Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 31 Mei 2012

Seronoknya jadi artis K-Pop


Hanya buat beberapa persembahan artis K-Pop yang diundang khas dari korea ini telah menerima bayaran Ringgit Malaysia 2,04 juta. Banyak tu tapi bagi Kementerian Belia mungkin angka juta itu tak sebanyak mana. Kesian artis  Malaysia apa yang mereka dapat. Dato Aziz Satar  antara artis yang menerima sumbangan BRIM sebanyak Rm 500 kerana pendapatan hidupnya tidak menentu.

Pelawak Mr Os mencari rezeki dengan memandu teksi, Kecuali Zarida Rafik yang tu hangpa faham-faham sendirilah macammana dia boleh jadi jutawan. Para guru cuba nak didik anak murid  berjaya sepertimana dalam falsafah pendidikan  melahirkan insan yang cemerlang dari segi Jasmani Emosi Rohani dan Intelek (JERI) tapi kalau begini punya program...hancur anak muda kita. Sakit hati aku..

kapal selam buatan sendiri..





BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.

Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.

Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Kapal selam itu ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh mengangkut 10 tan lagi dadah.

Digelar kapal selam dadah atau torpedo narkotik, kenderaan air tersebut popular dalam kalangan pengedar dadah yang cuba mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Nampak pelesit atas siling asrama

Imej yang dirakamkan sebelum ia hilang.

Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di Kulim, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.

Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.

Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.

“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.
Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.

Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.

“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya.

Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
“Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.
Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya.

Hidup tanpa jantung

Heartless: Craig Lewis, 55, was the first man to have a 'continuous flow' pump to replace his entire heart - and now has no pulse
Pada bulan Mac 2011, Craig Lewis, 55, menghadapi satu situasi yang amat kritikal dalam hidupnya dimana jantungnya tidak dapat berfungsi dengan baik. ini menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma.

Craig Lewis (55), adalah orang pertama yang menggunakan pam penyambung hayat bagi menggantikan jantungnya yang sudah rosak. Alat ini mampu menyalurkan darah ke seluruh jasad tanpa melalui proses denyutan jantung

Dr Billy Cohn dan Dr Bud Frazier telah mencuba alat ini dan keajaiban berlaku apabila di dalam waktu beberapa hari setelah koma Craig Lewis sudah boleh bangun dan bercakap dengan dokter


Kedua dokter tersebut sebelum ini telah menguji alat ini kepada hampir 50 ekor lembu dimana jantung lembu dikeluarkan dan apabila alat ini digunakan lembu-lembu itu hidup normal seperti makan minum tidur dan bergerak ke sana ke mari

Biar betul...ikan boleh hidup dalam paru-paru


 Ajaib, Ikan Hidup di Paru-paru Bocah 12 Tahun
Seorang kanak-kanak  12 tahun di Kota Indore India tertelan ikan hidup sepanjang 9cm ketika bermain di tepi sungai. uniknya ikan itu masih hidup di dalam paru-paru anak tersebut sehingga dokter melakukan pembedahan dan ikan yang dikeluarkan itu masih hidup. Ketika pembedahan dokter meengesahkan ikan itu berada di sebelah paru-paru dan bukannya di dalam usus perut.

menurut kanak-kanak tersebut ia mengalami sesak nafas setelah tertelan ikan tersebut sehingga dikejarkan ke hospital berhampiran. Ketika di  X-Ray dokter mendapati ada benda bergerak di sebelah paru-paru kanak-kanak tersebut dan ketika pembedahan dijalankan rupanya hidupan itu adalah seekor ikan yang masih hidup

Allahuakbar inilah kuasa Ilahi..benda yang diluar akal boleh terjadi. Hakikatnya setiap perkara itu tidak akan berlaku tanpa kehendak dari Allah yang Mahya Esa

Selasa, 29 Mei 2012

Bicaralah dengan hati...


Ustaz ada tengok rancangan debat Imam Muda dengan Ustazah Pilihan tak? Apa pendapat ustaz? Lalu aku ambil peluang untuk menonton rancangan ini nak tahu jugak apa yang diperdebatkan. Rupanya Isu yang diperdebatkan itu dah jelas hukumnya dalam Al-Quran maupun hadis cuma ia perlu dibahaskan dalam bentuk wacana atau perlongsian ilmu bukan dalam bentuk perdebatan.


Bagi aku rancangan ini lebih menjurus untuk menilai dan  menunjukkan kepetahan samaada ustaz muda maupun ustazah pilihan mempertahankan pendirian meskipun ada sedikit emosional. Sebab itulah banyak komen-komen yang rata=rata melahirkan perasaan "kurang senang" dengan rancangan terbabit.

 Sekali lagi ditegaskan...Usahlah perdebatkan hal-hal yang berkaitan agama (ISLAM). Lebih elok ditukar kepada wacana ataupun forum dan duduk berbincang, itu lagi elok rasanya kerana apa yang dapat kita lihat adalah sikap “emosi” yang agak keterlaluan terutama terhadap mereka  yang bergelar Imam Muda & Ustazah. Masing-masing sibuk pertahankan “gender” yang lebih banyak menimbulkan perbalahan. 


Tajuk debat semalam pun cukup “kurang sesuai” untuk didebatkan. Sedangkan dengan agama lain pun kita adakan "perbincangan", inikan pula kita sesama Islam yang sibuk “berdebat” . Kalau tajuk PTPTN atau Islam sikular barulah wajar diperdebatkan supaya semua orang dapat membezakan antara hak dan batil


Komen-komen dalam facebook yang sempat aku petik
Muhammad Hafiz bgi aku program imam muda pn dh xwajar jgak...sbb apa aku ckp mcm tue..perlu ke bab agama nk di jadi kn pertndingn mcm malaysian idol af smua mcm tue...wajar ke mcm tue...nk berdakwah xperlu nk masuk mcm tue..ukuran keimanan seseorang leh dinilai dengan masuk program mcm tue...xphm aku...tue skadar pendapat aku je...kalo salah maaf la ye...peace.


Nurulhudda Nazlin B. Hussin apa isu nak didebatkan.... isu agama??? nak buktikan siapa lebih alim, siapa lebih fasih berhujah?? perkara mengarut...


Md Zuha debat yg memalukan umat Islam..tu je aku blh komen..klu maki kan dose plok..SGT TIDAK WAJAR..

Aku tak gila....

PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak  tujuh bulan  lalu.
KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali. 

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.

“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.


“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.
Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.


“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.


“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.


“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

Sura Rumahtangga sepenuh masa...aduhai letihnya aku.


Bangun pagi lepas solat mula fikir apa nak bagi makan dekat anak-anak. Tengok bilik air banyak kain baju tak berbasuh.Anak mintak tolong hantar ke sekolah ada kerja katanya. Balik hantar anak nak kemas rumah pulak...basuh pinggan mangkuk belanga. Dok tung tang.. tung tang kat dapur jam dah pukul 11 pagi...cepatnya masa berlalu. Nak ke kebun rasanya dah tak sempat meskipun dah sampai masa buah sawit perlu dikait. Beberapa hari lepas dah tengok alamak  rumput pun dah panjang perlu diracun

Ada sotong ikan dalam peti ais dah dikeluarkan standby nak masak tengahhari nie. Rasanya nak masak Sotong masak pedas kasturi kut resepi sendiri Cheftad (Chef ustad,,,he..he.he) Masak tengahari simpan terus ke malam..alhamdulillah anak-anak pun tak berapa nak kesah apa yang dimasak.

Petang rasanya boleh relax sikit kut. Kertas pepereksaan pun belum di semak. Malam memang dah tak boleh, nak kena mengajar di masjid surau...tak boleh tinggal itu amal jariah aku. Mujurlah setakat ini badan masih kuat dan sihat ,alhamdulillah

Semalam cemas jugak aku dibuatnya....tak semena-mena tekak sakit sangat macam ada tulang tersangkut. Telan air liur pun sakit. Semalaman aku tidur-tidur ayam. Ingat kalau tak baik nak pegi hospital chek kut-kut kena teriod. Macam-macam doa aku baca sebab seingat aku lepas makan nenas dengan kerang terus rasa mencucuk-cucuk. Alhamdulillah bangun pagi baru rasa kurang sikit bernafas pun rasa selesa.

Menjadi sura rumahtangga amat menginsafkan aku betapa perlunya bertoleransi dalam rumahtangga. Bagaimana penatnya kita bekerja begitulah penatnya isteri di rumah sebagai suri rumahtangga. Lantaran itu jangan mengharapkan sesuatu yang terbaik tetapi terimalah seadanya apatah lagi memiliki isteri yang berkerjaya. Berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing



Isnin, 28 Mei 2012

“Cepat, baca surah Yasin!




KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Ahad, 27 Mei 2012

Kuasa ALLAH semua boleh jadi

PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

Sabtu, 26 Mei 2012

"Saya tak mau mati lagi, doktor"


Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".Fikirkanl dan renungkanlah dan buatlah tafsiran sendiri daripa kisah yang dipaparkan ini.

Jangan meremehkan doa orang yang kena zalim


 
Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati dengan diiringi pengawal, berkaki ayam dan memakai pakaian orang tahanan berwarna merah.

Pada pukul lapan pagi, bermulalah hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: 
  • Mahmud Abdul Latif 
  • Yusuf Thala’at 
  • Handawi Dawir 
  • Ibrahim Ath Thayyib 
  • Muhammad Farghali 
  • Abdul Qadir Audah. 


Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah kerana mendapat kemuliaan syahid.
Salah seorang diantara mereka Syeikh Abdul Qadir Audah (foto), seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, 

“Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku."

Allah mengabulkan doa orang yang dizalimi, darahnya menjadi laknat bagi penguasa yang terlibat dalam hukuman mati terhadap para ulama dan pejuang Islam. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang zalim itu selamat dari hukuman Allah di dunia. Mereka mengalami kehidupan yang sangat tragis.

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya...Semua yang bersekongkol membuat kerja jahat terhadap para ulama' telah  Allah balas di dunia lagi.

  • Jamal Salim - Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakit saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi. Tak boleh buang air kecil dan akhirnya mati keracunan. 
  • Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup. 
  • Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. 
  • Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. 
  • Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. 
  • Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati. 
  • Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur, bahkan kuburnya digenangi aliran air.
Semoga Allah SWT mengumpulkan kita dan pejuang-pejuang yang gugur syahid di jalan-Nya bersama Rasulullah SAW di dalam surga-Nya yang mulia. Ameen~!!

Pohon kayu unik...

Buah Limau Melindungi Jantung, Menurunkan Berat Badan


Meningkatkan metabolisme
Makan buah limau secdara rutin dapat membantu anda menurunkan berat badan. Sebuah studi Nutrisi dan Metabolik oleh Pusat Penelitian di Scripps Clinic di La Jolla, California, mendapati bahawa mereka yang makan setengah biji buah limau sebelum makan selama 12 minggu berhasil menurunkan berat badan hingga 6 kilogram.
"Sebatian dalam buah limau membantu pembakaran lemak dan menstabilkan gula darah serta tingkat insulin tubuh," kata Christine Gerbstadt MD, penulis buku Doctor’s Detox Diet.

Melindungi jantung
Menikmati  sebiji buah limau sehari dapat membantu menurunkan kadar kolesterol "jahat" LDL sebesar 15,5% dan trigliserida sebanyak 27%. -Journal of Agricultural and Food Chemistry.
Limau  ternyata memiliki tingkat antioksidan yang lebih tinggi. Namun, limau dapat meningkatkan potensi dari sejumlah ubat. Oleh itu, dos tinggi pengambilan buah limau sebaiknya dihindari semasa anda sedang dalam masa penyembuhan.

Macammana bayi ini boleh ada dalam periuk



5 Rejab 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.

Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.

"Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.

“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, jenayah Mohd Noor menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui dalam sebuah periuk. isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya," katanya.

Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.

"Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ," katanya.

Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.

"Puas saya bertanya dengan semua jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.

"Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi," katanya

Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.

“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.

“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian
kerana berada di sekolah.

Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

Khamis, 24 Mei 2012

Usaha...ikhtiar..tawakal....Doa


Banyak di kalangan kita tidak begitu memahami akan konsep ini dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ada yang berusaha berikhtiar sanggup berhabis wang ringgit untuk pembelajaran anak-anak, tetapi lupa untuk brdoa dan bertawakal kepada Allah. Justeru mungkin anak itu berjaya tetapi mempunyai sakhsiah yang tidak baik,tidak solat dan tidak menutup aurat.

Tidak hairan ada anak yang bergaji besar hidup mewah tetapi mengabaikan ibu bapanya. Untuk memastikan agar perkara ini tidak berlaku saya mencadangkan beberapa amalan doa yang boleh diamalkan sepertimana amalan para aulia dalam mendidik anak

1-Baca Al-Fatihah sekali
2-Baca ayat kursi sekali
Baca Surah Al-Insyirah sekali



d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.