
Apabila kita mengerjakan sembahyang 17 rakaat sehari semalam. Pastinya kita wajib membaca Surah Al-Fatihah syak 17 kali. Apabila dihitung dalam tempoh setahun kita sudah membaca al-Fatihah sebanyak 6,120 kali.
Persoalannya sekarang apakah selama ini kita sudah dapat memahami dan menghayati isi kandungan surah tersebut? Mungkin berbeza bila kita dipertanggungjawabkan menghafal lirik-lirik lagu samada lagu cinta, puitis,romantis tak perlu memakan masa lama dua tiga hari pun sudah dapat dihafal siap dengan penghayatannya sekali, sampai ada yang menangis-nangis di pentas...alangkah syahdunya
Akhirnya kita menjadi jauh dari Al-Quran kerana kita hanya membaca sahaja tanpa pernah mengambil tahu dan menghayati artinya. Fikirkanlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan