Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 30 September 2012

Tergamak Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami !!




Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Rabu, 26 September 2012


http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/479949_167497326720516_305711385_n.jpg

70 tahun hidup tanpa makan dan minum


Percaya atau tidak? Inilah manusia yang paling Pelik di dunia . 70 tahun hidup tanpa makan dan tanpa minum. Kerana keanehannya itu, Ilmuwan tentera India sedang mempelajari lelaki berusia 82 tahun tersebut. Namanya Prahlad Jani, lelaki tua itu, kini ditempatkan di ruang isolasi di sebuah rumah sakit di Ahmedabad, Gurjarat. Telegraph melaporkan, di situ dia diawasi secara ketat oleh organisasi penyelidikan pertahanan India, yang percaya lelaki itu mungkin mempunyai high istimewa yang dapat membantunya bertahan hidup.
Dia telah menghabiskan masa enam hari tanpa makanan atau air di bawah pemerhatian ketat dan para doktor mengatakan, tubuhnya belum menunjukkan adanya kesan yang merugikan akibat kelaparan atau dehidrasi. Jani, yang mengaku telah meninggalkan rumah pada usia tujuh tahun dan hidup sebagai pengelana sadhu atau orang suci di Rajasthan, dianggap sebagai 'breatharian' yang boleh hidup dengan melaku 'tapa spiritual'

Selasa, 25 September 2012

Menteri cuci tandas




Janganlah nak berlagak sangat bila dah jadi menteri. Itulah yang mungkin pak menteri ini mahu katakan kepada mereka yang sudah enak menjawat pekerjaan menteri.

Menteri dari Indonesia, Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Dahlan Iskan sempat membersihkan bilik air di Terminal 2 F, sebelum berangkat ke Surabaya dari Bandara Soekarno-Hatta,

Beberapa bulan lalu ia sempat ke tempat tersebut menemukannya kotor, kali ini ternyata masih kotor juga. Awalnya, Dahlan bersendirian melakukannya gara-gara melihat lantai yang kotor tersebut. 

Namun, petugas kebersihan setempat yang sempat melihat aksi Dahlan , akhirnya ikut membantu menteri perusahaan itu. 

Babi Pun Ada Perasaan Belas:


Allah s.w.t tidak jadikan apa-apa  haiwan untuk dikeji, samada ianya itu babi atau pun anjing, cuma mereka itu tidak boleh dimakan atau disentuh sebab mereka itu najis, dan tidak berdosa kita sekiranya tersentuh, memadai kita bersuci dengan menyamak mana-mana  bahagian yang terkena mereka itu ajer... hakikatnya babi dan anjing itu adalah sama macam binatang yang diciptakan Allah dimuka bumi ini.

Betapa mulianya sikap seekor anak babi yang sudi memberi bantuan kepada seekor anak kambing yang tersangkut kakinya pada celah batu di dalam sebuah kolam di sebuah zoo haiwan peliharaan.  

Ketika anak kambing mengembek-ngembek sekuat hati meminta tolong manyabung nyawa daripada lemas kerana kakinya tersangkut, tiba-tiba seekor anak babi comel berenang dengan pantas menuju ke arahnya lalu menyondol dan menolak  badan anak kambing tersebut.   Memang tidak dinafikan babi mempunyai daya atau kekuatan untuk menyondol. 

Dengan bersahaja anak babi melakukan tugas sebagai wira dan akhirnya anak kambing berjaya berenang naik ke permukaan.

Ahad, 23 September 2012

Sekadar renungan


Hidup...Biar ada lesen
Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen

Duit Akhirat...
Bila kita membeli di kedai, kita tukarkan duit dgn barang.Namun, sedarkah bila kita laburkan duit utk kebaikan, seperti kita membeli pahala dgn duit kita. Walaupun pahala ini benda yg tidak nampak, tetapi itulah duit kita diakhirat"”

Menerang bukan menyerang
Islam tak boleh lari dari ceramah dan menerang. Bahkan betapa serius kewajipan itu ditukar dgn 2 rakaat zohor. Ertinya ceramah ini wajib. Dimasjid, namanya khutbah. Dipentas, namanya ceramah. Semuanya utk menerangkan 

Benih Tamadun...
Benih dijaga begitu elok utk menghasilkan tanaman yg bermutu, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dgn jagaan iman dan taqwa kerana dari ‘benih’ inilah akan lahir tamadun ummah"””



Presiden paling miskin di dunia..


Seorang presiden umumnya hidup enak dan nikmat dengan berbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan dan tentu saja gaji yang besar. Namun percaya atau tidak, hal berbeza didapatkan oleh presiden yang satu ini. 

Dia mendapat sebuah julukan dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia’.Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan kerana presiden yang berusia 77 tahun tersebut menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya.

Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.“Saya baik-baik saja dengan jumlah  itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.

Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan.

Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.


Di bawah kepemimpinannya, Uruguay mendapat julukan sebagai negara dengan tingkat korupsi paling kecil.

Sabtu, 22 September 2012

Ya Allah...aku teringin sangat..tapi mampukah aku yg dhoif ini memilikinya


Tak teringinkah anda membina satu mahligai dalam Syurga?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.
Tak teringinkah anda untuk mendapat keredhoaan Allah??
Rasulullah SAW telah bersabda : sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT akan mendapat keredhaan daripada  Allah SWT.
Tak teringinkah anda Ingikah anda doa dimakbulkan  Allah swt?
Rasulullah SAW telah bersabda :  Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.
Tak teringinkah anda  mendapat pahala puasa selama setahun ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.
Tak teringinkah anda anda pahala sebesar bukit  ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berada disisi  jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang besar.
Tak teringinkah anda  bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam  Syurga ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.م

Memburu Kedamaian duniawi ukhrawi


1- Mengatasi permasalahan kesihatan adalah dengan puasa.
2- Menghasil wajah yang bercahaya adalah memperbanyakkan Qiamul Lail.
3- Melembutkan hati dengan membaca Al-Quran.
4- Menghasil kebahagiaan hidup dengan menjaga solat.
5- Keluar daripada permasalahan dengan memperbanyakkan Istighfar.
6- Menghilang kekecewaan dengan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.
7- Menghapuskan kesusahan dengan memperbanyakkan bacaan ” La Haula Wala Quawata Illa Billah “.
8- Menghasilkan hidup yang berkat dengan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Khamis, 20 September 2012


Kanak-Kanak OKU Berjalan Berulang-alik ke Sekolah Dengan Tangan

Sejak  4 tahun lalu kanak-kanak separuh lumpuh ini berulang-alik ke sekolah setiap hari berjalan atas tangannya. Yan Yuhong, 10 tahun, yang tinggal di Kampung Jiaba, Yibin di Wilayah Sichuan, Tengah China, mula belajar berjalan dengan tangan sejak berusia 4 tahun lagi.

Yuhong mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke sekolah dan 1 jam setengah lagi untuk pulang ke rumah ditemani rakan-rakannya yang setia.  

Walaupun dia dibekalkan tongkat, Yun Yuhong lebih suka menggunakan tangannya untuk bergerak kerana ia lebih pantas berbanding menggunakan tongkat.

Walaupun cacat, Yun Yuhong mempunyai semangat, tekad serta azam yang tinggi untuk meneruskan pelajaran demi masa depannya sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan belas ehsan atau simpati orang lain.[parentdish.co.uk]
Yuhong sedang belajar di dalam kelas

Nasihat untuk anak bangsa yang sihat-sihat tanpa cacat celanya tu, rajin-rajin lah pergi sekolah dan belajar bersungguh- sungguh. Jangan dok asyik leka dengan benda- benda yang tidak membawa kebaikan.

Peranan ibu bapa juga amat penting.  Jangan terlalu memanjakan anak-anak dengan segala kemudahan walaupun  anda mampu menyediakannya.  Pastikan anak-anak sentiasa dididik dengan kehidupan sederhana agar mereka boleh 'survival' tidak kira di mana mereka berada dan dalam keadaan apa sekalipun sama ada senang atau susah. Ingat! Bekalkan anak-anak dengan ilmu akhirat juga.

Rabu, 19 September 2012

Baru berusia 8 tahun sudah berani berucap di perhimpunan Persidangan Islam


eorang budak perempuan berumur lapan tahun, membuat pengakuan mencintai jihad dan kebangkitan Islam di Syria di dalam satu persidangan Islam di ibu negara baru-baru ini.

Namun, pengumuman dibuatnya telah mengundang rasa kurang senang Australia yang mendakwa Ruqaya menimbulkan kontroversi dalam negara ketika kerajaan sedang berhadapan dengan kesan buruk protes yang berlaku sepanjang minggu lalu.

Menerusi rakaman, Ruqaya dilihat memberi ucapan di hadapan orang ramai semasa berlangsungnya persidangan bertajuk Kebangkitan Islam oleh pengikut Hizb ut-Tharir Australia di Bankstown, selatan ibu negara.

Pihak berkuasa tempatan kini dilapor menjalankan siasatan terhadap identiti kanak-kanak itu yang menggambarkan jihadnya sebagai perjuangan semangat suci bersamaan dengan kebangkitan keganasan di Syria serta masyarakat dunia.

Menurut agensi 9News, dalam video berkenaan Ruqaya mengungkapkan kebangkitan menunjukkan umat Islam dalam keadaan baik dan hidup, sentimennya adalah demi Islam, cintanya hanya untuk jihad selain membuang rasa takut yang sedia ada di dalam dirinya.

"Kita dapat melihat keadaan kanak-kanak seusia saya di jalananan negara bergolak, mereka membahayakan nyawa dengan membawa makanan, air dan ubat untuk ahli-ahli keluarga mereka yang cedera.

"Malah ada sebahagiannya langsung tidak kembali ke pangkuan ibu mereka. Tiada istilah terlalu muda bagi mereka," katanya

Kerana wang aku sanggup bunuh kawan


Petang semalam ketika aku nak mengajar di Surau Sg baru dan melalui jalan ke Giant Taiping kelihatan begitu ramai orang berkumpul. Aku memang tak syak apa-apa...mungkin eksiden kut.

Pagi ni sempat sembang dengan ust Amir dia bagi tahu kawan dia masa kecil telah dibunuh  oleh rakannya sendiri dan wang satu juta setengah telah dilarikan. Terkedu juga aku dibuatnya. Begitu singkatnya pemikiran kerana wang,   Ia sanggup buat apa saja hatta menjadi pembunuh dan bagi aku  tak susah bagi polis untuk mengesannya kerana segala data dan maklumat siperompak dan pembunuh itu  mudah diperolehi dari syarikat mereka  bekerja

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Selasa, 18 September 2012

Kalau begini..siapa yang berani nak meniru?



Bayangkan sempoi sungguh pengawas peperiksaan ini. Boleh duduk atas almari pulak tu. Senang tak payah nak jalan-jalan depan belakang...memang dok atas tuu..luas pemandangan.. Tapi...tak sakit pungkok ke???

Kenderaan makin canggih...tanda kiamat sudah hampir?


Inilah antara kereta yang paling laju di dunia.

1. Bugatti Veyron
Top Speed : 267 mph,
Top Speed Time: 0-60 in 2.5 secs.
Engine: Aluminum, Narrow Angle 8 Liter W16 Engine with 1200 hp,
Price: $1,700,000.
Bugatti Veyron the fastest car in the world at 267 mph.

Hari Kiamat tak akan datang kecuali insiden ini juga terjadi. Waktu akan semakin singkat, di mana jarak akan semakin pendek dengan penggunaan kenderaan.'' (Buhari, Fitan.25; Ahmad ibn Hanbal, Musnad, 2/313).


Banyak sahabat aku sudah tukar kereta baru. Ada yang pakai Toyata Alphard. Harga 300,000+ Ada yang pakai Honda accord 2.5 fulamak canggihnya. Namun tak kisahlah kalau mampu bayar. Tapi nak habak mai, bila kita lihat pada hadis yang menyebut jarak semakin pendek menunjukkan betapa benar hadis Nabi saw itu. Kita terasa dunia ini semakin kecil. Baru tadi dok besembang sambil pekena teh tarik ngan roti canai dengan sorang shbt yg akan bertolak ke KL...3 jam lepaih tu bunyi telefon dengar suara dia "Aku dah sampai kat tempat rehat Jejantas Sg.Buloh nie. Amboi mak...cepatnya, Taiping K.Lumpur macam naik beskal  dari Taiping ke Batu Kurau je?

Allah hu akbar..bila lagi kita nak sedar ke diri? Kelitin sana...kelitin sini apa amal pun tak dibuat. Masa banyak dihabiskan sia-sia. Aku balik dari Kuala Terangganu member tanya..berapa jam ustaz. Aku jawab 6 jam setengah..Ooi laju tu ustaz. Memanglah aku pakai CRV tutup cermin mana nak terasa laju. Dalam hati berkata akan datang mungkin ada kereta lebih laju lagi....

Isnin, 17 September 2012

Memang tak aman roh simati ini..


Kerja bodoh... sesat lagi kejam. Ada ke patut kulit manusia dijadikan buku? Seorang bangsawan dari Perancis telah melapah kulit seorang hamba abdi pada zaman revolusi Perancis dan kemudiannya kulitnya diambil untuk dijadikan kulit buku.

Setelah itu saban malam bangsawan Perancis ini mendengar keluhan dan rintihan kesakitan meminta tolong dan pelbagai lagi gangguan aneh dan menakutkan . Akhirnya bangsawan Perancis ini telah mendermakan buku berkulit manusia ini ke perpustakaan di kota Leeds, UK

Dalam ajaran Islam kita amat menghormati jenazah. Kita akan angkat jenazah itu dengan lembut begitu juga ketika jenazah itu dimandikan. Hakikatnya roh si mati akan sentiasa berada di sisi jasadnya yang terbujur kaku dan melihat apa yang manusia lakukan terhadap jasadnya itu.

Sabtu, 15 September 2012

 
Nasib malang bekas jutawan LBJ

14 Sep 2012 SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

Sumber: kosmo.com.my
" 

Jumaat, 14 September 2012

Ini yang alku lihat


Ketika aku melawat Singapura tempoh hari, satu perkara yang sangat diambil berat ialah kebersihan. Setiap jalanraya bersih begitu juga persekitaran tempat kediaman. Masjid dijaga dan diurus dengan baik. Meskipun Republik Singapura bukan lagi sebuah negara umat Islam namun hak beragama tetap dijaga oleh pemerintah.

Imam di sana dibayar elaun harian sebanyak 12 dolar iaitu lebih kurang  44 ringgit Malaysia. Pada hari Sabtu dan Ahad dibayar 15 dolar { 65 ringgit} . Imam solat Maghrib dan Isya' pada malam minggu dibayar 50 dolar pada setiap waktu. Memang lumayan . Bayangkan sekiranya dalam sehari 5 waktu  bertugas  imam di sana mampu mendapat bayaran sebanyak RM225 sehari

Kemampuan negara republik ini memberi kesenangan pada  rakyat nya  adalah disebabkan faktor-faktor berikut. Antaranya

1-Bijak menguruskan ekonomi  sehingga  mampu bersaing di perongkat dunia.
2-Bijak memonopulasi contah beli air yang tak dirawat dari Malaysia murah , tetapi menjual balik air yg telah dirawat dengan harga berkali ganda.
3-Menghapuskan segala amalan rasuah dalam semua peringkat dan hukumannya sangat berat kepada perasuah dan penerima rasuah'
6 Kestabilan politik yang berterusan

Selasa, 11 September 2012

Dilahirkan tanpa darah..


BAYI ajaib yang diberi nama Oliver Morgan diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam rahim.

Ketika diahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 MINIT yang menakjubkan.

Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen, jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan nyawa.

Pasukan medik yang berjuang menyelamatkan nyawa bayi itu merasa tersentuh apabila monitor tekanan jantung menunjukkan tindakbalas yang pertama.

Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36, dari Maidstone, Kent, berkata: “kelahiran Oliver membuatkan saya trauma sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang. Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya”.

“Para doktor secara literal menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini”,tambah wanita itu.

Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Urat tambahan itu meletup pada minggu ke 37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.

Oliver dilahirkan oleh secara pembedahan caeserian seberat 6 pound 1oz pada 5:12 pagi. Doktor cuba untuk memulihkan keadaanya dan darah dipam ke dalam saraf pusat dan pada 5:37 pagi denyutan jantung yang pertama telah dikesan dan bertambah kuat kerana dia telah diberikan lebih banyak darah.

Katy yang ketika itu masih tidak sedarkan diri kerana ubat bius berkata: “Doktor memberitahunya ia adalah satu keadaan yang paling luar biasa pernah mereka lihat”.

Oliver tidak mempunyai darah, tiada degupan jantung dan kelihatan seperti sudah mati tetapi entah bagaimana dia masih bernyawa. Mereka sangat bimbang bayi itu mengalami kerosakan otak selepas kekurangan oksigen dalam tempoh yang agak lama.”

Oliver telah dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya untuk menyelamatkan otaknya dari kerosakan.

Dia telah diletakkan di dalam baju sejuk supaya suhu badannya berada pada 33 ° C untuk membantu pengaliran darah dari kulit, otak dan jantung agar dia sembuh dengan lebih cepat.

Selepas tiga, perunding mula meningkatkan suhunya pada suhu normal 37° C dengah setengah darjah sehari.

Pada masa yang sama, susu oleh ibunya dipam terus ke dalam perut.

Selepas 11 hari,keadaan Oliver cukup baik untuk dibawa pulang.

“Adalah sukar untuk mempercayainya, tetapi kanak-kanak itu kini menjalani hidup dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarganya.

Ramai Bakal Pengantin Perempuan Tak Pandai Memasak ?

Dalam 3 tempat saya berceramah dalam kursus pra perkahwinan beberapa hari lepas, saya tanya peserta soalan bab masak memasak. 

Siapa kat sini pandai masak ? Sila angkat tangannnn" Kata saya sambil memandang ke arah peserta perempuan.

Tiada seorang pun yang angkat tangan tapi ramai yang tersipu-sipu. Apa maknanya tu ? Entah...

"Okey, siapa yang pandai masam mee goreng ? Angkat tangan..." Kata saya lagi.

Tidak ada juga yang angkat.

"Ermmm... siapa yang pandai masak nasi lemak. Angkat tangan..." Tanya saya lagi.

Sekali lagi tak ada yang angkat.

"Okey, siapa yang pandai buat teh tarik ? Angkat tangan.."

Nampaknya seorang pun tak ada yang angkat tangan. Kenapa yer ?

Bakal Pengantin Tak Pandai Masak ?

Bukan saya nak mengata, tapi itulah hakikat yang berlaku kepada bakal pengantin perempuan. Bukan saya nak marah, tapi nada saya berceramah itu lebih kepada lawak jenaka saja. Dalam kita dok cerita pasal berjimat cermat dan bising pasal harga makanan kat kedai mahal, kita tak berapa ambil kira dalam bab memasak ini. Cuba bayangkan, berapa ringgit duit kita habis di restoran atau kedai makan sehari, apa lagi sebulan atau setahun ?

Mee Goreng

Saya tanya pasal mee goreng sebab saya tahu cara nak masak mee cara paling ringkas. Harga sebungkus mee mentah adalah RM 2.00 sekilo. Dengan sekilo itu, kalau macam mee dihidang kat kedai, boleh 8-10 orang makan. Bayangkan sebungkus mee dijual RM 3.00 sepinggan, tauke kedai boleh untung RM 30.00 dengan modal RM 2.00 tadi. Di kedai sekarang susah nak cari mee harga RM 3.00 lagi, biasa RM 3.50 atau RM 4.00.

Tak Pandai Masak Sungguh Ker ?

Tidak angkat tangan mungkin kerana tak berani dan takut kena tanya dan mungkin dia orang tahu tapi tak mahu mengaku tahu. Okey, saya tak tanya banyak, saya tanya bagaimana nak buat teh tarik. Oleh kerana seorang pun mengaku pandai, saya sebut saja nama dan seorang itu terpaksa buat. Bila ditanya, dia memang tak tahu buat dan kalau saya minum teh dia, mungkin boleh sakit perut.

 kadikluang.blogspot.com

Jumaat, 7 September 2012

26 tahun aku menunggu...mudah-mudah dekat pilihanraya ni dapatlah kut..Kan tema merdeka janji ditepati?


Baru tadi mak telefon "Nama hang tak dak, depa sebok nak temuduga tanah hari rabu nie.. Dah pun  keluar senarai  nama tapi depa kata nama hang dah cicir" Risau sungguh suara mak dalam telefon. Tanah tu aku beli dulu tahun 1986 harga seribu lebih kurang 2 ekar. Pajak dekat Pak Menakan suruh usaha tebang pokok hutan ganti dengan pokok moktan, pastu bagi dua aku ambik sekar Pak Tam aku ambik sekar lagi. Malangnya tanah tu tak dak geran cuma bertaraf  tanah tol atau tanah lesen.

Aku dah usaha nak dapatkan geran, tanah tu dah berapa kali sukat, bayar duit sukatpun dan habis agak-agak kat seribu, laa ni baru kata dengar nak dapat geran tu pun kena temuduga dulu. Aruah ayah dah gantikan pokok moktan dengan sawit dapatlah dia merasakan sikit hasilnya sebelum meninggal. Sekarang tanah yang tak bergeran itu boleh menyumbang hasil sawit 300 - 500 ringgit sebulan dan semua hasilnya aku bagi kat  mak dan dapatlah menambahkan tabungannya hingga dapat 2 kali pergi umrah selepas ayah meninggal. So aku tak hairanlah bila mak rasa risau takut tanah tu terlepas ke tangan orang lain.

Sebelum ini tanah milik abang ipar dah bertahun diusahakan. Pokok sawit pun dah besar, lebih kurang 6, 7 tahun usianya tup...tup keluar geran nama orang lain. Satu sen habok pun tak dapat. Memang orang yang  makan hasil tanaman orang lain confirm makan dari sumber yang haram anak beranak. Tapi abang ipar aku tu jenis penyabar..biag pi lah kat depa, Allah Maha Kaya kelak ada balasannya? Itulah jawapannya.

Bagi aku, memang aku kesah kerana tanah itu adalah tanah hasil keringatku dan keringat aruah ayahku. Aku bagi tau dekat mak "Mak jangan risau..aku dah dapat surat temuduga dan khabar angin yang menyatakan nama aku tercicir dari senarai adalah andaiaan semata-mata. Doakan moga aku berjaya mendapatkan geran setelah hampir 26 tahun berusaha insyaallah

Aduhai..bahgianya suami dapat isteri spt ini.


Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapa mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang keluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi ,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Khamis, 6 September 2012


Wujiao' Pelajar Tidur Setengah Jam Selepas Makan Tengah Hari

Dikenali sebagai 'wujiao' atau tidur setengah jam selepas makan tengah hari merupakan satu konsep atau peraturan tradisional dalam sistem pendidikan di China dan Taiwan bagi kanak-kanak sekolah rendah.  Sesi pembelajaran yang bersambung pada sesi petang sudah tentu amat meletihkan.  Justeru dengan menggunakan kaedah 'wujiao', semua murid perlu mematuhi peraturan ini untuk mengembalikan semula kecergasan fizikal dan mental.
Kebanyakan sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan asrama dan bangunan sekolah yang terhad, maka pelajar-pelajar menggunakan kemudahan yang ada seperti meja dan bangku sebagai tempat untuk tidur setengah jam.

Kaedah ini juga sebagai alternatif untuk mengatasi masalah lewat sampai ke sekolah disebabkan kebanyakan mereka tinggal jauh dari sekolah. Justeru mereka tidak perlu pulang pada waktu tengah hari