Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 30 Disember 2010

Boleh sembahyang tiga kali sehari di Turki

Ankara, 10 Okt 2007 (AKI) – Penganut Islam Turki dibenarkan bersembahyang hanya tiga kali sehari mulai hari Rabu berbanding lima kali – tanpa perlu rasa bersalah melakukan dosa.

Ahli majlis saintifik Universiti Istanbul, Muhammad Nour Dughan, telah mengeluarkan fatwa kontroversi iaitu mengurangkan kewajipan sembahyang dari lima kepada tiga kali sehari.

Tindakan tersebut telah menimbulkan perdebatan hangat di samping bantahan dari imam-imam dan ulama Islam.

Undang-undang Shariah membolehkan seseorang itu bersembahyang tiga kali sehari, terutamanya apabila berada dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan.

Fatwa terbaru ini telah meluaskan pilihan membenarkan orang Islam bersembahyang tiga kali sehari, sekiranya mengalami kesibukan berkaitan urusan kerja atau peribadi.

Sebelum ini, tajuk yang sama telah bincangkan secara meluas di Mesir dan mendapat sokongan beberapa pihak.

Jamal al-Banna, adik kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna, menyokong fatwa dari Turki itu.

“Menggabungkan sembahyang telah menjadi keperluan moden,” katanya kepada laman web al-Arabiya. “Dalam kebanyakan kes, terdapat mereka yang tidak dapat mengerjakan sembahyang dalam waktu kerana tekanan dalam kehidupan moden.”

Al-Banna sering dikritik kerana intepretasi moden beliau terhadap undang-undang Islam. Menurutnya lagi, Nabi Muhammad sendiri memberi pilihan kepada pengikut-pengikutnya apabila sembahyang tidak dapat dilakukan dalam masa-masa tertentu.
Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Hubungan Islam Mesir, Sheikh Youssef al-Badri, menolak alasan yang diberikan dengan berhujah bahawa penggabungan sembahyang hanya boleh dilakukan apabila berada dalam perjalanan, sakit, hujan atau mengerjakan haji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan