Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 31 Disember 2010

Apa sudah berlaku pada anjing nie...


Peribahasa Melayu ada menyebut "Melepaskan anjing tersepit" Maknanya amat dalam. Silap haribulan kita pulak ditokaknya.
Biasa tengok anjing tersepit tak? Mungkin kekadang ada lah ternampak anjing yang tersepit kena tindih dengan kayu atau tersepit dicelah batu..
Didalam Islam anjing termasuk najis mughalazah seperti juga babi. Ia binatang cerdik yang boleh dilatih. Kalau pelihara anjing di rumah malaikat Rahmat tak akan masuk. Kalau nak pelihara untuk jaga kebun kenalah buat kandang anjing di kebun


'Melepaskan anjing yang tersepit' ...apa pula maksudnya?
Anjing adalah binatang karnivor. Bergigi taring..dan takkala ia tersepit dia akan melolong lolong kesakitan.
Kasihan kan?? Ye benar..kita sebagai manusia perlu ada rasa belas kasihan..tetapi peribahasa Melayu ada keindahan tersembunyi!

Walaupun kita merasa belas kasihan kerana ingin melepaskan seekor anjing yang dalam kesakitan ini, kita perlu mengambil langkah berjaga jaga kerana binatang ini adalah karnivor! Bergigi taring dan dalam kesakitan..Ia tidak kenal siapa yang ingin menolongnya..selalunya binatang yang bergigi taring ini bila sakit akan cuba menggigit gigit dan menokak nokak segala benda di kelilingnya termasuk tangan manusia yang ingin menolongnya!

Jadi, berhati-hatilah...nak 'melepaskan anjing yang tersepit'.. Ia menggambarkan -seseorang yang tidak tahu berterima kasih setelah ditolong sewaktu susah sebaliknya memberi kesusahan kepada si penolong!!

Lebih Jahiliah dari Jahiliah..




Masih ada lagi manusia sebegini kejam di abad ini. makin bertamadun manusia semakin dahsyat perilaku manusia. Kajadian ini berlaku di Riyadh Arab Saudi. Budak ini telah dirogol, dibunuh kemudian dagingnya dimakan.


Menurut berita, pembunuhnya adalah seorang pekerja asing dari Bangladesh. Buat kita di sini terutama bagi suri rumahtangga berhati-hatilah jangan benarkan orang yang tak dikenali datang ke rumah ketika suami keluar bekerja. Kadang-kadang mereka menyamar sebagai penjual barang atau nak kutip derma kalau nak tanyapun jangan sekali-kali buka gril pintu.


Fikir dulu kalau nak ugut orang...

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Fikirkan...adakah lelaki itu sanggup menjilat bontot Razak ????

http://www.suarapeople.com/2010

Kisah Benar : Azab Allah angkara maksiat menyambut Tahun Baru

Kejadian ini berlaku pada sambutan tahun Baru 1999. Kisah ini telah disampaikan oleh seorang ustaz dalam satu ceramah. Ia mengisahkan seorang komando tentera Turki yang beragama Islam
Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah. Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah dan ramai juga di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tengelam sekelip mata.

Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.

Terbalik Kot

Gambar di atas adalah gambar seorang wanita yang berjanggut. Kenapa boleh tumbuh janggut itu kuasa Allah swt.
Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Inikah yang dikatakan cinta sejati???

Masa bercinta bukan main lagi bermadah pujangga. 'Lautan api sanggup direnangi, gunung yang tinggi sanggup didaki..ketika itu kalau gila frend terkentutpun baunya wangi...Tetapi bila dah dapat...manis kata di bibir saja tak sampai setahun bergaduh berkelahi sehingga membawa kepada perceraian.

Apa yang saya cuba paparkan di sini bagaimana kentalnya kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Insiden ini terjadi di Vietnam dimana seorang suami sanggup tidur bersama mayat isterinya selama 5 tahun.Mungkin inilah yg dipanggil cinta sejati? Dia sanggup menggali kubur isterinya dan menyelimutkan mayat itu dgn tanah liat.

Le Van (55 tahun) dari Ha Lam, Wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam. Sehingga ke hari ini mayat isterinya masih tetap bersama suaminya Le Van dan anak-anak.

Aku..kalau hangpa bagi sejuta suruh pi tidok dengan mayat selama 5 tahun belum tentu aku mau..ini kerja bodo...tak dak akai...




Fobia Azan

Seorang lelaki terpaksa menanggung penderitaan selama lebih 6 bulan . Penyakitnya amat misteri iaitu ia tak boleh mendengar laungan azan kerana badannya tiba-tiba akan menjadi panas dan ia mengelupur kesakitan.

Lelaki itu yang bernama Aminuddin berkata, penyakitnya itu dikesan ketika ia melakukan kerja-kerja pemasangan paip di sebuah stesyen minyak pada bulan november yg lalu. Apabila pulang ke rumah ia terasa sakit di bahagian peha dan lutut selain tidak dapat berjalan seperti mana biasa.

Memang tak dinafikan di dalam Islam selain dari manusia Allah juga menjadikan iblis,syaitan dan jin. Gangguan syaitan jin memang boleh berlaku terhadap manusia. justeru untuk menghindari gangguan tersebut kita digalakkan sentiasa solat dan membaca Al-Quran di samping ada kaedah tertentu yang boleh diamalkan antaranya;
1- Amalkan tiga Qul ketika nak tidur ataupun dalam situasi yang kita rasa tak selesa terutamanya ketika bersendirian atau ditempat yang sunyi.
2-Sentiasa membaca zikir dan doa al-Mathsurat terutama selepas solat asar dan maghrib.
3-Jika gangguan ini berterusan adalah dianjurkan agar azan dilaungkan 7 kali berturut-turut kerana syaitan amat takut dengan bunyi azan.
4-Di samping itu kita perlu sangat membaca ayat kursi untuk mendinding kita dari gangguan tersebut.

Wallahuaklam

Khamis, 30 Disember 2010

Inilah Yang dikatakan kalau sudah rezeki

Meskipun sudah berusia 94 tahun seorang warga tua india Ramjid Raghav masih mampu memberikan zuriat dengan kelahiran anaknya karamjid. Lelaki yang menetap di Haryana Utara India amat bersyukur kerana masih mampu memiliki anak kecil yang dilahirkan oleh isterinya Shakuntala Devi yang berusia akhir 40 tahun. Bahkan ia masih bercita-cita untuk memiliki anak yang seterusnya.

Mungkin lelaki tua ini ada rahsia yang tersendiri untuk terus kelihatan gagah sedangkan kita di sini masuk saja usia 40han macam-macam penyakit datang.

Boleh sembahyang tiga kali sehari di Turki

Ankara, 10 Okt 2007 (AKI) – Penganut Islam Turki dibenarkan bersembahyang hanya tiga kali sehari mulai hari Rabu berbanding lima kali – tanpa perlu rasa bersalah melakukan dosa.

Ahli majlis saintifik Universiti Istanbul, Muhammad Nour Dughan, telah mengeluarkan fatwa kontroversi iaitu mengurangkan kewajipan sembahyang dari lima kepada tiga kali sehari.

Tindakan tersebut telah menimbulkan perdebatan hangat di samping bantahan dari imam-imam dan ulama Islam.

Undang-undang Shariah membolehkan seseorang itu bersembahyang tiga kali sehari, terutamanya apabila berada dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan.

Fatwa terbaru ini telah meluaskan pilihan membenarkan orang Islam bersembahyang tiga kali sehari, sekiranya mengalami kesibukan berkaitan urusan kerja atau peribadi.

Sebelum ini, tajuk yang sama telah bincangkan secara meluas di Mesir dan mendapat sokongan beberapa pihak.

Jamal al-Banna, adik kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna, menyokong fatwa dari Turki itu.

“Menggabungkan sembahyang telah menjadi keperluan moden,” katanya kepada laman web al-Arabiya. “Dalam kebanyakan kes, terdapat mereka yang tidak dapat mengerjakan sembahyang dalam waktu kerana tekanan dalam kehidupan moden.”

Al-Banna sering dikritik kerana intepretasi moden beliau terhadap undang-undang Islam. Menurutnya lagi, Nabi Muhammad sendiri memberi pilihan kepada pengikut-pengikutnya apabila sembahyang tidak dapat dilakukan dalam masa-masa tertentu.
Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Hubungan Islam Mesir, Sheikh Youssef al-Badri, menolak alasan yang diberikan dengan berhujah bahawa penggabungan sembahyang hanya boleh dilakukan apabila berada dalam perjalanan, sakit, hujan atau mengerjakan haji.

Selasa, 28 Disember 2010

Kisah ayah, anak kecil dan susu F&N


Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf dan merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Bacalah kisah benar di bawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.
Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama.

Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar.

Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini.

Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ?

Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan.

Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah…!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta.

Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini.

Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival…ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan.

Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut. Kerajaan oh kerajaan..ada jaminankah untuk rakyatmu ketika pemimpin menjerit kuat mengenai ketuanan Melayu. Boleh jalannn laa !!ehoza.com

Sumber :http://tulahan.blogspot.com/2010/12/kisah-ayah-anak-kecil-dan-susu-

Yang Dibuat... Yang lebih patut dibuat

Yang dibuat
Bila berlaku kematian ,waris simati akan mengadakan kenduri aruah (malam pertama,kedua,ketiga,ketujuh dan seterusnya)Kununnya kalau tak buat roh simati akan menangis

Yang lebih patut dibuat
Rasulullah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga yang bersedih akibat kematian terpaksa pula menyediakan makanan dan mengeluarkan belanja untuk kenduri aruah. Tetapi inilah adat budaya sejak turun temurun

Yang Dibuat...
Kalau hadir majlis walimatul urus tak tergamak rasanya kalau tak bawa hadiah sekurang-kurang sampul surat berisi. Hakikatnya tuan rumah panggil ke majlis kenduri untuk jamuan makan bukan untuk menambahkan pendapatan

Yang lebih patut dibuat
Mengapa bila ziarah keluarga si mati kita salam kosong (tak berisi) Sepatutnya kalau menziarahi keluarga simati kita patut beri sedekah kerana lebih besar pahalanya kerana dapat mengembirakan hati orang yg menerima musibah

Yang Dibuat...
Bukan main segak bergaya lagi kita bila menteri atau orang-orang besar nak melawat. Siap pakai bau-bauan lagi. Kasut berkilat.

Yang lebih tak patut dibuat...
Bila mengadap Allah...mengapa selekeh bukan main. Kadang-kadang tak sempat nak pakai baju janji tutup aurat. Hampeh sungguh...!

Yang Dibuat
Datang rumah orang diberi jamuan rasa segan sangat nak habiskan nanti orang kata pelahap.Kuat melantak, kaki metekedaghah lah so..kita tinggallah sikit seketul dua pisang goreng walaupun berkali-kali tuan rumah suruh habiskan.. senang nak basuh tak payah nak simpan-simpan lagi

Yang lebih patut dibuat
Kita disuruh oleh Rasullulah supaya jangan membazir. Habiskan apa yang dihidangkan...supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir

Yang Dibuat...
banyak ibubapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dlm peperiksaan. Maka dihantar ke kelas tuisyen biar pun mahal..tak kisah semua tuu.

Yang lebih patut dibuat
Lebih patut ibubapa rasa bimbang anak dah hampir aqil baligh belum boleh baca Quran atau solat. Sepatutnya hantar anak tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Bayar guru tuisyen sebulan beratus pun tak apa...tapi bayar yuran tuisyen agama 15 ringgit sebulan menggeletar tangan.

Yang Dibuat
kalau bekerja cari rezeki Allah tak kira siang malam,hujan ke...ribut ke..janji mashuk.

Lebih tak patut dibuat
Rumahj Allah..Masjid , surau tak hujan...tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid / surau. Sungguh tak malu manusia sebegini, rezeki Allah ditagih tapi nak ke rumahnya segan dan malas.

yang Dibuat
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samaada dgn suami atau tidak, bukan main lagi berhias
bertabaruj.

Yang lebih tak patut dibuat..
Kalau duduk di rumah, dari pagi ke petang tak mandi,ketiak bau hangit..Kucin pun tak mau dok dekat. Bukan isteri saja suami pun sama. Bulu hidung pun terjuntai,misai tak dipotong sampai bibir pun tak nampak...nak makan pun kena selak misai, duduk rumah tak berbaju, krik....krik ...dok garu kurap panau ...isteri tengok pun tak lalu ...mana nak bahagia



3 hari ditanam, Bayi ini masih hidup....

BANDUNG – Kisah ajaib dan kebesaran tuhan ini terjadi di desa Cihanjuang Hilir, Parogong, Kabupaten Bandung, Jawa Barat. Seorang bayi yang sudah meninggal dunia yang telah dikubur selama tiga hari diyatakan masih hidup setelah di gali oleh kedua orang tuanya, namun setelah diperiksa doktor bayi tersebut diyatakan meninggal dunia pada Sabtu (17/7/2010) pagi,yang menghairankan walaupun sudah meninggal tidak tercium bau seperti orang meninggal dunia.
Warga kampung Manglayang, desa Cihanjuang Hilir heboh dengan khabar adanya bayi yang sudah meninggal masih hidup lagi di dalam kubur.


Kejadian ini berlaku ketika bayi dari buah hati pasangan Rulli dan Yayah, yang lahir secara premature, meninggal diperjalanan menuju ke hospital pada 13 Julai 2010.Sebelumnya tidak ada keanehan pada ketika bayi tersebut meninggal dan dikebumikan.


Namun pada malam 16 Julai 2010 pukul 1.00 pagi penduduk dan keluarga mendengar tangisan bayi, ketika disiasat ternyata suara tangisan tersebut berasal dari kubur umum yang letaknya tidak jauh dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Suara tersebut berasal dari kubur bayi yang tesebut,lalu warga dan keluarga beramai-ramai menggali kuburan itu dan menemukan bayi yang sudah terkubur selama 4 hari ,dengan keadaan masih ada tanda-tanda hidup dan bayi tersebut dibawa pulang kerumah dan dibersihkan dari kotoran tanah.


Ibu bayi Yayah sempat menyusukan bayi itu dengan susu tambahan,bahkan bayi tersebut sempat menangis, dan buang air kecil.”Saya sempat kasih susu botol , anaknya menangis ,”jelas Ibu Yayah.
Bayi tersebut sempat diperiksa bidan dari pusat kesihatan masyarakat(puskesmas) dan menyarankan agar dibawa ke hospital.

Namun kerana keterbatasan wang akhirnya niat itu di batalkan dan pada pagi sekitar jam 8.00 atas inisiatif ketua kampung dipanggil dan doktor dari puskesmas setempat untuk memeriksa keadaan bayi tersebut dan doktor pun menyatakan bayi tersebut sudah meninggal.

sumber : http://www.strov.co.cc/2010/07/bayi-di-kubur-3-hari-hidup-kembali.html

Kisah Benar Kerana 5 sen amal soleh tergantung?


Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata "tolong bebas kan aku".

Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya. Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu.

Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya. Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya.

Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi. Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam.

Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan. Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati.

Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal. Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan. Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain. Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik.

Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut. Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan.

Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya. Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik ber- selisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya.

Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya. Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik.

Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku. Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi. Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

http://nur-addin.blogspot.com/

Saya tak nak ulas apa-apa.. hangpa yang baca kisah ini tepuk dada tanya iman


Memang Mengarut Wanita Ini..Wajah Nabi Isa Di Biji Kacang

seorang wanita Amerika memaparkan dalam Facebooknya, sebiji kacang yang mempunyai gambar muka manusia, kononnya gambar nabi Isa. Banyak pihak tidak mempercayai dakwaan tersebut , namun wanita berkenaan tetap percaya dakwaannya. Kini wanita berkenaan berusaha menyimpan biji kacang berkenaan yang dianggap terlalu ajaib.

أسست سيدة أمريكية من ولاية أوهايو صفحة على موقع فيسبوك بدأت تجذب الكثير من الاهتمام، بعد أن عرضت فيها – بالتزامن مع عيد الميلاد – صورة لحبة فستق قالت إنها “عجائبية” وأن وجه السيد المسيح يظهر عليها بوضوح.

وتقول ميشال فيليبس التي ترفض وصف البعض لها بأنها “مجنونة،” إنها عثرت على الحبة ضمن كيس من الفستق أحضره زميل لها في العمل.

وذكرت فيليبس أنه الوجه الذي تبدو ملامحه على قشرة الحبة أثار الكثير من الجدل بين زملائها في المكتب، فرغم أن البعض رفض إشارتها إلى الشبه بينه وبين السيد المسيح، إلا أن وضوح الملامح جعلهم يبحثون عن تشبيهات أخرى لنجوم من عالمي السينما والغناء.

وتقول فيليبس إنها ستبقى مصرة على موقفها من الحبة، ولن تفرط فيها مطلقاً، وستبحث عن وسائل للحفاظ عليها من التآكل أو التعفن.

Dikirim dalam Dunia Islam
Uncategorized

Isnin, 27 Disember 2010

1 Malaysiakah Ini atau Pluralisme agama

Saya bersetuju sangat dengan penulis artikel ini. Dunia Islam menjadi semakin cacamarba. Manusia tak dapat lagi membezakan antara toleransi agama dgn prinsip dalam beragama. Hari Krismas adalah perayaan agama kristian bukan adat budaya spt Tahun baru Cina.
Islam melarang kita meraikan sebarang perayaan agama. Jika tidak Allah tidak turunkan Surah Al-kafirun kepada Rasul-Nya. Biarlah mereka dengan agama mereka dan kita tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Oleh:
bekokcobbong

"
Dahsyat ah TV3..tadi tengok Buletin Utama, disiarkan berita sambutan Hari Krismas hari ini 25 Disember.Ayat standard yang biasa di dengar biasa ah..''disambut secara sederhana tetapi meriah'..

Tapi bukan ayat tu yang nak dipersoalkan .Tetapi berita tentang anak-anak yang baru dilahirkan pada 25 Disember berkebetulan dengan hari Krismas ni.Tak silap aku katanya di suatu hospital di KL lebih kurang dalam 28 orang lahir tarikh hari ni.Kemudian ditunjukkanlah sedutan temubual dengan ibu-ibu yang baru bersalin tersebut bagi menunjukkan kebanggaan mereka menyambut bayi pada tarikh tersebut.

Sangka aku yang diinterview itu tentulah dikhususkan ibu-ibu penganut kristian memandangkan 25 Disember sambutan hari agama mereka.Tapi terkezut tengok ada jugak diinterview seorang ibu melayu(yang aku yakin seorang Islam).Beliau seolah-olah cuba dipaparkan oleh TV3 turut gembira kerana menyambut kelahiran bayi di Hari Krismas sepertimana ibu-ibu penganut kristian yang lain.

Apa yang nak ditunjukkan oleh TV3.Konsep 1Malaysiakah atau konsep pluralisme?Sungguh cacamarba ah TV3.Sungguh tak sensitif.Tak serikkah isu Orang Tua Santa Claus sambut raya aidilfitri itu hari? Betullah orang cakap TV3 ni TV3 1/4.Ke guane gamok?"

Sumber :Tranungkite

Rumahku ialah Islam...Hidanganku adalah Syurga

“Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang, bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). Yunus:23

Kesemuanya hilang tanpa disangka, musnah tanpa diduga, binasa tanpa dijangka dan tak sempat dirasa.

Justru, Allah mengingatkan tentang erti hidup dan hakikat dunia kepada kita agar kita menjadikan dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan berbekal, menunaikan tanggungjawab khilafah bagi menegakkan agama Allah di dunia ini. Janji Allah ialah Ia akan memberikan ganjaran kepada kita:

“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia (iaitu melihat Allah di Akhirat) dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” Yunus: 25

Untuk mencapai ganjaran ini, Allah mengajak kita kepada DarusSalam-samada syurga, Islam.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda: ‘Bandingan aku dan kamu seperti seorang ketua. Ia membina rumah, meletakkan hidangan, mengutuskan pesuruh. Sesiapa yang menerima jemputan, ia masuk rumah, makan dari hidangan itu dan menyebabkan tuan rumah redha. Sesiapa yang tidak memperkenankan jemputan, ia tidak masuk dalam rumah, tidak makan hidangan, dan menyebabkan tuan rumah tidak redha. Allah itulah tuan, rumah itu ialah Islam, hidangan itu ialah syurga dan penyeru itu ialah Muhammad SAW.’

“(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).” Yunus: 24"

Natijah apabila Syariat Islam Diabaikan

Al-Quran adalah panduan yang diturunkan kepada umat Islam sejagat. Menolak Al-Quran berarti kufur kepada Allah swt. Mengikut ajaran Al-Quran berarti kita akan selamat di dunia dan akhirat. malang nya apabila Islam hanya disyiarkan dan tidak disyariatkan maka lahirlah manusia yang rosak akhlaknya dan rapuh imannya. Banyak manusia yang hilang pertimbangan apabila menghadapi kesusahan dalam hidup.

Manusia yang sudah hilang pertimbangan akan mengambil jalan mudah iaitu membunuh diri. Bunuh diri bagi mereka akan menghilangkan segala kesusahan sedangkan orang yang beriman amat yakin bahawa bunuh diri salah satu dosa besar dan akan dihumbankan ke neraka Allah untuk selama-lamanya.

Harian Metro 27 Dec.2010

MUAR: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumah sewanya di Jalan Arab di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, xxxxxx, 22, ditemui tergantung oleh abangnya yang tinggal serumah dengannya.

Abang mangsa, xxxxxxxx, 26, berkata kali terakhir dia berjumpa mangsa ialah sehari sebelum kejadian. Katanya, perangai mangsa berubah sejak seminggu lalu dan gemar mengurung diri di dalam bilik.

“Pada hari kejadian, arwah seharian mengunci diri dalam bilik menyebabkan saya dan rakan serumah lain mula mengesyaki sesuatu yang buruk lalu bertindak mengetuk pintu malah cuba memecahkan dinding bilik tetapi tidak berjaya.

“Kami kemudian memanjat dinding bilik dari luar rumah dan terkejut selepas mendapati mangsa dalam keadaan tergantung,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ahad, 26 Disember 2010

Belajarlah Menghormati Ilmu

Ahad (26 Dec) kuliah di Surau Sg Relong. Kebetulan ada satu jamaah dakwah berada di sana. Tengok pada perwatakkan dan pakaian cukup hebat dengan pakaian janggut serban sejuk mata memandang.

Tetapi malangnya ketika saya memulakan kuliah pengajian,mereka duduk berkumpul di belakang. Bukan nak dengar kuliah tetapi bersembang sehingga suara mereka mengganggu kosentrasi jemaah pengajian ahli kariah yg hadir. Pelik juga saya...tak tau adab ke mereka ini??. Kalau tak mahu dengar kuliah saya tak kisah, keluar dari majlis ilmu cari tempat lain jangan ganggu jamaah yang nak mengaji ilmu.

Pada saya mereka ini anak-anak muda yang ghairah nak beramal tapi ilmu tak ada. Saya tak tergamak nak tegur tetapi ada seorang ahli kariah mungkin kerana tak tahan sangat telah menegur dan menyuruh mereka beredar. Kita guna masjid atau surau orang jagalah akhlak supaya ahli kariah senang dengan kehadiran kita yang berniat nak memakmurkan rumah Allah.

Ketika saya nak balik seorang ahli kariah menghampiri saya..."nasib baiklah ustaz yang mengajar malam ni...kalau giliran ustaz xx yang mengajar memang confirm mereka tu kena jerkah dengan ustaz xx baru padan muka."
Dalam hati kecil saya berkata licik sungguh syaitan orang fasik terpedaya dan orang yang rajin nak beramal pun boleh diperdaya.

Marah seorang isteri...marahnya seorang suami

kadangkala aku tersenyum sendirian, jadi ustaz bukan sekadar mengajar,mendakwah,kadangkala orang kerasukkan hantu... ustaz juga yang dicari. Buat air penerang hati, hatta dalam soal rumahtangga pun ustaz jadi rujukkan.Pening juga kepala ustaz nak selesaikan masaalah orang. Kadangkala soal yang dibawa terlalu remeh... namun...terpaksa dilayan jugak.

Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..

Marahnya seorang isteri...
"Ustaz ...isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata.Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak." Memang ada isteri begitu... dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.

Peringatan untuk isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam...ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. So.. apa kata,ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau,atau warna-warna lembut dan jangan sekali tengok warna-warna yg garang.Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata Kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istiqfar. Ambil wudhu' nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Marahnya seorang Suami..
Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang.Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.

Peringatan untuk suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah...renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah diherdik,ditengking akan mudah menangis. Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah jugak yg berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita. Pandang pada tangannya...Tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita. Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Marah seorang isteri..
Ada suami mengadu..isteri kuat berleter ketika marah. "Saya tak suka nak marah isteri ustaz...?tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi hangat jugak hati dibuatnya."

Peringatan untuk isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal habit suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah tension sangat,masuk bilik tutup rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas. Betul ke tidak saya pun tak tau. Ini tips yg saya dengar dari pakar motivasi dalam tv

Marah seorang suami...
"Suami saya kalau marah suka mengamok tendang kerusi meja, pecah cermin dsbnya." Bahaya tu... suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain

Marah seorang isteri...
Ini satu lagi satu feel...suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.

Marah seorang suami...
Ada suami yang romantik, suka bercerita...Tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mau bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap

Marah seorang Isteri
kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami... anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Marah seorang suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Marah seorang Isteri...
Isteri bila marah..suruh suami tidur kat luar bilik. kunci pintu bilik. Ugut suami..tak mau layan suami... ni apa cerita..? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat... suami ada 3 lagi koata kosong untuk diisi.

Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.

Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.

Wallahuaklam