Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 3 Oktober 2010

GANGGUAN MENTAL MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN



Amuk hayun pedang

Harian Metro 2010/03/12 MASJID TANAH: Akibat mengalami kemurungan berpanjangan, seorang lelaki bagai hilang pertimbangan apabila didakwa menghayun sebilah pedang samurai sepanjang satu meter secara tiba-tiba kepada sekumpulan remaja di Taman Datuk Setia, Kampung Ramuan Cina Besar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia lewat 40-an terbabit dikatakan keluar dari rumahnya sambil menyeret pedang samurai lalu berjalan menuju ke arah kumpulan remaja yang sedang berborak di rumah jirannya sebelum menghayun senjata berkenaan secara rambang.

Berikutan itu, kumpulan remaja lelaki berkenaan terkejut sebelum melarikan diri ke belakang kawasan perumahan berkenaan apabila melihat lelaki terbabit mengejar mereka dengan pedang samurai.

Seorang remaja terbabit, Mohd Fakaruddin Ghazali, 19, berkata dia nyaris tersungkur apabila tidak semena-mena lelaki dikenalinya itu secara tiba-tiba naik angin, menerjah ke kawasan rumahnya tanpa berkata apa-apa terus menghayun pedang samurai ke arahnya. Menurutnya, sebelum itu dia nampak lelaki berkenaan keluar dari rumah sambil menyeret pedang samurai berkilat, manakala sebelah tangan lagi memegang sarung sambil mata merenung tajam ke arah mereka bertiga yang sedang berbual.

“Mujur ketika itu, kami ternampak dia dan terus bangun dari kerusi untuk melihat apa yang berlaku. Kami redah apa yang berada di depan ketika lari menyelamatkan diri daripada hayunan pedang samurainya,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga anak sulung daripada tujuh beradik dipercayai tidak bekerja, dan tinggal berseorangan di rumah peninggalan arwah kedua orang tuanya. Difahamkan, dia dipercayai mengalami kemurungan selepas kematian ibunya kira-kira setahun lalu menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa tujuan berikutan adik-adiknya sudah berkeluarga.

Penduduk, Yunan Ghani, 54, berkata lelaki terbabit sebelum ini tidak pernah mengganggu orang cuma dilihat kerap termenung di tembok hadapan rumahnya sambil mendengar pemain muzik mudah alih.

Menurutnya, secara kebetulan ketika kejadian dia berada di belakang rumah apabila terdengar riuh-rendah dan jeritan apabila anak lelakinya bersama rakannya dilihat bertempiaran lari.

“Saya terus menghubungi polis apabila melihat lelaki berkenaan berlegar-legar di depan rumah sambil memegang pedang samurai,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan sudah ditahan kira-kira jam 10.45 pagi semalam dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut ketika dia keluar dari rumahnya.

Dalam tempoh satu hari pada 23 April 2010 terdapat 1 kes bunuh diri pelajar Melayu Tingkatan 1 di Johor dan 1 kes cubaan bunuh diri pelajar Tingkatan 2 di Perlis.

Itu yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan ?

Kajian pakar tahun 2007 menyatakan gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang di Malaysia ini.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

Apa dah jadi dengan 1Malaysia ?

Apa dah jadi dengan usaha dakwah ?

Mana pergi papan-papan tanda menyeru melakukan solat ? Yang banyak papan tanda sekarang ini ialah papan tanda politik, papan tanda buat duit, bisnes itu, bisnes ini, papan tanda gambar pemimpin.

Buatlah kempen kita beramai-ramai ke masjid cari ketenangan. Buatlah khidmat nasihat percuma di semua masjid dan surau.

Kita ni negara umat Islam, kenapa harus ada begitu tinggi kadar bunuh diri, kanak-kanak pula tu.

Tak yakinkan kita dengan syurga dan neraka ? Tak yakinkah kita dengan pahala dan dosa ? Tak yakinkan kita dengan bidadari ? Tak yakinkah kita dengan arak halal di akhirat ?

Yang penting tak yakinkah kita dengan Allah dan RasulNya ?

Bangunlah wahai umat Muhammad SAW. Bangunlah bangsa Melayu. Bangunlah rakyat Malaysia.

APA YANG KITA KEJARKAN INI ?

Jangan bepeluk tubuh dengan mengambil sikap tunggu dan lihat. Sikap mengatakan anak orang, bukan anak kita.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukhayunpedang/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan