Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 31 Oktober 2012

Apa yang aku rasa ...mungkin ada yang tak terasa


Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa..
Bawak seratus pegi Tesco,Giant macam bawak duit 10 ringgit. Dulu kalau 10 ringgit boleh beli macam-macam.Laksa 20 sen kuih pau punya besar sekupang kenyang sampai ke petang

Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa..
Rumah punyalah besar. Duduk 3 orang je. Anak sorang. Nanti bila anak menikah tinggailah dua orang dok klip pok...klip pok bijik mata... aku tengok hang, hang tengok aku laki bini..he..he...he..
Orang dulu-dulu,  anak tuu dia ... bersusun, boleh buat team bola sepak... tapi rumah macam dangau  tempat mendekut burung kuak kekadang bilik pun tak dak.

Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa.. 
Semua main ujung jari..nak basuh kain..mesin otomatik...tut..tet...tut tet tekan mana yang patut, lepas tu tinggai....tak payah nak gosok..tonyoh sana sini buang daki macam dulu-dulu...tu pun gaduh sebok tak cukup masa…

Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa.. 
Sekarang  ni kita ada banyak orang yang pandai, tapi lebih ramai yang kurang berakai?
Kurang bijak dalam membuat penilaian hidup… Ada otak macam tak dak, ikut nafsu secara melulu... Yang menikah bertahun punya nakkan anak, yang tak menikah buang anak berlambak-lambak...

Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa.. 
Sekarang ni kita ada ramai doktor pakar, tapi banyak penyakit yang kita dengar?Dulu tak dak H1N1,selsema babi, selsema burung, tah macam-macm lagi. Klinik cukup meriah laa ni...Tapi surau jugak yang sunyi...kut ada pun orang tua dah tak lama lagi nak hidup. Mai dengar kuliah aku pun tersandar kat dinding pebetui tulang pinggang. Lajak kuliah sampai kat sejam mulalah dengar huruf  ho..ho...hoh keluar kut mulut. Punya la khusuk sampai tertidok


Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa.. 
Sekarang  ni kita kurang membaca, kerap tengok tv sampai solat jadi macam ayam patuk ubi...
Otak jadi beku bila kurang ilmu, badan lembab dan pemalas pasai selalu dikerusi malas, hamba dengan Pencipta dah jadi jauh mana hala bila solat kita lupa…

Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa.. 
Mata jadi rabun bila berbelanja. Apatah lagi bila ada kad kredit.Sua je kat kaunter bayaran. Tapi time nak bayar hutang kad nanti muka mencuka. Gelojoh berbelanja tu dah ikut setan, kurang senyum pasai  dah lari bajet...bil-bil pun masih ada yang tertunggak. Tu yang kepala terlengak duk padang siling...rambut pun dah mula tak dak.

Apa yang aku rasa...mugkin ada yang tak terasa.. 
Punya  berebut nak pegang jawatan, tapi nilai kerja tak ketahuan?
Kalau boleh tu, tok imam pun nak pegang… tok bilai pun nak sapu…
Tapi subuh berapa orang yang mai bersolat pun dia tak tau...


Nasib baik aku masih mampu bersabar....


Bukan pasai apa...kadang-kadang boleh hilang sabar dibuatnya. Tengah dok tik-tik pencapaian pelajar dalam komputer tiba-tiba eror.....Bukan sekali tapi berkali-kali. Memang stress betoi. Sorang pelajar  boleh makan masa 1/2 jam nak tik. separuh jalan tiba-tiba eror lagi, kena tik semula . Boleh buat 2, 3 minit jadi 1/2 jam mana tak naik temperature sampai kat  kepala.

Kata  JU  masa kursus hari tu ... KSSR adalah  Kerja Senang Sambil Relax. Bagi aku tak betoi...aku tanya kengkawan aku semuannya kata kerja stress sampai rebah. Bagi aku bukan rebah lagi...boleh jagi bergulin-gulin punggung kat ataih kepala kat bawah.

Depa kata buat tengah malam ...server ok. Aku try pun macam tu jugak dapat tanda dua tiga pelajar pastu eror. Nasib baik aku tak sepak lap top. Bini aku pun bising semenjak dua menjak nie tidok ngan lip top apa kahai nya. Mana tak buat macam tu..depa orang ataih  nak semua segera, aku masa terhad, malam bagi kuliah habih jam 10 baru sampai rumah...tak buat macam tu bila kerja nak siap.

Lagi satu aku rasa time kerja banyak ni, nak bersembang ngan kenkawan pun tak seronok. Senyumpun dah tinggai sebelah. Makan dok asyik mengkelan. Mana tak mengkelan kira nak cepat..belum hadam dah telan. Masalahnya bila nak qada hajat meneran macam pompuan nak bersalin tak cukup bulan.

Tapi aku syukur sangat...penyakit hilang sabar, kuat melenting sudah semakin hilang tak macam dulu-dulu. Kalau dulu silap-silap terpelanting dah lap top aku sepak. Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan kesabaran ini dalam menghadapi karenah duniawi

Susah nak bersembang dengan golongan ini


1-Orang-orang Jahil tentang agama.
2-Orang-orang bodoh atau orang yang mempersendakan agama.
3-Orang yang pemarah kerana orang marah adalah sebahagian daripada gila.
4- Orang yang payah menerima pendapat orang lain.
5- Orang  mengikut sesuatu pendapat secara buta tuli.
6- Orang yang mencampuradukkan semua kebaikkan dunia sebagai agama sehingga 
     manusia  keliru dengan kebaikkan agama.
7-Orang yang suka berbantah dan berdolak dalih.

Isnin, 29 Oktober 2012

Test Dulu Baru Kahwin

 
Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Gubuk Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kamboja.

Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kamboja yang sangat liberal dan terbuka untuk hal berbau seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘ gubuk cinta’ kecil dan mendorong anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sampai bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menikahinya.

Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik anak perempuan mereka yang merupakan pasangan sempurna. Mereka percaya, pernikahan seperti itu, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu betul apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.

Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani puteri remaja mereka. Menurut mereka di zaman moden di mana perceraian dan perkosaan terlalu umum dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami kes perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, kempen menyebarkan kesedaran tentang seks yang aman, ialah dengan menggunakan kondom.

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah gubuk cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang gubuk cinta ini :

“Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

“Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan ‘hubungan intim’ dengannya di gubuk saya.

“Tapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti menggauli seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke gubuk saya ketika saya berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.

“Saya tak kira pun, berapa ramai lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga masa ini. Saya rasa tidak ada kewajiban untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.

“Saya khawatir tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil oleh seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainy, maka dia akan menikahi gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya

Pensil dibuat dari abu mayat


Jika di Bali ada proses  pembakaran mayat yang dinamakan Ngaben, ada juga proses serupa namun tak sama di suatu tempat. Pasalnya, ada 240 pensil yang dibuat dari abu hasil pembakaran jasad manusia. Setiap pensil dicap dengan nama almarhum, sehingga si pemilik boleh merasa dekat dengan orang tercinta yang telah meninggalkannya.pensil-abu-jasad-manusia
Hanya satu pensil yang dapat dihapus dalam satu waktu dan boleh ditajamkan agar boleh pas masuk ke dalam tempat pensil yang telah disediakan. Secara berkala, tempat pensil akan disesuaikan dengan pensil yang telah digunakan dan diperbarui dengan abu baru.

Bayi berkaki kambing


Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini

Ahad, 28 Oktober 2012

Seluar yang shubahah



Lelaki Melayu selamba pakai seluar pendek depan orang ramai...

Tahu apa Islam kata pasal aurat lelaki Muslim ?

Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.”.

Tetapi, kenapa ramai lelaki Melayu kita pakai seluar pendek atas paras lutut bila main bola sepak dan futsal ? Takkan mereka tidak tahu langsung bab aurat lelaki di dalam Islam ? Sebenarnya mereka tahu, tetapi mereka sengaja buat pekak telinga.

Kalau perempuan wajib memelihara aurat mereka, maka kaum lelaki pun sama. Tiada alasan.

Di tempat-tempat awam pula, ramai lelaki Melayu yang suka berfesyen memakai seluar shorts bila keluar sendirian atau bersama pasangan. Jika hendak dikatakan mereka terang-terangan mendedahkan aurat, belum boleh dituduh lagi.Tetapi, tahap kependekan seluar shorts tersebut sudah berada di tahap 'shubhah' atau 'grey area' yang bermaksud sangat hampir untuk menampakkan kedua-dua lutut yang menjadi aurat mereka.


Oleh hal yang demikian, bolehkah seluar shorts yang gemar dipakai oleh jantan-jantan Melayu stylo sekarang ini dibawa terus untuk solat di surau dan masjid ? Sudah tentu tidak boleh, kerana sudah pasti ketika ruku' dan sujud, seluar shorts mereka akan tersingkap lalu menampakkan lutut mereka. Maka, solat mereka akan batal sama sekali.

Kadang-kadang kelakar bila melihat sepasang suami isteri di mana, si isterinya lengkap bertudung dan berpakaian tutup aurat, tetapi di sebelahnya, si suami pula memakai seluar shorts tanggung serta memakai rantai leher dan gelang tangan. Padanan yang macam tidak kena, lalu membuat sesiapa yang memandang terfikir "Siapa yang patut membimbing siapa sebenarnya..?".

Lelaki Melayu dewasa yang memakai seluar shorts bukan sahaja merisikokan diri menampakkan aurat lutut mereka, malah mereka turut mempamerkan imej seperti lelaki tidak matang yang terhegeh-hegeh berlagak remaja sedangkan umur sudah semakin tua.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Jenis tak takut dosa..lembu korban pun hangpa curi kaa...


Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting  untuk Masjid  Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir ,Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo ,berasa sesuatu tak kena.jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan

Khamis, 25 Oktober 2012

Lahir dalam Kaabah..Tapi lambat terima hidayah


Ayahnya bernama Hizam atau Hazm, adalah putera kepada Khuwaylid. Oleh kerananya, Hakim tidak lain merupakan anak saudara Khadijah, isteri Rasulullah, sebab Khadijah adalah puteri Khuwaylid. Kelahiran Hakim bermula ketika berlangsungnya perayaan di Makkah. Si ibu tua yang sedang sarat mengandung, bersama beberapa wanita, lantas masuk ke dalam Kaabah untuk berdoa. Akan tetapi, secara tiba-tiba, perut si ibu mendadak sakit dan merasa hendak melahirkan bayinya. Dia tidak kuat lagi untuk bergerak dan terpaksa dibaringkan di dalam Kaabah. Sesudah dipersiapkan persalinannya, tak lama kemudian seorang bayi telah lahir ke dunia kemudian diberi nama Hakim.

Kaya dari kecil
Hakim dibesarkan di keluarga berada. Beliau pun benar-benar menikmati statusnya sebagai anak dari keluarga disegani di Makkah. Meskipun demikian, orang tua Hakim tidak serta merta memanjakannya, bahkan dia diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Rifadah, yakni membantu siapa saja yang memerlukankan pertolongan, terutama pada musim Haji. Hakim pun benar-benar melaksanakan amanah itu dengan penuh keikhlasan bahkan beliau selalu membantu para jamaah haji menggunakan wangnya sendiri.

Hakim pun bersahabat erat dengan Muhammad buat sekian lama sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul lagi. Kendati usianya lima tahun lebih tua dari Rasulullah, namun hal tersebut tidak menghalang hubungan diantara keduanya. Mereka kerap berbincang serta menikmati kebersamaan sebagai sahabat. Hubungan setia kawan bersama Rasulullah dan Hakim menjadi kian erat lebih-lebih lagi apabila baginda Rasul menikahi ibu saudaranya, Khadijah binti Khuwaylid.

Patut dicatat, meskipun Hakim sudah lama bersahabat dengan Rasul, tetapi Hakim tidak memeluk agama Islam hingga peristiwa penaklukan Makkah. Itu bererti lebih daripada 20 tahun setelah Islam didakwahkan secara terang-terangan oleh Nabi Muhammad. Terhadap hal itu, Hakim sendiri merasa menyesal dengan apa yang sudah dilakukannya sebelum memeluk agama Islam. Ketika pertama kali mengucap dua kalimah syahadat, dia benar-benar amat bersalah serta menyesali setiap detik dalam hidupnya sebagai seorang musyrik dan menolak kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya.

Sehari setelah dia masuk Islam, salah seorang dari anaknya melihat Hakim menangis. Maka bertanyalah si anak, "Mengapa ayah menangis?" Hakim menjawab sambil tersedu, "Banyak hal yang membuatku menangis, anakku. Yang terutama adalah begitu lamanya waktu bagi aku untuk memeluk Islam. Padahal, dengan menerima ajaran Islam banyak kesempatan dapat diraih untuk melaksanakan kebaikan, namun itulah yang nyatanya telah aku lewatkan. Hidupku tersia-sia ketika terjadi perang Badar dan perang Uhud.
Setelah Uhud, aku berkata pada diri sendiri, bahawa aku tidak akan lagi membantu kaum kafir Quraisy melawan Muhammad, dan aku tidak ingin meninggalkan Makkah. Saat aku merasa ingin menerima Islam, aku segera berpaling dan melihat orang-orang di sekelilingku yang kebanyakan kaum kafir Quraisy, untuk kemudian bergabung kembali dengan mereka. Oh andai aku tidak berlaku seperti itu. Tidak ada yang dapat menghancurkan kita selain ketaatan buta kita terhadap nenak moyang. Jadi, kenapa aku tidak menangis, anakku?"

Nabi Muhammad memang terkejut manakala seorang yang rendah hati dan berpengetahuan seperti Hakim, tidak memeluk Islam. Untuk waktu lama, Rasul sangat berharap bahawa Hakim serta orang-orang yang sepertinya, dapat terbuka mata hati serta menerima kebenaran Islam. Malam sebelum penaklukan Makkah, Rasulullah berkata kepada para sahabat, "Ada empat orang di Makkah yang aku ingin agar mereka bersedia memeluk agama Islam." Sahabat lantas bertanya, "Siapa saja mereka itu Ya Rasul?" "Mereka antara lain Attab bin Usayd, Jubayr bin Mutim, Hakim bin Hazm dan Suhayl bin Amr," jawab Rasul. "Dengan redha Allah, mereka akan menjadi Muslim."

Ketika pasukan Islam masuk ke kota Makkah dan membebaskan kota itu dari pengaruh jahiliyah, ia lantas berseru, "Siapa sahaja yang bersedia mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, maka dia akan selamat. Siapa sahaja yang berlindung di Kaabah serta meletakkan senjatanya, dia juga akan selamat. Siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Abu Sufyan, dia selamat. Dan siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Hakim ibn Hazm, dia selamat."

Tidak berapa lama kemudian, Hakim pun bersegera memeluk Islam dengan sepenuh hati. Dia lantas bertekad untuk menebus segala dosa yang pernah dia perbuat semasa hari-hari jahiliyahnya serta apapun yang pernah dia lakukan untuk menentang Rasulullah. Dia ingin menebusnya demi kemuliaan Islam.

Rajin menderma
Pada masa itu, Hakim merupakan pemilik sebuah bangunan bersejarah di Makkah bernama Dar an-Nadwah. Di tempat itu, biasanya para pemuka Quraisy berkumpul dan berdiskusi tentang banyak hal. Mereka pun banyak membuat rencana jahat terhadap Nabi Muhammad di sana. Hakim memutuskan untuk menjual bangunan itu, demi menghapuskan kenangan masa silamnya yang sudah berlalu. Dijualnya bangunan tersebut dengan harga 100 ribu dirham. Seorang dari keturunannya pun bertanya, "Anda telah menjual bangunan berharga itu kepada orang Quraisy, pakcik?"

Dengan sabar Hakim menjawab, "Kebanggaan dan kejayaan semua kini telah hilang dan berganti nilai taqwa. Aku hanya menjual sebuah bangunan namun hidangan harapan dapat menggantinya nanti di syurga. Dan aku berjanji akan mendermakan seluruh hasil dari penjualan ini di jalan Allah."

Bukan hanya itu saja. Saat melaksanakan ibadah Haji, dia menyembelih sekitar 100 ekor unta serta membahagi-bahagikan dagingnya kepada kaum fakir miskin di Makkah. Demikian pula ketika di padang Arafah, bersamanya ada seramai 100 orang hamba, dan setelah memberikan masing-masing segenggam perak, para hamba itu pun dibebaskannya.

Hakim memang amat dermawan dan di saat yang sama dia selalu ingin mendapatkan lebih. Setelah peristiwa perang Hunain, beliau meminta sejumlah pampasan perang kepada Rasul. Dia kemudian meminta lebih dan Rasul kembali memberikannya. Hakim ketika itu masih belum lama memeluk Islam akan tetapi Rasul amat pemurah kepada mereka yang baru memeluk Islam agar mereka bersedia menerima Islam sepenuhnya. Hakim pun mendapat harta rampasan perang dalam jumlah yang cukup banyak.

Maka Rasul pun berkata kepada Hakim, "Wahai Hakim! Segala harta benda ini amatlah menarik. Sesiapa sahaja yang memilikinya dan merasa puas dengannya akan diberkahi sebaliknya siapa yang merasa tidak puas, tidak akan diberkahi. Dia akan seperti orang makan namun tidak pernah merasa kenyang. Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah."

Penyataan baginda Rasul ini sangat menyentuh hatinya. Dia merasa amat tersentuh dan lantas berkata kepada Rasul,"Ya utusan Allah, aku tidak akan meminta kepada siapa pun selain kamu untuk apa pun." Sejarah mencatat, Hakim benar-benar menepati ucapannya. Sahabat Rasul ini tidak pernah meminta apapun juga kepada orang lain hingga dia meninggal dunia.

JUTAWAN ARAB SAUDI ADA USD7.7 BILLION-MEMILIH UNTUK JADI MISKIN SEMULA


Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :


1)  Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.
2)   Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).
3)   Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.
4)   Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.
5)   Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.
6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?
7)   Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.
8)   Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.
9)   Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.
10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.
11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.
12)  Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

Isnin, 22 Oktober 2012

Jemaah ini mampu sampai ke Mekah Dalam masa 314 hari dengan hanya berjalan kaki. Mampukah kita melakukannya?


Senad Hadzic, 47 tahun (Gambar di atas), seorang Jemaah haji dari Bosnia berjalan kaki sejauh 5,700km dalam masa 314 hari. Beliau melintasi 7 negara Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turkey, Syria dan Jordan untuk ke tanah suci Makkah, dengan membawa beg sandar seberat 20kg.

Jemaah ini dikatakan meninggalkan negaranya, Bosnia pada akhir December tahun 2011 menuju Makkah  dan tiba di Tanah Suci pada hari Sabtu, 20.10.2012

Walau Tubuh Tinggal Separuh, Lelaki Ini Makin Bersemangat Hidup.

Bagi sebahagian kita yang berfisik normal, mungkin orang ini terlihat aneh. Tetapi ini tidak lucu.

Lelaki ini mengalami kemalangan hebat beberapa waktu lalu, yang mengharuskan sebahagian tubuhnya dipotong(diamoutasi dari pinggang ke bawah).

Namun dia tidak patah semangat, melainkan semangat hidupnya makin membara.




mohon maaf agar ini jangan dikatakan vulgar kerana demikianlah keadaannya apa adanya biar banyak orang tahu.
Kalau difikir-fikir, kitalah yang sesungguhnya aneh sebab dalam keadaan kita sekarang ini kita tidak pernah atau jarang bersyukur kepada Yang Maha Kuasa.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tak Naik Pangkat pun tak apa.......Yg penting hati senang


Aku dok tengah berkursus sekarang. Biasalah...bagi aku berkursus ini untuk aku mencari dan menambah maklumat. Orang dok tanya .."Ustaz kursus apa ? Kursus KSTT (kursus sedia tadah telinga) Yang seronoknya dapat jumpa kenkawan lama, bukan senang nak jumpa masing-masing sebok.

Dalam dok berkursus adalah sahabatku yang seorang ni dapat naik pangkat  sebagai penolong kanan tapi dia tolak atas alasan jauh. Ada yang kata tolak tuah betoi..bagi aku dak, ustaz ni seorang yang ada prinsip hidup. Kalau kena kat akupun memang awal-awal aku tolak. Setakat diberi elaun 60 hinggit beban kerja bertambah pastu terpisah pulak dengan anak bini apakah tuahnya itu?

Institusi keluarga kini semakin pincang. Terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.

Mutakhir ini, terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.

Keadaan ini menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.


Seorang penceramah ketika memberikan ceramahnya menyatakan pengalamanya bertugas sebagai Penolong Pengarah JPN (Bhg Pendidikan Islam) ada suami yang menghantar surat ugutan kalau tak tukarkan isterinya akan jatuhlah talak. Mungkin suami tuu tak boleh bersabar lagi macam-macam prosidur dilakukan isteri tak boleh  tukar jugak akhirnya mungkin ini jalan terakhir untuk selamatkan rumahtangganya. Mana tahan suami bertugas di Kelantan isteri di Perak.

Bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi. Bahkan ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.


Justeru itu tak hairan banyak guru-guru yang layak untuk dinaikan pangkat sebagai pentadbir sanggup menolak di atas faktur kekeluargaan. Keluarga adalah nombur wahid  

Boleh gelapkah hati kita...makan air tangan orang yg tak solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ini pun runsinglah. 

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. 

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.


Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. 

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. 

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya. 


Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? 


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.. 

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. 

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” 

Selasa, 16 Oktober 2012

Inikah yang dinamakan Selendang Dajjal?


Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya " riwayat dari Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw  menyatakan "Dajjal akan diikuti oleh 70 ribu Yahudi dari Isfahan dan nmereka mengenakan selendang Parsi
Hadis Sahih Muslim



Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Satu jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang kononnya anti-Zionis.

Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.

Sedangkan orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat berbananding sinagog yang bertebaran di bumi Iran.

Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. 
Ahli Parlimen Iran Morris Motamed (yahudi)

Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas oleh Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, terdapat juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci khususnya Isfahan. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.