Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 15 Disember 2010

Andaikata Binatang Boleh Berbicara....

Seekor ayam mengadu masalahnya kepada seekor lembu

Ayam : "Manusia ini memang mementingkan diri sendiri"

Lembu; "Kenapa ayam?

Ayam: Hari-hari dia orang ambil telur aku,tak tinggal sebiji pun.Aku nak juga ada zuriat yang boleh ganti aku Siapa pulak nak mewarisi segala harta aku kalau dia orang ambil semua telur.Payah betul manusia ni"

Lembu : "Alah problem kau tu kecik aje,"

Ayam : "Maksud kau"

Lembu : "Masalah aku lagi teruk.Manusia hari -hari minum susu aku tapi tak de seorang pun panggil aku MAK."

Manusia dan Lembu

Saekur lembu berdebat dengan manusia mengenai persamaan. Kata lembu aku juga seperti manusia makan,minum beranak pinak ada tempat tinggal. Yang membezakan aku tidur dalam kandang sedangkan manusia tidur dalam rumah tetapi kita sama-sama dapat tidur nyenyak.

kata lembu lagi aku juga ada isteri sama spt manusia bahkan isteriku banyak, ada anak sama spt manusia. Aku makan rumput sedangkan manusia makan nasi, tetapi kita sama-sama kenyang.

Lembu .."Hei..Manusia subuh-subuh lagi manusia suka jerit-jerit kenapa?

Manusia ; Itu orang azan subuh...panggil orang sembahyang lah bodoh..!.

Lembu..: Wahai manusia engkau pergi sembahyang tak ?

Manusia : Takk...

Lembu : sama macam saya

Manusia : ?????????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan