Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tak Naik Pangkat pun tak apa.......Yg penting hati senang


Aku dok tengah berkursus sekarang. Biasalah...bagi aku berkursus ini untuk aku mencari dan menambah maklumat. Orang dok tanya .."Ustaz kursus apa ? Kursus KSTT (kursus sedia tadah telinga) Yang seronoknya dapat jumpa kenkawan lama, bukan senang nak jumpa masing-masing sebok.

Dalam dok berkursus adalah sahabatku yang seorang ni dapat naik pangkat  sebagai penolong kanan tapi dia tolak atas alasan jauh. Ada yang kata tolak tuah betoi..bagi aku dak, ustaz ni seorang yang ada prinsip hidup. Kalau kena kat akupun memang awal-awal aku tolak. Setakat diberi elaun 60 hinggit beban kerja bertambah pastu terpisah pulak dengan anak bini apakah tuahnya itu?

Institusi keluarga kini semakin pincang. Terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.

Mutakhir ini, terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.

Keadaan ini menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.


Seorang penceramah ketika memberikan ceramahnya menyatakan pengalamanya bertugas sebagai Penolong Pengarah JPN (Bhg Pendidikan Islam) ada suami yang menghantar surat ugutan kalau tak tukarkan isterinya akan jatuhlah talak. Mungkin suami tuu tak boleh bersabar lagi macam-macam prosidur dilakukan isteri tak boleh  tukar jugak akhirnya mungkin ini jalan terakhir untuk selamatkan rumahtangganya. Mana tahan suami bertugas di Kelantan isteri di Perak.

Bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi. Bahkan ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.


Justeru itu tak hairan banyak guru-guru yang layak untuk dinaikan pangkat sebagai pentadbir sanggup menolak di atas faktur kekeluargaan. Keluarga adalah nombur wahid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan