Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 12 Mei 2012

Gadis 15 tahun meninggal dunia selepas menghafal 30 juz Al-Quran


Seorang gadis asal Arab Saudi meninggal dunia, setelah berjaya menghafal 30 juz Al-Quran. Gadis 15 tahun itu itu meninggal sehari sebelum ia mendapatkan penghargaan dari sekolahnya kerana berjaya menghafal seluruh isi Al-Quran.

Sebelum wafat, gadis yang berasal dari Ibukota Riyadh itu mengatakan kepada orang tuanya, bila hafalan 30 juz Al-Quran adalah mahkota yang ingin diberikan di atas kepala kedua orang tuanya.

Sejatinya, Rabu (9/5) kemarin, ia bakal mendapat penghargaan atas prestasi tersebut. Tapi, Selasa petang ia dilarikan ke rumah sakit kerana demam tinggi dan sekujur tubuhnya mati rasa, sebelum akhirnya dinyatakan meninggal dunia.

"Saya pergi ke rumahnya untuk mengucapkan selamat. Aaya mencari dia dan seluruh keluarga sedang gembira. Sebab ia memberitahu mereka tentang prestasinya menghafal 30 juz Al-Quran dengan air mata bercucuran di matanya," ungkap seorang kerabat gadis tersebut kepada surat khabar Sabq, sura kabar terbitan Saudi .

"(Tapi) ia kemudian dilarikan ke rumah sakit kerana demam tinggi. Kepada doktor ia mengaku tubuhnya mati rasa dan kakinya tidak boleh digerakan. Mati rasa itu menjalar ke seluruh tubuhnya, sebelum akhirnya ia meregang nyawa," kisah kerabat tersebut.

Pihak rumah sakit mengaku, mereka tidak boleh menyelamatkan hidup gadis tersebut, kerana mereka tidak boleh mendiagnosis penyakit yang menyerangnya tiba-tiba. Hingga kini, para doktor yang mengendalikan gadis itu masih berusaha mencari penyebabnya kematian Hafidzah tersebut.

Sebelum meninggal, gadis tersebut sempat menitipkan mesej kepada teman-temannya. "Saya berjaya menghafal Al-Quran. Saya menangis kerana bahagia untuk prestasi ini, dan saya ucapkan selamat kepada orang tua saya kerana saya berjanji untuk membuat prestasi ini menjadi sebuah mahkota di kepala mereka. Ya Allah, jadikan prestasi ini di dalam hati saya dan jadikan prestasi ini senjata saya dalam hidup. "

sumber dari republika.co.id

Tiada ulasan:

Catat Ulasan