Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 14 Oktober 2012

Kerana buah rambai hidup sengsara


KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'merembat' seguni buah rambai di sebuah kebun milik seorang peneroka di Felda Belara, di sini, seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh, Rosli Abd Malek, 41, yang juga anak jati Felda tersebut boleh dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku mencuri seguni buah rambai milik Bek Jusoh, 76, pada Rabu lalu.

Dia mengaku mencuri seguni buah rambai bernilai RM25 dengan seorang lagi rakannya yang masih bebas,  di dalam kebun milik warga emas berkenaan pada 10 Oktober lalu kira-kira jam 7 petang.

Curi seguni rambai: Buruh berdepan penjara 7 tahun, denda
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret/Sesyen, di sini, Rosli Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, selepas pengakuannya direkodkan, Rosli menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukum yang akan diputuskan di Mahkamah Majistret, di sini dan membenarkan dia diikat jamin RM2,500 oleh seorang penjamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan