Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 11 Oktober 2010

Berpantang Maut Sebelum Ajal




Suatu hari aku menerima jemputan seorang sahabat baik untuk memberi ceramah maulidul Rasul di tempat beliau. Tempatnya tersangat jauh sama ada melalui jalan darat atau jalan laut. Jalan darat hanya kenderaan pacuan 4 roda sahaja yg boleh melaluinya itupun sangat mencabar terpaksa melalui beberapa anak-anak sungai dan kawasan berbukit yang sangat licin jika hujan.

Aku mengambil keputusan untk melalui jalan laut dengan menaiki tongkang memakan masa 8 jam untuk sampai. Kami bertolak sekitar jam 10 malam dan menurut tekong bot insyaallah akan sampai ke Tanjung Labian sekitar jam 5 pagi

Sebenarnya aku sudah biasa dengan bot jadi tak lah terasa teruja sangat tetapi yang terfikir dalam benakku ialah faktor keselamatan diri sepanjang perjalanan. Aku mendapat tahu bot-bot mudah di serang olen mundu (lanun laut) bila-bila masa sahaja dalam perjalanan. Apatah lagi persisiran laut yang akan kami lalui berhampiran dengan kepulauan Sulu seperti Pulau Mataking dan Pualu Sibutu. Walau rasa cemas menguasai diri tetapi aku tetap bertekad untuk pergi kerana niatku ke sana adalah sangat murni untuk berdakwah. Andaikata aku gugur jika ada sesuatu berlaku aku akan mati syahid itu yang berbisik di hati kecilku.

Jangkaanku tepat dalam beberapa jam perjalanan,beberapa orang pekerja bot telah mengarahkan kami bersembunyi di dek bawah dekat dengan injin. Aku yang tak tahu apa-apa ditolak hingga keting kakiku berdarah. Mungkin terlanggar kayu. Kami bersembunyi di bawah dalam kegelapan malam. Aku mendengar juga beberapa penumpang berdoa mohon keselamatan dari Allah swt.

Namun begitu mataku masih boleh melihat cahaya bintang di langit dan tiba-tiba mataku melihat cahaya merah hijau kuning silih berganti. Bersama dengan deruan injin yang kuat aku mendengar teriakkan kuat. 'Teruskan perjalanan...teruskan perjalanan' Rupanya bot kami hampir di serang lanun namun kebetulan terdapat bot polis marin laut kami diselamatkan dengan tembakkan amaran cahaya yang menyebabkan bot lanun bergegas beredar dan membatalkan hasrat untuk merompak bot yang aku tumpangi.

Bila diberitahu ada lanun nak serang bot barulah aku terasa sendi-sendiku tersangat lemah. Peluh dingin memercik di dahi Nak berdiripun tak bermaya. Alhamdulillah sekitar jam 5.30 pagi aku selamat sampai dan disambut oleh sahabatku. Sambil tersenyum simpul ia bertanya... amacam ustaz ok ke?? Aku jawab selamba "Ok lah nasib baik tak Ko hampir kering darahku dibuatnya. Aku tidur sepanjang hari kerana malamnya nak ceramah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan