Seorang sahabat ada bertanya kepada saya "ustaz ...mana lebih afdal cinta dulu kahwin kemudian atau kahwin dulu cinta kemudian?" Susah jugak nak jawab. mungkin dua-dua ada kelebihan,terpulang kepada nawaitu masing-masing. Kalau tindakkan yang dibuat kerana Allah dan dilakukan menepati syariat rasanya keberkatan dan kebahagiaan akan dapat dikecapi sepanjang hayat, insyaallah.
Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan
Ahad, 31 Oktober 2010
Cinta Yang Tak Bernoktah...
Seorang sahabat ada bertanya kepada saya "ustaz ...mana lebih afdal cinta dulu kahwin kemudian atau kahwin dulu cinta kemudian?" Susah jugak nak jawab. mungkin dua-dua ada kelebihan,terpulang kepada nawaitu masing-masing. Kalau tindakkan yang dibuat kerana Allah dan dilakukan menepati syariat rasanya keberkatan dan kebahagiaan akan dapat dikecapi sepanjang hayat, insyaallah.
Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud
Dalam Surah Al-Kafhi Ayat 83 Hingga 98 ada disebut tentang tembok besi yang dibina oleh Zukarnain bagi menghalang Yaajud Dan Maajud.
Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?” (Al-Kahfi ayat 94)
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.(Al-Kahfi ayat 95)
Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: “Tiuplah Dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya”.(Al-Kahfi ayat 96)
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi ayat 97)
(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.(Al-Kahfi ayat 98)
Sememangnya Yakjud dan Makjud akan muncul selepas runtuhnya tembok yang didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. Dalam satu Majalah arab yang saya baca saya bertemu dengan satu artikel yang mendakwa bahawa Yakjud dan makjud akan minum air tasik sehingga kering sebelum memulakan perjalanan melakukan kerosakkan di atas muka bumi.dan Tasik itu ialah ialah Tasik yang terdapat di utara Jordan.
Wallahuaklam.
صوره للبحيره التي سيشرب منها يأجوج ومأجوج كامله حتى تنشف.. وهى مجرى نهر الاردن في المنطقة شمال بحيرة طبريا
Gambar Tasik yang akan diminum oleh Yakjuj dan Makjuj yang terletak di Utara Jordan.
Kenapa kita meremehkan nikmat Allah ???
Kita terlalu selesa dengan kehidupan di dunia ini. kita berbangga dengan kekayaan yang kita miliki. Kita terlalu sombong dengan pangkat dan kedudukan yang tinggi. Kita sangat riak dengan ketampanan wajah dan kejelitaan rupa paras. hakikat sebenarnya itu adalah sekadar PINJAMAN.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Ikan Belukang...Tak Sombong Punya
Andainya Aku ditakdirkan jadi wanita..
Sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan Che Mat (bukan nama sebenar) terlalu sebok dgn pelbagai tugasan di pejabat. Bekerja 8 jam sehari. Mempunyai seorang isteri dan tiga cahayamata. Isteri suri rumahtangga sepenuh masa.
Keletihan bekerja menyebabkan Che Mat sering mengeluh. Jam 5 .30 petang sambil merehatkan badan di sofa Che Mat termenung panjang. Tak semena-mena dia tadahkan tangan berdoa.
"Ya Allah aku bekerja 8 jam sehari, sedangkan isteriku tinggal di rumah bersama dgn anak-anakku. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Aku mohon pada-Mu apalah kiranya Engkau tukarkan aku menjadi isteri walaupun dalam tempoh sehari dan isteriku sebagai lelaki(suami) supaya dia dapat merasakan betapa penatnya aku bekerja mencari rezki"
Allah Maha kaya,takdir Allah berlaku, pagi besoknya sedar-sedar Che Mat telah menjadi seorang isteri dan terpaksa bangun awal dan bergegas-gegas ke bilik air. Berus gigi, solat subuh dan terus ke dapur menyediakan sarapan utk suami dan anak-anak. Bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan. Pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Kemudian menggosok pakaian suami dan anak,lepas itu membetulkan baju anak-anak untuk ke sekolah. Menyediakan bekal air untuk anak-anak bawa ke sekolah.
Keluar sekejap untuk pastikan injin kereta dipanaskan dan bergegas hantar anak ke sekolah. balik dari sekolah terus ke pasar utk membeli ikan dan keperluan dapur yg lain. Dekat 2 jam sampai ke rumah,simpan barang yang dibeli dan masukkan ikan dalam peti ais,bergegas pula ke bilik air. Kutip pakaian kotor untuk dibasuh,kemudian menjemur pakaian diampaian belakang rumah.
Selesai, segera pula ke dapur,mula memasak untuk anak-anak yg akan balik jam 12.45 tengahari Selepas masak, 12.30 tengahari bergegas pula ke sekolah utk ambil anak. Siap makan anak-anak sebelum mengatur anak-anak membuat kerja rumah yg diberikan oleh cikgu. Di samping itu menyapu dan mengemas agar jangan nampak bersepah sangat
kain di jemuran diangkat,anak bongsu pula menangis kerana terjatuh,terpaksa pujuk anak sekejap. Supaya tak terlewat, solat zohor dan tak sempat nak berwirid panjang, tarik bakul kain utk dilipat.
3 30 petang tuisyen anak,siapkan anak dan hantar ke kelas tuisyen 1/2 kilometer dari rumah. Sedar tak sedar azan asar berkumandang, solat asar dan bergegas pula utk menyediakan juadah petang utk suami yg akan balik. Kepulangan suami disambut,pakaian suami yg agak kotor dimasukkan dalam mesin basuh. Ketika suami mandi goreng cekodok kegemaran suami. Selesai sarapan petang membasuh pinggan mangkuk,gelas dan kedapur untuk menyiapkan juadah makan malam.
Selepas solat maghrib layan suami dan anak-anak makan,lepas tuu cuci pinggan,lepas tu.. mandikan anak yg masih kecil, lepas tu...ajar anak mengaji, lepas tu..jam 10 malam suruh anak-anak tidur,yang kecil minta didodoikan, lepas tuu...dan macam-macam lagi lepas tu....
Jam 11 malam rasa lega sikit,kerja rumah dah selesai,badan letih,sendi terasa sengal-sengal dek banyak bergerak kesana kemari. Ooops..belum lagi rupanya,suami pula minta dilayan,terpaksa jalankan tugas sebagai isteri. Alangkah letihnya jadi isteri. Ketika suami tidur isteri menadah tangan tinggi dan berdoa "Ya Allah Aku tak mau lagi jadi isteri walaupun sehari,kembalikanlah aku menjadi seorang suami,kabulkanlah doa hambaMu ini."
Namun...ada suara ghaib kedengaran 'mana mungkin Allah nak kabulkan doa kamu kerana hubungan kamu sebentar tadi telah membuahkan benih dalam rahim kamu, kamu kena tunggu lagi 9 bulan 10 hari baru boleh jadi suami balik."
"Apaa..!! 9 bulan 10 hari,aku kena beranak,aduh siksanya,ya Allah aku tak mau ya Allah, tak mahuuuu..!!!" Begitu Cik Mat berteriak.
Tiba-tiba..
Abang..bang.. apasal ni terjerit-jerit, mengigau ke siang-siang? Tu laa... tidur petang-petang tak baik tau..?
Bingkas ia bangun sehingga air goji yang baru separuh diminum tertumpah dilantai.
Allahuakbar,alhamdulillah aku jadi lelaki rupanya sambil mendakap isteri.
Hargailah pengorbanan isteri, bantulah isteri setakat yg termampu. Tolong jemur kain baju,lipat kain tidaklah menjatuhkan martabat seorang lelaki bergelar suami. Apatah lagi sekarang banyak suami yg dah pandai memasak.
Isteri kena faham, suami ikhlas membantu jangan pula disuruh-suruh di arah-arah..peliharalah kedudukan suami sebagai pemimpin rumahtangga, jika anda mengimpikan sesuatu kebahagiaan.
*cerita di atas hanyalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau mati
Mengejar bayang...
Ada tiga perkara yang akan mengikuti manusia. Yang pertama ketika roh tercabut, Yang kedua Ketika ke kubur dan yang ke tiga ketika dipadang Mahsyar.
Yang pertama yang menghantar kita setelah roh tercabut adalah harta.
Yang kedua yang menghantarnya ke kubur adalah keluarganya.
Yang ketiga yang menghantar ke padang Mahsyar adalah amalnya.”
Jumaat, 29 Oktober 2010
Kenapa anjing suka menyalak dan menjelirkan lidah
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
Habuk kayu boleh dijadikan gula
KUANTAN 28 Okt. - Habuk kayu yang dianggap sebagai bahan buangan kini mampu menghasilkan gula yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.
Menariknya, cetusan idea seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Menurut Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.
"Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu tersebut kepada bahan bernilai dan bermanafaat daripada ia dibiarkan begitu sahaja.
"Setakat ini habuk kayu hanya digunakan untuk penanaman cendawan, menghasilkan telur masin dan ternakan ayam.
"Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula," katanya.
Khamis, 28 Oktober 2010
Kesebokkan yg tidak berkesudahan
Nabi bersabda akhir zaman nanti manusia menjadi semakin sebok. Masa menjadi semakin singkat. Bebanan kerja semakin bertambah. Stres, tekanan jiwa menghantui kehidupan manusia akhir zaman.Seorang penyakit kurap akan merasa puas apabila ia menggaru tetapi selepas itu akan terasa kepedihan dan kesakitan. Hakikatnya manusia tidak akan tenang dan bahagia sekiranya tidak kembali kepada ajaran Islam. Setiap beban akan terasa ringan sekiranya mengikut amalan para Nabi dan Rasul.
Dari Ibnu Abbas ra berkata:Semasa ALLAH SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya dan lalu malaikat cuba memikulnya terasa sangat lah berat.Kemudian ALLAH SWT menyuruh malaikat membaca SUBHANALLAH.Setelah malaikat membacanya maka terasa ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya.
Ketika Allah swt menjadikan Nabi Adam as mula mula yg terkeluar dari mulut Adam ialah bersin lalu Allah swt mengilhamkan kpd Adam membaca "Alhamdulillah" setelah dibaca Allah swt menjawab “”Yarhamuka Rabbuka””(kerana rahmat itulah aku jadikan engkau) dan malaikat pula menjawab Yarhamkumullah.
Sebaik mendengar kalimah itu berkata lah malaikat ini adalah kalimah mulia dan sangat baik dan ia mengabungkan kalimah tersebut dengan membaca “”Subhanallah walhamdulillah". Setelah membaca kalimah tersebut maka terasa lagi ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya.
Tatkala pengikut nabi Nuh as ramai yg menyembah berhala maka Allah swt mewahyukan kpd nabi Nuh supaya membaca “”Laa ila hail lallah bagi mendapat keredhaan Allah. Setelah mendengar kalimah tersebut lalu malaikat berkata ini adalah kalimah ketiga yg besar dan baik lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi “”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH dan membacanya menjadikan Arsy semakin ringan serta malaikat membaca selama lamanya.
Semasa peristiwa nabi Ibrahim menjalankan korban anaknya nabi Ismail as dan digantikan dengan seekor kibas oleh Allah swt dan nabi Ibrahim as menyebut “”Allahu Akbar"kerana terlalu gembira nikmat yg di kurniakan Allah kepadanya.Berkata para malaikat inilah kalimah keempat yg sangat baik dan besar lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi Subhanallah Walhamdulillah Walaa ila hail lal lah Wallahuakbar" Ia menjadikan Arsy semakin ringan setelah membacanya dan terus membaca selamanya.
Ketika malaikat Jibrail menceritakan kesah ini kepada Rasulullah saw dan baginda menjawab Laa haula wala Quwwata illa Billahhil Aliyil A'ziem". Setelah malaikat mendengar kalimah tersebut maka digabungkan sehingga menjadi“Subhanallah Walhamdulillah Walaa ila hail lal lah Wallahuakbar Laa haula wala Quwwata illa Billahhil Aliyil A'ziem"
. Bertambahlah ringan arsy setelah membacanya seolah olah memikul kapas yg kecil dan ringan.
Amalkan zikir di atas dengan ikhlas nescaya kerja yang berat akan menjadi ringan,dan stres akan hilang InsyaAllah
Kenapa makin Rosak Akhlak Umat melayu ???
Harian Metro 27 Okt 2010
KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.
“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya. Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.
Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut.
“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah. Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan.
Ugut bunuh, bakar rumah emak
Harian Metro 27 Okt 2010
AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual. Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.
Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.
“Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya.
“Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar,” katanya. Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek. “Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
18 tahun dibelasah suami
Harian Metro 27 Okt 2010
IPOH: “Saya tak pernah kenal erti kebahagiaan sejak berkahwin dengannya lebih 18 tahun lalu. Sudah kering air mata mengenangkan nasib diri kerana syurga rumah tangga diimpikan pada awal perkahwinan bertukar menjadi igauan ngeri,” kata seorang suri rumah, Salina, 39, yang mendakwa didera suaminya secara fizikal dan mental sejak 18 tahun lalu.
Ibu kepada tiga anak perempuan berusia lima, 16 dan 18 tahun itu akhirnya nekad membuka mulut kelmarin selepas tidak sanggup lagi menanggung sengsara diperlakukan seperti ‘beg pasir’ oleh suaminya yang berusia 40 tahun.
“Saya dilayan seperti hamba oleh suami. Malah, nasib saya juga seperti digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu apabila terpaksa mengerah kudrat dan menebalkan muka bekerja di kilang dan kedai makan bagi menyara perbelanjaan harian dan anak-anak kerana suami tidak lagi memberi nafkah.
“Sikap buruknya tak berubah. Dia hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan setiap kali pulang, meminta wang daripada saya. “Jika tidak diberi, dia pukul saya malah dia juga pernah beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah tapi disebabkan tiada tempat dituju dan memikirkan nasib anak, saya pulang semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, kelmarin.
Salina berkata, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suaminya bertindak ganas memukul kepalanya dengan kerusi sehingga dia terpaksa melarikan diri ke rumah anak sulung tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh. Salina yang cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar di sebuah hospital berkata, sebelum ini dia tidak berani melaporkan kejadian dia didera kepada polis kerana takutkan suami yang juga bekas askar tetapi dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 2002.
“Tidak lama selepas berkahwin dengan saya, suami bernikah seorang lagi tapi isteri keduanya diceraikan tidak lama kemudian kerana perkahwinannya tidak mendapat persetujuan saya. “Dia kemudian berkahwin sekali lagi tapi bercerai kerana isteri ketiganya kerana menerima nasib sama seperti saya tetapi dia berkahwin kali keempat pada 2008,” katanya.
“Saya pernah beberapa kali minta cerai tapi dia enggan melepaskan saya. Saya berharap ada pihak sudi membantu menguruskan proses perceraian saya dan kini saya hanya bergantung hidup atas bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Maqam Para Sahabat Rasulullah SAW
Gambar makam sahabat Rasulullah SAW |
Oleh: blalang
"Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab الصحابه;) adalah bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda, mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam.
Para sahabat Rasulullah telah berjuang sehidup semati bersama Rasululllah SAW, yang telah membela Islam dan Nabinya dengan jiwa, raga dan hartanya dan telah berjasa mengembangkan Islam. Seperti Nabi Muhammad SAW, kita tidak pernah mengenal wajah-wajah mereka tapi kita mencintai mereka, para sahabat Nabi pilihan Allah SWT.
Berikut antara makam-makam mereka para sahabat yang mulia ini .Mudah-mudahan, nanti kita semua yang hina dan banyak dosa ini, diampuni dosa, diberi syafaat Nabi dan dikumpulkan bersama Nabi dan para sahabatnya yang mulia ini. Amiin ….
Makam Bilal bin Rabbah, sahabat Nabi dari negeri Habsyi (Ethiopia). Budak hitam yang diangkat menjadi muazin Rasulullah SAW. Kisah terkenal dari Bilal Bin Rabbah ialah kisah Bilal yang ditindih dengan batu besar di atas perutnya oleh kafir Quraisy, walau kesakitan tapi bibirnya hanya mengucapkan “Allahu Ahad … ahad …. Ahad.”
Makam Sahabat Nabi yang terkenal, Ubay bin Kaab. Nama lengkapnya Ubay bin Kaab bin Qis bin Ubaid al-Ansari al-Khazraji. Beliau adalah Sayyid al-Qurr’o (pemimpin para pembaca al-Quran). Biasa dipanggil Abu Thufail. Beliau adalah termasuk dalam golongan sahabat yang awal masuk Islam, setiausaha Nabi yang mashur, ketika kecil sudah turut menyaksikan perjanjanjian Aqabah, dan turut dalam banyak peperangan besama Rasulullah SAW. Beliau dikenali sebagai sahabat yang meriwayatkan hadis.
Makam Abu Adbullah Jabir Al-Anshary. Sahabat Nabi yang terkenal pandai dan kuat dalam hafalan pengumpulan dan periwayatan hadits. Berguru dan berbai’at sejak kecil dengan Rasulullah SAW. Diriwayatkan darinya terkumpul sekitar 1,540 hadis. Ia masih kecil semasa Perang Badar dan Uhud berlaku. Beliau adalah diantara yang ikut sumpah setia kepada Rasulullah di Bai’ah Ridwan.
Makam sahabat Nabi yang agung, Abu Dzar Al-Ghifari. Sahabat kebanggaan Nabi yang dikenali akan memberi kritikan pedas kepada pemimpin yang menyimpang dan pada siapa saja tanpa rasa takut dihukum.
Makam sahabat yang terkenal Anas bin Malik. Ia adalah sahabat kesayangan Nabi. Ia adalah sahabat yang dikatakan Abu Hurairah, “aku belum pernah melihat orang yang solat menyerupai solatnya Rasulullah SAW kecuali Ibn Umm Salim (Anas bin Malik).” 10 tahun ia menjadi khadim (pelayan) Rasulullah dan dialah yang meriwayatkan hadis bahawa selama 10 tahun bersama Nabi. 2287 hadis terkumpul darinya selama ia bersahabat dengan beliau. Wafat pada tahun 91 Hijrah, berumur 99 tahun.
Gambar di atas bukan makam tapi runtuhan rumah Abu Ayub Al-Ansari, sahabat Nabi yang dikenali kekayaan dan kedermawanannya. Rumah ini adalah rumah yang dikunjungi Rasulullah SAW ketika setelah baginda berhijrah ke Madinah.
Makam Jaafar Ibn Abi Talib di Jordan, sepupu Rasulullah SAW.
Makam sahabat Nabi, Salam al-Farisi. Salman al Farisi dikenal sebagai “Imam”, “Pewaris Islam”, “Hakim yang Bijaksana”, “Ulama yang Berpengetahuan Luas”, “Ahlul Bayt”. Semua gelaran trersebut diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad saw.
Penyucian Hati....
3. Hentikan segera semua dosa2 besar dan dosa2 kecil
4. Jauhi semua pergaulan yang sia2 dan pergaulan yang boleh membawa kepada dosa.
5. Wiridkan zikir La-Ilaha Illa-Allah setiap hari . Lagi banyak lagi baik. Kerana zikrlullah adalah ubat, pencuci dan penyembuh bagi segala penyakit hati dan dosa! Mulai dengan 100 kali sehari semalam.
6. Wiridkan solawat atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam - sekurang2nya 100 kali.
7. Lazimkan baca Al-Quran walaupun sedikit
Wallahu A'lam
Binatang Yang DiPanjangkan Umurnya....
Cacing warna warni ini hidup di dasar laut selama 179 sehingga 250 tahun
Rabu, 27 Oktober 2010
Ya Allah lindungilah kami dari segala malapetaka
Sekurang-kurangnya 154 orang terkorban manakala kira-kira 400 lagi masih hilang, kata para pegawai.
"Mereka kehilangan rumah masing-masing dan sekarang memerlukan banyak bantuan. Khemah tiba hari ini, tetapi kita masih perlukan banyak lagi," kata ketua pengurusan bencara daerah Sumatera Barat, Harmensyah.
"Kita perlu mencari orang yang hilang secepat mungkin. Sebahagian daripada mereka mungkin telah menyelamatkan diri di kawasan pergunungan. Tetapi mungkin ramai juga yang telah dihanyutkan."
Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka.
Gempa bumi yang melanda Isnin lalu di kepulauan Mentawai - sebuah kawasan yang popular dengan aktiviti peluncuran, mencetuskan tsunami setinggi tiga meter (10 kaki) dan memusnahkan 10 buah kampung.
Sementara itu ombak tsunami melonjak sejauh 600 meter ke daratan kepulauan Pagai Selatan, kata para pegawai. Di pulau Pagai Utara, sebuah pusat peranginan dan hampir 200 rumah musnah.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan tempoh lawatan ke Vietnam untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin negara-negara Asean dan dalam perjalanan ke Mentawai. Menurut para pegawai, beliau dijangka tiba pada hari Khamis. - AFP
Zalimkah Allah kerana Mencipta Neraka ???
Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga