Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 28 Jun 2012

Allah akan menguji seseorang jika Allah menyayangi.


Baliklah kepangkal jalan...Baliklah kepada fitrah kejadian manusia sebagai hamba Allah andai kita merasakan kita sudah tersilap langkah. Banyak sudah artis dan selebriti berubah dan berhijrah moga trend ini bukan hanya mengikut musim tetapi atas dasar keikhlasan dan kesungguhan untuk berubah...
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman berkata status janda yang digalasnya sejak petang Rabu lalu membuatkan dia bertekad untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Raja Azmi,53, yang bercerai atas persefahaman dengan bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek,49, berkata, dia mahu mempertingkatkan amalan solat yang tidak pernah lengkap dilakukannya sebelum ini.
"Selepas bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi (Khamis), hati saya nekad untuk memperbaiki kelalaian saya dalam aspek beribadah.
"Sebelum ini solat saya tidak pernah lengkap lima waktu, kini saya berazam untuk menjaga solat. Itu adalah matlamat saya sekarang dan semoga Allah menetapkan iman saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Khamis.

Inilah padahnya jika Negara Islam tidak ditegakkan.


Kenal dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun.

Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya. Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapnya.

Beliau bukan sahaja dipenjarakan, malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara. 

Apabila Islam ditegakkan maka Islam akan memelihara harta,agama ,kehormatan dan akal manusia. Umat Islam akan diberikan kemuliaan kerana mereka menegakkan agama dan sesekali tidak akan membiarkan saudara seagama ditindas disiksa dan dizalimi. Tetapi apa yang berlaku hari ini kita hanya dapat melihat negara umat Islam bukannya negara Islam. Negara yang mejoriti umat Islam yang tunduk kepada kuasa mustakbirin dunia Yahudi dan Nasora

Presiden Yang Menghafaz Al-Quran


Hari-hari awal setelah pengumuman terpilihnya Dr. Muhammad Mursy sebagai presiden Mesir, tidak ada yang berubah terutama dalam masalah shalat. Mursy yang juga penghafal Al Qur`an masih tetap menjaga shalat shubuh di masjid yang biasa beliau laksanakan di Masjid Kairo Jadidah.

Perkara ini, membuat para pengawal perlu mengamankan jalan dan menghentikan lalu lintas di jalanan yang dilalui Mursy setiap shubuhnya. Sedangkan Mursy sendiri menolak hal itu, dan ia memerintahkan kepada para pengawalnya untuk segara mencari cara pengamanan yang lebih tepat, demikian laporan Al Arabiya (27/7/2012).

Mursy sendiri memperhatikan apa yang dilakukan kedua pangawalnya yang rela berdiri lama di bawah terik matahari, hingga ia bertanya kepada ketua pasukan para pengawal, ”Berapa lama keduanya berdiri?” . Pemimpin tersebut menjawab, ”Lebih dari dua jam”. Akhirnya Mursy memarahinya dan memerintahkan agar kedua pengawal itu membubarkan diri dan menyampaikan bahwa cuaca Mesir saat itu cukup panas.

Mursy juga meminta agar pengamanan di tempat tinggalnya tidak diperketat. Dalam hal ini Mursy menyampaikan alasannya, ”Saya tidak menginginkan manusia tidak menyukai saya, hanya karena jabatan saya sebagai presiden”.

Bahkan diberitakan juga bahwa Mursy akan mengeluarkan keputusan agar fotonya tidak dipasang di kantor-kantor pemerintahan dan akan memberikan hukuman kepada siapa saja yang melakukan pelanggaran

Ustaz...bantai kaw-kaw punya tau

Apa yang paling merimaskan aku bila nak sampaikan ceramah atau kuliah ada yang suka bagi syarat dan ikut sedap mulut cakap. " Ustaz...nanti ceramah bantai kaw-kaw punya biar depa sedar sikit" lalu aku teringat seorang penceramah yang pernah aku ikuti ceramahnya. memang berapi sungguh.  Sebelah aku ada seorang yang bangkit nak ke bilik air kut, tiba-tiba ustaz tu dengan lantang menyatakan siapa yang bangkit meninggalkan majlis ilmu mereka itu adalah munafik besar. Aku tengok banyak yang geleng-geleng kepala mungkin tak  berapa setuju kut dengan kenyataan ustaz ini..

Bagi diriku aku tetap berpegang dengan konsep pendakwah bukan penghukum kerana bagi aku setiap dakwah itu mesti di sampaikan secara bijaksana.
Andaikata dihadapan kita seorang muslimah yang tidak bertudung,lalu kita berkata "kamu tidak bertudung akan dicampakkan ke dalam neraka..." Rasanya mungkin ini kali terakhir ia akan hadir dalam kuliah ilmu. Ingatlah pesan cerdik pandai...

Jika hari ini dia mungkin tidak bertudung
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya...

Jika hari ini mungkin seorang yang kaki mencarut,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut bicaranya

Jika hari ini mungkin seorang yang engkar kepada Allah swt...
Esok lusa mungkin dialah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena

Sesungguhnya kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu....
Tugas kita bukan me Nerakakan orang , tapi....mengajak manusia ke jalannya dan saling mendoakan.
Jangan hina permulaan seseorang.....
Kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya..

Dari sudut hati...


Memang semenjak dua menjak ini kesihatan aku agak terjejas. Bermula dari batuk-batuk kecil melarat-larat hingga menjadi radang anak tekak. Belum selesai masaalah itu..Tetiba pulak  proses penghadaman dan perkumuhan  sedikit terjejas.Pendarahan sering keluar.. Ikhtiarlah jugak dengan mengambil ubat-ubatan.. tapi situasi dan kondisi diri ini cukup menjejaskan rutin kerja seharian.

kadangkala aku rasa malas nak buat kerja apatah lagi dalam bentuk dokumentasi. Kuliah maupun ceramah dah tak sampai 100%  tumpuan lagi..aku jadi cepat letih. Dah sebulan aku tak menjenguk kebun sawit tempat dimana aku bisa berpeluh bermandi keringat. Kadangkala sering tergambar apakah secepat ini aku bisa mengadap yang Maha Pencipta. Semalam sepicingpun mataku tak bisa terlelap namun alhamdulillah siangnya aku normal tidak sedikitpun rasa mengantuk.

Sahabat dan teman menasihatkan agar aku perlu banyak berehat. Program terlalu padat..siang dan malam senantiasa bergerak ke sana ke mari. Tapi aku rasa kalau duduk saja ...lagi aku rasa sakit, mata lip pok...lip pok terbaring...tersandak kat kursi malas...terpeli'ot kat sofa panjang memang bukan itu cara aku nak ,melawan sakit...

Aku rasa aku tak stress meskipun dokter kata simtum yang berlaku ini mungkin disebabkan stress.
Tapi..bila aku fikir balik aku rasa terapi yang paling baik ialah banyak-banyak mengingati Allah swt kerana Allah sendiri menyebut "Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

KITAB AL-QUR’AN TERBESAR DI DUNIA


Sebuah kitab Al-Qur’an terbesar di dunia dipamerkan dikota Kazan, ibukota dari Republik Rusia Tatarstan (salah-satu wilayah Rusia dimana mayoritas agama yang dianut oleh penduduknya adalah Islam), di bulan November tahun 2011 yang lalu. Kitab Al-Qur’an tersebut sampulnya dihiasi emas dan perak serta dihiasi batu-batu permata.
 
Panjang dan lebarnya dalam keadaan tertutup 2 meter x 1,5 meter, sedangkan dalam keadaan terbuka 3 meter x 2 meter. Berat keseluruhan 800 kg, sedang berat sampul 120 kg. 

Sakit mata aku nengok hantu ni



Tapi lagi sakit hati tengok perangai manusia yang lebih hantu daripada hantu


Selasa, 26 Jun 2012

Salahkah saya botakkan kepala saya kerana saya seorang muslimah


Rupa-rupanya, selebriti ini bekerja dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Maka kita nak tahu apa kata menterinya – Najib Tun Razak – jangan duduk diam buat tak tahu mengenai perkara ini!

Ras Adiba Radzi telah diberi tahu, tapi dia tetap berdegil mahu membotakan rambutnya untuk menunjukkan perpaduan dengan Majlis Kanser Negara (MAKNA) kempen kesedaran kanser, Jom Botak

Tiada jalan lain, maka terpaksalah Stesen TV NTV7 menggantung kemunculannya sebagai pengacara sambilan di udara sehingga rambutnya tumbuh kembali ke panjang yang boleh diterima.

Mengikut laporan, seseorang dari jabatan agama telah menegurnya kerana ada fatwa yang melarang wanita dari mencukur kepala mereka.

"Saya bertanggungjawab kepada Tuhan. Islam adalah satu cara hidup, dan kita diberitahu untuk sentiasa membantu orang. Saya adalah seorang Muslim, saya sembahyang lima kali sehari dan saya sayangkan agama saya

Sabtu, 23 Jun 2012

Motor oh..motor


Semalam ziarah pondok mak kat Tanah Kebun Simpang lima balik ikut jalan Kuala Kurau ke Bagan Serai. Rupanya ada Program Himpun BN di kalangan anak muda rempit. Bukan main aksyen lagi atas jalan raya berbagai aksi dilakunkan untuk tarik perhatian. Bagi aku lantak pi lah kat hangpa, kalau itu jalan hang pa nak mati cepat aku tak kisah yang aku kisah bila aku tengok penunggang motosikal seperti gambar kat bawah nie.
merempit separuh bogel
merempit bawak anak,bini,mak, ayah

merempit bawak cermin ajaib
merempit bawak kambing
merempit tanpa pecah telur
merempit bawak perabot rumah
merempit dengan 10 ekor babi
kesimpulannya, brader2 dalam gambar ni lagi cool dari mat mat rempit. cayalah

Ayat power seekor anjing...


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

Andai duit hinggit boleh berkata-kata


Suatu pagi yang hening bertemulah duit satu hinggit dengan duit lima puluh hinggit. "Amboi.... ceria nampak ? hari ni ada rancangan nak pegi mana?" Tanya duit satu hinggit.

Lima puluh hinggit menjawab ” Aku nak  pergi merata tempat. Cadang nak shoping kat Tesco pastu pergi stadium tengok bola..atau nak beli tiket nengok wayang.....kamu pulak macam mana satu hinggit??

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"

Bayangkan diri kita..tak kisah nak berbelanja besar kat pasaraya atau tengok konsert hiburan tiket mahal pun tak apa janji seronok, tapi kalau nak derma lima ringgit ke..? atau sepuluh ringgit ke..? dan-dan kena pakinson asyik-asyik sejak 20 tahun lalu satu ringgit saja tak pernah naik-naik.


Jumaat, 22 Jun 2012

Aku sanggup mati dari menjadi lelaki sejati..kini telah berubah


Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri mengejutkan  orang  ramai apabila hadir ke mahkamah dengan kopiah putih dan menyatakan beliau akan berubah. Menurut beliau, kes ini banyak memberi pengajaran buatnya.

"Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun  Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan – Hmetro"

Tahniah kepada  Mohd Hafiz Jeffri kerana telah mendapat hidayah ALLAH swt. "ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125). "

Doakan semoga beliau terus dikekalkan hidayah dan doakan kita juga semoga dikekal dan mendapat hidayah daripadaNYA. Sesungguhnya, jika sebelum ini saudara  Mohd Hafiz Jeffri  mengatakan sanggup mati daripada berubah (menjadi lelaki sejati) namun hari ini dengan hidayahNYA, semuanya mampu berubah.

Khamis, 21 Jun 2012

Ingatlah wahai anak muda



Qaza‘ 

Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (???). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)
 

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
 

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
 

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
 

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
 

(Hadis riwayat Abu Daud)

Rabu, 20 Jun 2012

Peringatan kepada peminum air tin


P
ada hari Ahad lalu satu keluarga bertamasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga terpaksa dibawa ke hospital dan ditempatkan di ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari rabu. Hasil autopsi merumuskan ia terkena Leptospirosis. Hal ini disebabkan pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi air kencing tikus yang sudah kering yang mengandung leptospira.

Sangat dinasihatkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Selasa, 19 Jun 2012

Kalau dah otak letak kat kepala lutut


Tak boleh nak pikiak ke. Orang nak tipu kita macam-macam cara. Kita dah tua tiba-tiba nak gatai dengan pompuan muda dia layan pulak tuu...mesti ada muslihat disebaliknya. Susah nak cari orang yang jujur sekarang apatah lagi kalau kita berduit sikit. Tapi jenis tak sedar kediri tak ukur baju di badan sendiri mudahlah kena tipu.


REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”


Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Bulu mata terpanjang di dunia

bulu mata terpanjang
Kalau memelihara rambut panjang dan kuku panjang mungkin sudah biasa, tapi beda halnya dengan wanita satu ini. Desember tahun 2009 seorang wanita kebangsaan China tercatat dalam Guinness Book Of Record sebagai manusia dengan bulu mata terpanjang di dunia. Menurut sumber, wanita ini mengalami pertumbuhan yang berlebihan pada bulu matanya ini akibat efek samping dari ubat-ubatan yang dimakannya.
bulu mata terpanjang 
Banyak orang mengira bahawa ini adalah berita rekayasa, namun sebenarnya ini memang benar adanya.

Isnin, 18 Jun 2012

Tetiba teringin nak jadi Ostad..

Oleh: paklongdin

"Salam semua...

Baru-baru ni dengaq cerita bekaih pelakon siri Gerak Khas, si Abby Abadi tu ada la bagitau dia harapkan akan bertemu jodoh dengan Ostad. Bukannya apa, boleh la jugak dia harapkan Ostad tu bagikan dia bimbingan dalam kehidupannya selepaih ‘berhijrah’.

Baguih la kalau betoi lagu tu... si Abby kata macam tu masa program talk show "Malam Keinsafan BersamaSelebriti" di Dataran Kerdau hari Sabtu yang lepaih...

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.-Harakahdaily

Malu pulak Pak Long... hehe... Dulu Mak Long hang pun panggil kat Pak Long, Ostad... hehe...

Wassalam...


http://paklongonline.blogspot.com/"
 


Komen Ustaz
Pepatah ada menyatakan "Kalau takut dilambung ombak ...jangan berumah di tepi pantai." Ujian pada ustaz memang hebat. Berapa banyak ustaz yang kecundang dipertengahan jalan akhirnya jadi tepung kastad. Bukan senang nak tarbiah orang ooi...! bukan sehari dua terus baik kadang-kadang makan masa bertahun-tahun. Jangan fikir seronok dengan tawaran sebegini tetapi fikir tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul. Kalau kenkawan aku para ustaz teringin silakan...aku tawakuf dulu.

Buah ni aku nak sebut nama dia pun..aku malu


Siapalah yang bubuh nama pada pokok ini? Bubuhlah nama yang elok sikit. Aku rasa macam pernah jumpa pokok ini dan pernah rasa buahnya tapi masa tu aku tak tau namanya. Bila keluar dalam surat khbar tu dia nama dia... rasa nya kalau dijual kat pasar sipenjual pun segan nak bagi tau apatah lagi penjual wanita.

Pokok ini memang banyak khasiat, biasalah untuk kuatkan bathin, mengubati  kencing manis dan sebagainya. Depa kata masukkan dalam minyak panas hingga pecah minyaknya kemudiaan sapu dekat tempat tu...memang mujarab.

Pokok ni kalau masih muda warna hijau kalau dah masak bertukar jadi coklat, isinya kehitam-hitaman dan berlapis-lapis rasanya kemasam-masaman dan sedikit pahit-pahit manis. Entahlah betoi ke tidak tapi laa ni memang payah nak jumpa pokok ini.

Jumaat, 15 Jun 2012

Sebelum tengok bola euro 2012 apakata kita solat tahajud dulu..

Kalau nampak hantu...kena selak kain, ini sudah kes berat


"Takut hantu punya pasal saya sanggup tidur telanjang..lagi pun bukan ada siapa di rumah, bini pi kursus." Cerita seorang kawan baik aku. Betul ke hantu takut  pada orang yang selak kain?? Kalau hantu raya tentu dia tak kisah sangat tapi kalau yang mai tu hantu pompuan seperti pontianak ke..? langsuir ke..?tak hanghu dibuatnya. Sedap-sedap tidur telanjang dia mai gelintei tak kacau kita. Tok sah dok buatlah kelaku huduh macam tuu.

Memang amalan orang dulu kalau keluar rumah mesti bawak besi terutama berjalan diwaktu malam. Kununnya hantu memang takut pada besi meskipun sebatang paku karat. Kalau anak-anak perempuan pula kalau terjumpa hantu selak kain sampai ke pinggang kalau hantu tak lari depa yang akan lari. Budak pompuan dulu mana biasa pakai seluar jadi kalau dah selak kain tu senanglah nak lari. Tapi fikir balik kalau main angkat-angkat kain kan malu nanti orang nampak lainlah kalau dah jadi opah...peduli ape

so...ada lagi pesan lain dari orang tua-tua "hangpa kena bawak garam barang segenggam taruh dalam poket. Hantu memang tak suka dengan bau garam dan tak berani dekat.

Khamis, 14 Jun 2012

Janji ditepati..rakyat didahulukan betul ke atau omong kosong

Dulu apa juga kenaikan harga barang atau bil elektrik air apa sahaja akan dimaklumkan dalam tv maupun akhbar arus perdana. Sekarang nie naik secara senyap-senyap rakyat pun tak tau. Bayangkan kalau kenaikan itu hanya seringgit dua mungkin kurang terasa kepada golongan marhain tetapi kalau dah naik melebihi 100 peratus ini sudah melampau namanya...tradisi membela rakyat apa namanya.


Aku ingat aku saja yang terasa kenaikan ini tetapi rupanya banyak lagi orang lain yang mengeluh kesusahan. Bil elektrik saja tak pernah melebihi Rm 130 sebulan tiba-tiba bulan ini naik mencanak hingga mencecah Rm 250. Itupun rumah aku hanya guna kipas angin tanpa pendingin udara. Lihatlah beberapa  keluhan warga  pengguna betapa mereka  seolah-olah dibuai mimpi dengan sloggan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Seorang Guru, Affizee Awang Ramain, 28, dari Subang, menjelaskan bil elektrik diterimanya mengalami kenaikan yang agak tinggi dan ini menimbulkan keraguan.

“Saya dan keluarga menggunakan elektrik seperti biasa tetapi kenapa bacaannya begitu berbeza daripada biasa. Kenaikan dicatatkan begitu mendadak dan ia seharusnya dikaji semula oleh pihak berkuasa.“Penggunaannya sama dengan perkakas elektrik yang sama tetapi kenaikannya tinggi. Saya harap pengguna seperti kami tidak dibebankan dengan keadaan sebegini yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi,” katanya.Menurutnya, bila elektrik terbaru diterima mencatatkan kenaikan kira-kira 25 peratus berbanding sebelumnya.Mohamad Radzi Ho Abdullah, 54, dari Alam Megah juga sependapat bahawa ketika ini kenaikan tarif elektrik begitu tinggi berbanding kebiasaannya.




“Saya tinggal bersama isteri dan anak seramai enam orang dan penggunaan elektrik di sekitar RM160 sebulan. Namun kini ia telah meningkat melebihi RM200. Kenaikan ini amat membebankan kami sekeluarga,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan TNB perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Menurutnya, kenaikan tarif elektrik secara mendadak itu secara tidak langsung mendatangkan beban kepada rakyat sebagai pengguna.
“Saya telah menerima hampir 10 aduan mengenainya dan TNB perlu membuat penjelasan mengapa ianya berlaku. Apa yang boleh dipercayai adalah kerajaan memberikan arahan kepada TNB untuk mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali dan saya fikir apa yang berlaku sekarang terlalu besar sehingga merumitkan orang ramai.
“Saya tidak faham mengapa kos bil elektrik ini naik secara begitu mendadak,” katanya.

Selasa, 12 Jun 2012

Orang yg tak dak maruah dan harga diri samalah spt babi...bukan aku kata Sheikh Mohd Abduh yang kata


Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.

Ipoh tu kan tak jauh dari tempat aku,,,

Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan 
perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah
IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya. Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.


Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly
“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan. ~sinarharian

Sabtu, 9 Jun 2012

Kuasa cinta....kuasa Sang Pencipta

Anda Nurul
Mathew Taylor 31, yang koma selama 10 bulan  menangis sebaik sahaja mendengar suara tunangnya Nurul Handayani  27, yang menelefon dari Indonesia.  Mathew sebelum ini seorang guru bahasa Inggeris di Indonesia. Beliau dikatakan mengalami kecederaan kepala yang serius dalam kemalangan motosikal di Bali pada Julai tahun lalu.Selepas menjalani pembedahan di Bali dia kemudian dibawa pulang ke Britain selepas doktor yang merawatnya mengatakan dia tiada harapan untuk sedar. Namun selepas Handyanti menghubungi menerusi telefon keadaan Mathew mula berubah menjadi lebih positif sehingga ia boleh berinteraksi dengan ibunya dan menjawab "ya" .

Kenapa kita buat lawak orang tak mau gelak


Seorang penceramah membuat lawak dalam ceramahnya sehingga semua yang mendengarnya ketawa. Beberapa detik kemudian  penceramah  ini sekali lagi mengulangi cerita lawaknya dan pada kali ini  hanya separuh hadirin sahaja yang ketawa. Di penghujung ceramahnya sekali lagi penceramah ini mengulangi cerita lawaknya  namun tak ada seorang pun yang ketawa.


Dengan tersenyum penceramah itu mengungkapkan kata-kata "Sememangnya kita tidak akan ketawa lagi setelah mendengar beberapa kali cerita lawak yang sama namun...saya rasa amat pelik bila  melihat orang terus menangis berulang-ulang pada masaalah yang sama"


Renungkanlah ...hidup adalah saat ini, lima minit yang berlalu sudah mati, lima minit yang akan datang belum tentu hidup. Justeru nikmatilah kehidupan yang sedia ada ini dengan kebaikkan dan amalan yang soleh dan  biarkan kesusahan hari semalam untuk hari semalan dan tidak pada hari ini,

Jumaat, 8 Jun 2012

Berlaku ihsanlah sesama makhluk





Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiallahuanhu dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan hewan sembelihannya. (Riwayat Muslim)

Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan kepada setiap makhluk termasuk di antaranya adalah hewan.
Tidak boleh menyiksa dan merusak tubuh sebagai sasaran dan tujuan, tidak juga boleh menyayat-nyayat orang yang dihukum qishash.
Termasuk ihsan juga adalah terhadap hewan ternak dan belas kasih terhadapnya. Tidak boleh membebaninya diluar kemampuannya serta tidak menyiksanya saat menyembelihnya.

Penghuni yang tak diundang


MASAKAN selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Cuba lakukan 2 perkara ini...

1-Jangan bersendirian sekurang-kurangnya seorang teman...sampai depan rumah terus baca ayat ini sebanyak 3 kali
"Ingatkah kamu akan sumpah Nabi Allah Sulaiman..Keluarlaj kamu dari rumah kami. Aku sumapah kamu  dengan Nama Allah...nyahlah kamu dan jangan menyakiti seseorang pun"

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah besen (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Lebuhraya sungai atas sungai


Lebuhraya sungai atas sungai.... Pernah tengok?. Inilah sungai atas sungai. Sebuah jambatan dibina untuk laluan air sungai bagi perjalanan perahu & kapal-kapal kecil. Ini merupakan satu saluran jambatan sepanjang Sungai Elbe. Ia terletak di bandar Magdeburg, berhampiran Berlin di Jerman

Isnin, 4 Jun 2012

Jangan kamu sangka mereka yang gugur syahid itu mati......

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/599019_436096283081540_325681647_n.jpg
15 tahun jasad pejuang palestin Almarhum As syahid Kholil Syariff dikebumikan namun jasadnya tidak mereput langsung dan kelihatan seperti baru dikebumikan.... Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa diberi rezeki.

Mudahnya menghafal lirik...


Apabila kita mengerjakan sembahyang  17 rakaat sehari semalam. Pastinya kita wajib membaca Surah Al-Fatihah syak 17 kali. Apabila dihitung dalam tempoh setahun kita sudah membaca al-Fatihah sebanyak 6,120 kali.

Persoalannya sekarang apakah selama ini kita sudah dapat memahami dan menghayati isi kandungan surah tersebut? Mungkin berbeza bila kita dipertanggungjawabkan menghafal lirik-lirik lagu samada lagu cinta, puitis,romantis tak perlu memakan masa lama dua tiga hari pun sudah dapat dihafal siap dengan penghayatannya sekali, sampai ada yang menangis-nangis di pentas...alangkah syahdunya

Akhirnya kita menjadi jauh dari Al-Quran kerana kita hanya membaca sahaja tanpa pernah mengambil tahu dan menghayati artinya. Fikirkanlah....