Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 14 Mei 2012


Saya tidak memaksa anda mempercayai kisah ini.  Sukar untuk kita mempercayainya tetapi gadis ini dengan berani mencerita pengalamannya ketika menghadapi sakratul maut dan di saat dirinya menjadi roh. Kini gadis ini diberikan kesempatan untuk hidup dan menceritakan setiap detik pengalamannya. Untuk lebih jelas lagi kita boleh melayari klip video Aslina dalam You Tube..

Aslina (25 tahun) salah seorang penduduk Pekan Baru yang disahkan meninggal koma  pada 24 Ogos 2006.  Bapa saudaranya Rustam Effendi menceritakan bahawa Aslina adalah seorang anak yatim piatu. Ketika usia 7 tahun tubuhnya terbakar dalam satu kecelakaan sehinggakan terpaksa menjalani pembedahan sebanyak dua kali. Ketika memasuki sekolah menengah ia terminum racun dan menderita selama tiga tahun.

Ketika berusia 20 tahun Aslina diserang Hypertiroid menyebabkan kerusakkan pada jantung dan matanya. Jumaat 24 Ogos penyakitnya menjadi lebih kritikal sehingga dokter mengesahkan tidak dapat lagi melakukan pembedahan kerana akan mengakibatkan pendarahan yang teruk..

Aslina hanya diberi ubat untuk menahan sakit sehinggalah menurut bapa saudaranya sekitar jam 12 malam keadaanya kembali teruk sehingga dikejarkan ke unit rawat rapi." Saat itu jantungnya menjadi semakin lemah lalu saya ajar kalimah syhahah sehingga ia menghembuskan nafas yang terakhir. Ini pada pandangan sayalah " Jelas Rustam bapa saudaranya

Takdirnya Aslina hanya " mati koma" Aslina tampil dalam satu ceramah di Grand Ball Room Hotel Mutiara Merdeka Pekan Baru yang dipenuhi dengan orang ramai yang sudah tidak sabar-sabar mendengar kisah disebalik kematian.

"Saya telah merasai mati..dan sesungguhnya ia terlalu menyakitkan.Rasa sakitnya seperti kulit binatang dilapah hidup-hidup. Saat nyawa saya nak dicabut saya mendengar kalimah syahadah yang di ajarkan  oleh bapa saudara saya lalu saya  terus berzikir" Diungkapkan, ketika ruhnya tercabut ia menyaksikan dirinya dikelilingi oleh dokter, bapa saudaranya dan ia juga dapat melihat sendiri jasadnya terbujur kaku.

Begitu juga di saat dia berhadapan dengan soalan Malaikat dia mendakwa dapat menjawabnya lalu rohnya di bawa ke alam barzah. Di alam barzah ia melihat seseorang yang ditemani oleh satu sosok tubuh yang berkudis dan berbau sangat busukgolongan manusia yang berkudis. Bagi saya mungkin itu adalah amal keji yg dilakukan semasa hayatnya.

Aslina mendakwa  rohnya dipimpin oleh dua malaikat. Lalu ketika ia amat merindui bapanya dan ingin bertemu dengan roh bapanya. Maka di tunjukkan seorang lelaki muda berusia antara 17-20 tahun sehingga Aslina tidak mengenalinya. Roh itu mendakwa sebagai bapanya sedangkan bapanya meninggal ktika berusia 65 tahun. Ternyata benar itulah ayahnya sehingga ia melihat ayahnya menangis ketika ia menyatakan hukum Allah telah sampai pada dirinya

"Anakku ...pulanglah ke rumah kasihan pada adik-adik mu?" Saya tak boleh balik kerana janji Allah telah sampai pada diri saya.."Ujar Aslina. Hadirin mula menitiskan air mata. Roh ayahnya terus menunduk. Lalu dua malaikat memimpinnya kembali sehingga ia melihat satu lorong yang dipenuhi dengan manusia yang disiksa. Ia juga dapat melihat seorang lelaki memikul beban seberat 500 tan tangannya dirantai ke bahu. Jasadnya berbau busuk. Ruh Aslina bertanya ...dan diberitahu ini orang yang suka membunuh orang. Di situ juga ia melihat seseorang yg kulitnya tanggal satu demi satu. Dijelaskan golongan ini suka mengabaikan kewajipan solat..

Satu lagi perkara mengerikan yg dilihat oleh roh Aslina ialah seseorang yg tusuk dengan besi tajam sebanyak 80 kali. Ada juga yag terhempas berkali-kali, menurut amalnya mereka ini suka menderhaka kedua ibubapanya.

Seterusnya rohnya dipimpin sehingga sampai ke satu tempat yg amat gelap. Dia hanya mampu mendengar kalimah tasbih tahmid takbir dan tahlil. Dia terasa ada sesuatu yg dikalungkan dilehernya...rupa-rupanya menurut Aslina kalung itu adalah biji tasbih sebanyak 99 biji.

Selanjutnya Rohnya dapat mendengar bunyi azan dan ia ingin bersolat. Lalu malaikat memimpinnya sehingga ia bertayamum dan bersolat. Selepas itu ia dapat melihat begitu ramainya roh-roh manusia sejak zaman Nabi Adam hinggalah pada abad sekarang berkumpul di suatu padang yang sangat luas. Ia mendakwa rohnya berada pada jarak lima meter sahaja. Ia dapat mendengar jeritan berkali-kali..Bilakah nak kiamat kami tidak tahan lagi berada di sini.

Secara rasionalnya apa yang dicerita kan oleh Aslina mungkin satu kisah panjang yang dialami di saat ia  mati koma.. Ia mungkin merupakan satu mimpi panjang yang di ilhamkan oleh Allah swt sehingga Aslina dapat menceritakan kembali kisah yang dilaluinya spt seorang pendakwah yang hebat sedangkan menurut bapa saudaranya Aslina bukan seorang yang petah bercakap.

Wallahuaklam...Semua ni kuasa Allah. Bagi kita panduan terbaik ialah kembali kepada Al-Quran dan Hadis sebagai pengangan hidup kita sehingga akhir hayat kita . Amiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan