Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 14 Disember 2010

Kenapa Suka sangat menambah Dosa...??

  • Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang
  • Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah,curiga dan takut diketahui manusia.Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima di akhirat kelak
  • Amal soleh yamg dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala,manakala kejahatan,penipuan,kemungkaran dan sebagainya yang di lakukan akan mengundang dosa dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberi fatwa kepadanya.

  • Daripada Wabisah bin Makbud ,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
    "Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab 'ia' maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri ,kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati.Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu -ragu di dalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka." (HR Ahmad & ad-Darami)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan