Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 21 Oktober 2010

Belut dagingmu sedap tapi badan mu......


Masa aku sekolah rendah dulu suka sangat aku dengan laksa Pak Awang. memang sedap sungguh. masa tu harga 20 sen pun dah boleh beli. Kuahnya kemerah-merahan,pekat dan rasa manis ikan.


Suatu hari aku rasa laksa Pak Awang dah tak berapa sedap. Akhirnya aku dapat tahu juga rahsia sedapnya laksa Pak Awang kerana ia menggunakan ikan belut sebagai kuah. Bila ada orang tahu Pak Awang telah menggantikannya dengan ikan temenung itulah rasa kuahnya dah tak berapa ummmh!

Bagi diriku binatang jenis panjang-panjang ni memang fobia. Kalau jumpa ular walaupun kecil aku akan lari sekuat hati sampai tak pandang belakang. Spesis belut ni aku cukup geli dengan bentuk badannya yang panjang menyerupai ular cuma tak dak sisik. Ceritalah sedap macam mana sekalipun kalau dah tahu itu daging belut memang aku tak jamah sedikit pun.


Baru-baru ini sahabatku ada membawa belut masak cabai. Tengok member-member yang lain punya pulun makan sampai tak pandang kiri kanan. Entahlah... mungkin akan sampai masanya nanti aku dah tak rasa geli lagi dengan belut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan