Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 15 Mei 2013

Musang Tua dan Anggur masam..


Dalam peribahasa Melayu juga ada disebut sebagai, 'Musang berbulu ayam' yakni musuh yang berpura-pura baik, hanya menunggu masa nak kokak kita dalam gelap nanti....

Dan tentu sekali kita teringat akan filem Allahyarham P.Ramlee ~ Musang Berjanggut ...mengisahkan Tok Peti yang korup!

Apa yang saya nak kisahkan dalam entri kali ini ialah mengenai Musang Tua dan Anggur masam....Frasa ini berasal dari cerita dongeng oleh seorang lelaki yang dipanggil acient Aesop.

Cerita ini mengenai seekor musang lapar yang begitu terlior apabila melihat beberapa anggur masak bergayutan tinggi di atas pokok. 

Dia cuba untuk mendapatkan anggur itu walaupun di luar kemampuannya. Dia tetap mencuba berkali-kali terlompat-lompat cuba mencapai buah anggur ranum yang ada tinggi di atas pokok.

Malang sekali, lompatannya kali ini sudah tersilap perkiraan. Kakinya terpeliut pula.... dia jatuh tersembam lalu pitam seketika ....

Ya, selepas beberapa percubaan nekad dan tetap gagal, musang itu pun berputus asa , terpaksa beredar pergi sambil berkata " Anggur itu mungkin masam …" 

Apabila seseorang berkata " Anggur itu mungkin masam…", Ia adalah menceritakan tentang seseorang yang berhasrat sesuatu, tetapi tidak dapat memilikinya, lalu dia berpura-pura seolah-olah tidak mahukannya!

Sepatutnya musang tua itu lebih awal-awal lagi beredar dari situ supaya ada yang lebih berkemampuan untuk mencapai dan memetik anggur tersebut.Tetapi sikap degil dan keras kepalanya itu tidak mahu memberi ruang kepada musang-musang muda yang lain ....

Aleh-aleh usahanya itu gagal, dia tetap tidak mahu menyalahkan dirinya sendiri tetapi cuba menyalahkan orang lain pula.Malah dia berasa syukur kerana 'Anggur itu mungkin masam' .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan