Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 10 Disember 2010

Siapakah Orang yg tak dapat melihat Nur Muhammad saw di Hari Akhirat???


Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah r.a bahawa ia telah berkata "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu padam,

Lalu masuklah Rasulullah saw. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya,

Lalu aku berkata,"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"Seterusnya aku bertanya,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah,"Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi,"Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab Baginda,"Orang yang ketika disebut namaku didepannya,dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan