
Seorang sahabat kepada Imam Malik menceritakan tentang pengalaman beliau memandikan jenazah seorang wanita di Kota Madinah. Tiba-tiba tangannya melekat pada alat kelamin jenazah wanita tersebut. Orang ramai jadi bingung dgn kejadian itu. Adakah perlu tangan wanita pemandi jenazah itu di potong atau di potong sahaja alat kelamin jenazah tersebut.
Perkara ini di bawa kepada Imam Malik. Imam Malik menegaskan mungkin sipemandi mayat ada berkata sesuatu. Bila diselidiki rupanya wanita pemandi mayat ada menyatakan sesungguhnya perempuan ini suka melakukan zina sambil tangannya menyentuh alat kelamin jenazah wanita tersebut. Tak semena-mena tangannya terus melekat tak boleh diangkat lagi.
Bila diberitahu kpd Imam Malik, beliau menjawab ini satu tuduhan(khazaf) tanpa bukti yang jelas. Wanita si pemandi mayat perlu disebat sebanyak 80 kali. Lalu wanita itu disebat sehingga 80 kali barulah tangannya terlepas dari melekat pada alat kelamin mayat wanita tersebut
Saya tak pernah dengar cerita sebegini, ini kali pertama. nak percaya dengan tidak sama banyak.Saya cuba merujuk beberapa kitab-kitab rujukan. Kisah ini diambil dari Lisan al-Mizan yang dinukilkan oleh Al-Hafiz Qutbudin al Halabi. Antara orang yg menceritakan kisah ini ialah Yaakob ibnu Ishak Al-Asqalani.
Imam Al-Zahabi termasuk Al-Sheikh Hafiz Ibnu Hajar menegaskan bahawa Yaakub Ishak Al-Asqalani sebenarnya suka mereka-rekakan cerita. Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan cerita ini terlalu pelik dan sekali gus kisah tersebut amat lemah dan tak boleh dijadikan hujah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan