Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 15 Mei 2012

Seminggu dah minum air mayat


Memang meloyakan tak boleh nak digambarkan lagi bagaimana malangnya nasib penduduk Perumahan Rakyat Sri Titingan selama ini mereka telah menggunakan dan meminum air mayat. Mereka menyedari sesuatu yang tidak kena pada air yang mereka gunakan kerana ianya berbau busuk. Sudah seminggu mereka menggunakannya. Akhirnya setelah penyiasatan di atas kolam takungan air terdapat mayat busuk di dalamnya.


TAWAU, 12 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi tadi. Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi setelah mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan