seperti dikutip dari Emirates 247, Mingggu (18/3/2012).

“Saya pertama kalinya mengira bahwa susu itu berasal dari kambing yang sudah dewasa, tetapi kemudian saya menemukan bahwa susu tersebut malah mengalir keluar dari anak kambing.
Peternak itu menambahkan, dirinya mencuba untuk memerah susu anak kambing itu dan ternyata benar-benar keluar. Baginya ini adalah peristiwa yang sangat pelik dan kejadian ini adalah kali pertama bagi kehidupannya di Arab Saudi

Khamis, 15 Mac 2012

Tanda-tanda awal Cinta Suami Isteri Yang Semakin Pudar

1-Malas angkat telefon
2-Malas nak keluar bersama
3-Sentiasa sebuk dan buat-buat sebuk
4-Sudah pandai bergurau kasar
5-Apa kita buat dah tak betul di mata dia
6-Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan
7-Bila kita cakap 'I love You" dia balas "emmmmm" jer.
8- Dia dah tak kisah apa nak jadi pada kita
9- susah nak senyum
10-Susah nak berkomunikasi
.


Rabu, 14 Mac 2012

Adakah roh beliau mendengar akan ceramahku???

Masih ku ingat beberapa minggu yang lepas. Imam Surau Toh Paduka beria-ia sangat nak jemput aku bagi ceramah kat surau dia. Berbagai alasan aku bagi menyatakan aku ada kuliah di tempat lain namun ia tetap berkeras juga. "Saya nak ustaz datang jugak ini hasrat saya ustaz...lepas isya pun tak pa." Wajahnya penuh mengharap. Aku tak mampu nak menolaknya lantas aku mengiakan saja.

Takdir Allah aku dengar berita minggu lepas beliau telah kembali kerahmatullah secara tiba-tiba tanpa sebarang penyakit. Semalam aku dihubungi oleh wakil surau supaya aku datang jugak untuk beri ceramah sebagai memenuhi hasrat terakhir beliau. sebak juga hati melihat begitu ramai yang menunggu kedatanganku meskipun program dijalankan selepas Isya'

Di Surau Al-Munawarah Bukit Jana ketika kuliah Maghrib awal-awal lagi aku bagi tahu masuk waktu Isya' aku akan terus ke Batu Kurau lebih kurang 30 meter jaraknya dan tak dapat untuk solat isya berjamaah dan makan jamuan yg disediakan kerana tak sanggup membiarkan mereka menunggu lama.

Alhamdulillah aku telah sampai tepat pada masanya dan apa yang lebih penting hasrat Allahyarm Imam Roseli Abas telah ku penuhi. Mungkinkah malam itu ruh Roseli Abas juga hadir mendengar ceramahku...wallahuaklam.

Aku difahamkan derma pada arwah mencecah hampi 10 ribu memandangan beliau seorang yang sangat komited dengan Islam dan banyak melakukan kebajikan sebagai tok mudim dan pernah menjadi jurulati seni silat gayung Pattani pada anak-anak muda setempat. Moga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau ...amiin.

Isnin, 12 Mac 2012

Api misteri kembali mengganas

Zainab menunjukkan api misteri (dalam bulatan) yang membakar kain tudungnya di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU: Selepas lebih setahun tenang tanpa serangan api misteri, keluarga Zainab Sulaiman, 75, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab kembali resah apabila serangan tersebut kembali berulang di kediamannya di sini kelmarin.

Terbaru, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini, apabila api misteri tersebut muncul secara tiba-tiba dan membakar sebuah almari yang sarat dengan pakaian.

Menurut Zainab, kejadian tersebut disedari oleh seorang cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 16, yang terbau hangit seperti benda terbakar sebelum mendapati sebuah almari yang terletak di dalam sebuah bilik terbakar.

Katanya, ketika disedari api yang muncul tersebut begitu marak dan membakar almari serta sebahagian dinding bilik tersebut menyebabkan beliau dan menantunya, Rafeah Zakaria, 38, serta dua lagi cucunya, Wan Nurfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, panik dan berada dalam ketakutan.

“Kami semua terpaksa mengambil semua pakaian yang disimpan di dalam almari dan dicampak ke luar rumah melalui tingkap untuk mengelakkan daripada terus hangus terbakar selain bimbang api menjadi semakin marak.

“Orang kampung juga datang menolong memadamkan kebakaran dan disebabkan api yang sangat marak, saya terpaksa meminta orang kampung menelefon pihak bomba kerana bimbang rumah saya hangus terbakar,” katanya ketika ditemui semalam.

Sabtu, 10 Mac 2012

Gula-gula Lolipop Bahaya Kepada Kesihatan

Post Pic
GEORGETOWN, 10 MAC : Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.
Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.

"Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.

"PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia," katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini.

Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.

Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.

"Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam," katanya.

Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu

Jumaat, 9 Mac 2012

Pohon Dinosaur....

Sebuah pohon yang dilanda angin kencang, tiba-tiba saja berubah bentuk menjadi amat menyeramkan. Pohon itu nampak seperti dinosaurus yang menakutkan, lengkap dengan mata, mulut dan punggung bersisik dan ia begitu menyeramkan.

Pohon monster ini dapat dilihat di lahan pertanian milik seorang warga di Alby Norfolk Utara, Inggris. Tetapi seperti halnya dinosaurus yang telah punah, bentuk pohon ini juga akan hilang saat berbunga dalam waktu tiga bulan.

Masyarakat setempat yang sering melalui kawasan tersebut pastinya akan terkejut dengan pohon itu. Mereka beranggapan pohom itu adalah jelmaan dinosaur di zaman silam

Jenuh le ayam ni meneran telur sebesar ini

Seekor ayam menghasilkan telur empat kali lipat ukuran normal. Ayam jenis rhode island red (Gallus gallus domesticus) yang dinamai Popples berumur dua tahun menghasilkan telur berukuran tinggi 12,7 cm, lingkaran 20,32 cm dan berat 187 gram.

Seperti dilaporkan orange, Harriet Whitaker (8) kaget ketika melihat telur saat melakukan rutinitas pemeriksaan hasil peternakan keluarga di Portsmouth, Inggris.

“Saya belum pernah melihat telur sebesar itu sebelumnya. Saya pikir seekor burung unta masuk di malam hari,” ujarnya.

Ibu Harriet, Teresa (36), mengatakan, “Kasihan Popples di pasti kelelahan dan kesakitan setelah bertelur sebesar itu. Saya biasa memberikan pakan sisa rumah tangga, seperti kembang kol, brokoli, kecambah, mungkin itu yang mendorongnya,” ujarnya.

Ini telur ayam terbesar yang pernah saya lihat. Saya belum yakin akan dibuat apa namun akan saya buat telur dadar besar dan enak,” tambahnya.

Khamis, 8 Mac 2012

Wanita ini gemar makan abu mayat suaminya

Casie 26 tahun wanita kelahiran Fayetteville, Tennessee Amerika ini tidak dapat menerima kenyataan kehilangan suami tercinta akibat serangan asma Rasa cinta yang amat mendalam menyebabkan Casie sentiasa membawa abu mayat suaminya dimana sahaja ia berada.

Suatu hari abu mayat suaminya tertumpah sedikit di atas tangannya. Ia tidak sanggup untuk membuangnya melainkan dijilat sahaja. Hal tersebut membuatkan ia merasa senang dan nyaman. Sejak hari itu Casie terus menerus memakan abu mayat suaminya sehingga kini abu mayat itu hanya tersisa 5 paun. Menurutnya rasa abu tersebut seperti telur tembelang dan agak berpasir sedikit.

Inilah satu ketagihan yang bagi aku amat bodoh dan tak dak otak. Banyak lagi makanan elok yang boleh dimakan. lantak pilah kat hang ...nasib baik hang bukan orang islam.

Jahat Sungguh...! Gempa Bumi Palsu mula dicipta oleh Yahudi.

Ketua Dewan Mahkamah Syariah Tertinggi Yusuf Adais memperingatkan akan adanya niat jahat Israel untuk mencipta gempa palsu yang menyebabkan runtuhnya Masjid Al-Aqsa.

Dalam siaran akhbar pada hari Selasa lalu, Adais mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa dalam bahaya yang nyata dan mengalami serangan sengit dari pemerintah pendudukan Israel dan penduduk Yahudi yang merancang untuk menghancurkannya dan membina kuil Sulaiman di tempat tersebut.

Dia menjelaskan bahawa retakan dan runtuhan semakin meningkat di jalanan dan di rumah-rumah warga Jerusalem yang diduduki selain runtuhan terbaru dari beberapa bahagian Masjid Silwan Ein sebagai akibat dari penggalian bawah tanah yang dilakukan Israel dalam usaha pembinaan bangunan Talmud yang menurut mereka menjadi awal kehancuran dari Masjid al-Aqsa.

Hakim agung tersebut juga mencatat bahawa ada pertemuan rahsia yang sedang berlangsung dan aktiviti yang diadakan saat ini oleh para pemimpin penduduk dan rabbi yahudi senior berkoordinasi dengan tentera Israel dan pihak keselamatan untuk menetapkan mekanisme dan rancangan untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa.