Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Andainya Aku ditakdirkan jadi wanita..

Sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan Che Mat (bukan nama sebenar) terlalu sebok dgn pelbagai tugasan di pejabat. Bekerja 8 jam sehari. Mempunyai seorang isteri dan tiga cahayamata. Isteri suri rumahtangga sepenuh masa.

Keletihan bekerja menyebabkan Che Mat sering mengeluh. Jam 5 .30 petang sambil merehatkan badan di sofa Che Mat termenung panjang. Tak semena-mena dia tadahkan tangan berdoa.


"Ya Allah aku bekerja 8 jam sehari, sedangkan isteriku tinggal di rumah bersama dgn anak-anakku. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Aku mohon pada-Mu apalah kiranya Engkau tukarkan aku menjadi isteri walaupun dalam tempoh sehari dan isteriku sebagai lelaki(suami) supaya dia dapat merasakan betapa penatnya aku bekerja mencari rezki"


Allah Maha kaya,takdir Allah berlaku, pagi besoknya sedar-sedar Che Mat telah menjadi seorang isteri dan terpaksa bangun awal dan bergegas-gegas ke bilik air. Berus gigi, solat subuh dan terus ke dapur menyediakan sarapan utk suami dan anak-anak. Bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan. Pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Kemudian menggosok pakaian suami dan anak,lepas itu membetulkan baju anak-anak untuk ke sekolah. Menyediakan bekal air untuk anak-anak bawa ke sekolah.

Keluar sekejap untuk pastikan injin kereta dipanaskan dan bergegas hantar anak ke sekolah. balik dari sekolah terus ke pasar utk membeli ikan dan keperluan dapur yg lain. Dekat 2 jam sampai ke rumah,simpan barang yang dibeli dan masukkan ikan dalam peti ais,bergegas pula ke bilik air. Kutip pakaian kotor untuk dibasuh,kemudian menjemur pakaian diampaian belakang rumah.


Selesai, segera pula ke dapur,mula memasak untuk anak-anak yg akan balik jam 12.45 tengahari Selepas masak, 12.30 tengahari bergegas pula ke sekolah utk ambil anak. Siap makan anak-anak sebelum mengatur anak-anak membuat kerja rumah yg diberikan oleh cikgu. Di samping itu menyapu dan mengemas agar jangan nampak bersepah sangat


kain di jemuran diangkat,anak bongsu pula menangis kerana terjatuh,terpaksa pujuk anak sekejap. Supaya tak terlewat, solat zohor dan tak sempat nak berwirid panjang, tarik bakul kain utk dilipat.


3 30 petang tuisyen anak,siapkan anak dan hantar ke kelas tuisyen 1/2 kilometer dari rumah. Sedar tak sedar azan asar berkumandang, solat asar dan bergegas pula utk menyediakan juadah petang utk suami yg akan balik. Kepulangan suami disambut,pakaian suami yg agak kotor dimasukkan dalam mesin basuh. Ketika suami mandi goreng cekodok kegemaran suami. Selesai sarapan petang membasuh pinggan mangkuk,gelas dan kedapur untuk menyiapkan juadah makan malam.


Selepas solat maghrib layan suami dan anak-anak makan,lepas tuu cuci pinggan,lepas tu.. mandikan anak yg masih kecil, lepas tu...ajar anak mengaji, lepas tu..jam 10 malam suruh anak-anak tidur,yang kecil minta didodoikan, lepas tuu...dan macam-macam lagi lepas tu....


Jam 11 malam rasa lega sikit,kerja rumah dah selesai,badan letih,sendi terasa sengal-sengal dek banyak bergerak kesana kemari. Ooops..belum lagi rupanya,suami pula minta dilayan,terpaksa jalankan tugas sebagai isteri. Alangkah letihnya jadi isteri. Ketika suami tidur isteri menadah tangan tinggi dan berdoa "Ya Allah Aku tak mau lagi jadi isteri walaupun sehari,kembalikanlah aku menjadi seorang suami,kabulkanlah doa hambaMu ini."


Namun...ada suara ghaib kedengaran 'mana mungkin Allah nak kabulkan doa kamu kerana hubungan kamu sebentar tadi telah membuahkan benih dalam rahim kamu, kamu kena tunggu lagi 9 bulan 10 hari baru boleh jadi suami balik."
"Apaa..!! 9 bulan 10 hari,aku kena beranak,aduh siksanya,ya Allah aku tak mau ya Allah, tak mahuuuu..!!!" Begitu Cik Mat berteriak.

Tiba-tiba..


Abang..bang.. apasal ni terjerit-jerit, mengigau ke siang-siang? Tu laa... tidur petang-petang tak baik tau..?


Bingkas ia bangun sehingga air goji yang baru separuh diminum tertumpah dilantai.
Allahuakbar,alhamdulillah aku jadi lelaki rupanya sambil mendakap isteri.


Hargailah pengorbanan isteri, bantulah isteri setakat yg termampu. Tolong jemur kain baju,lipat kain tidaklah menjatuhkan martabat seorang lelaki bergelar suami. Apatah lagi sekarang banyak suami yg dah pandai memasak.


Isteri kena faham, suami ikhlas membantu jangan pula disuruh-suruh di arah-arah..peliharalah kedudukan suami sebagai pemimpin rumahtangga, jika anda mengimpikan sesuatu kebahagiaan.


*cerita di atas hanyalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau mati

1 ulasan:

  1. citer tipu je ni..fiksyen
    nk citer btol yg bleh buktikan kepayahan hidup seorang wanita..

    BalasPadam