Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 26 Oktober 2010

Kubur Meletup


Puluhan penduduk Desa Sanggrahan, Boyolangu, Kabupaten Tulungagung, Indonesia mengerumuni sebuah kubur yang meletup disitu.

kubur / makam tersebut adalah tempat bersemadi seorang perempuan tua bernama Mbah Rosiah yang dikenali sebagai dukun kondang atau bomoh dikawasan tersebut.

belum diketahui penyebab meletupnya kubur tersebut yang terletak di tanah peribadi seluas 50x10 meter tersebut. Bu Rosiah dimakamkan disana setelah meninggal dunia akibat kolestrol tinggi pada 1 Mac 2009 ketika berumur 67 tahun.

saksi kejadian, Ngadiron (42) menceritakan bahawa sebelum kubur tersebut meletup pada petang Selasa (09/05/2010), kelihatan kepulan asap putih di tengah-tengah kubur tersebut. dia juga menghidu bau harum semerbak seperti bau kayu cendana.namun Ngadiron tidak menghiraukannya kerana menganggap asap yang keluar dari kubur tersebut adalah embun biasa.

tambahnya lagi, keesokan paginya lebih kurang pada jam 7.30 pagi, dia melalui lagi ke kubur tersebut dan melihat kepulan asap masih tidak berhenti namun masih tidak diendahkannya.

lebih kurang sejam kemudian, Ngadiron terdengar bunyi letupan kuat yang bergegar seperti bunyi bom. setelah diperiksa, letupan tersebut terjadi di kubur dukun Mbah Rosiah tersebut.

akibat letupan tersebut, kubur menjadi rosak. binaan atas kubur berteraburan dan pasir yang berada didalam kubur juga meletup keluar. tidak lama selepas itu ramai warga kampung mula mengerumuni kubur tersebut dan berasa terkejut dan mengesyaki letupan tersebut sebagai sesuatu yang aneh dan pelik.

Bukan hanya warga setempat yang heboh akibat meletupnya kubur Mbah Rosiah, namun sang suami, Panudi, 58, juga terkejut melihat kubur isterinya tersebut.

Panudi mengatakan bahawa ramai warga kampung yang melihat keadaan kubur isterinya, Mbah Rosiah tersebut adalah kerana rasa terkejut yang sangat besar. ini kerasa semasa hayatnya, Mbah Rosiah terkenal sebagai dukun atau bomoh yang selalu mengubati orang yang menghidap penyakit yang pelik-pelik.kalau ada apa-apa di desa ini, penduduk setempat selalu meminta petunjuk daripada Mbah Rosiah, katanya lagi.

namun menurut kata pihak polis, penyebab letupan tersebut masih belum dapat dipastikan. namun mereka mengesyaki letupan tersebut adalah disebabkan wap panas yang berada didalam tanah. kerana tidak mampu menahan wap tersebut, akhirnya kubur tersebut meletup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan