Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 17 Oktober 2010

POK- KE ...CICAK GEKKO-GEKKO



Hari sabtu yang lalu saya bersama Ustad Man Mistik di bawa oleh seorang teman yg bekerja di Majlis Perbandaran Taiping meninjau satu kawasan tanah yang dikelilingi oleh bukit bukau menghijau di Pekan Trong.
Apa yang menariknya kami ditunjukkan tempat bersarangnya satu spesis yang menjadi kegilaan masyarakat kini untuk menangkap dan menjualnya. Speses ini mempunyai nilai komesial yang sangat tinggi. Seekor sahaja boleh ditawarkan sehingga 30 ribu. Binatang yang maksudkan disini ialah 'Pokke'. Ia sejenis cicak besar yang setengah tempat memanggil cicak gekko-gekko.

Nak menangkapnya bukanlah mudah. Ia bersarang di dalam lubang besar di atas pokok. Terpaksa berhati-hati kerana binatang ini juga mempunyai bisa yang kuat apabila menggigit. Ia dinamakan Pok ke kerana apabila ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya
dan boleh di dengar hampir 1 kilometer.

Menurut penangkap cicak pokke ini mereka pun tidak tahu apa khasiatnya, tetapi ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR8fRVufhIHgzKIOcIPiWc1kltJs3SobN555V00Ub-CMIr9fuTdAjLZDc0QOynwmq2icSe6Wi_OqjhL7YthwM0Os28mkFOAjLw6PBn25W6dYiSL4MbjxBdvotkFAB8SYB5wdTanv0_mC4/s1600/tokek5.jpg

Dalam perubatan tradisional China bagi mengubati tumor atau kanser. Selain itu .. zat yang diperolehi dari cicak tokek juga dikatakan mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan disamping mampu melawan penyakit HIV dan H1N1.

salam,

memang benar tokek ni berharga...di perlis(kg sungai bugis/simpang empat) telah dijual semalam 300gm 40ribu,dibeli oleh tokey dari singapura secara tunai!

Mankuchai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan