Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 23 Oktober 2010

Tak Berperi kemanusiaan....


Seorang ibu tunggal berusia 60han begitu sabar menunggu di stesyen bas Taiping. Sesekali tangannya menyentuh beberapa bungkusan plastik dibawah kerusi sambil matanya liar memerhati bas yang keluar masuk.

Seorang wanita muda bersama seorang anak berusia 4 tahun memerhati dari jauh. Kemudian berjalan mundar mandir dan kemudiannya menghampiri wanita tua itu sambil menegur dengan lembut.

Terpinga-pinga juga perempuan tua apabila perempuan muda yang tak dikenalinya menegurnya,wajahnya terukir senyuman dan tangannya memegang erat tangannya. "Maaf makcik saya suka sangat tengok mak cik sebab rupa dan perilaku makcik macam aruah mak saya. Mak dah sebulan meninggal dunia"

Tersentuh juga hati perempuan tua tersebut apatah lagi sebagai ibu tunggal anak-anaknya pun dah besar panjang tapi tinggal berjauhan. Pertemuan yang singkat telah membuahkan kemesraan sehingga ia sendiri menganggap perempuan muda itu seperti anaknya.

Perempuan muda itu menawarkan diri untuk menghantar pulang ke rumah tak perlu naik bas tanpa segan silu perempuan tua itu menerimanya. Kebertulan pula suaminya sudah siap menunggu dalam kereta.

Sampai di laman rumah giliran ibu tua pula mengajak suami isteri itu masuk sekurang-kurang untuk membasahkan tekak. Walaupun berbagai alasan diberi kerana ada urusan lain tetapi ibu tua yang dah termakan budi bersungguh-sungguh memujuk "Tadi kan dah cakap, makcik nii macam mak sendiri...tak kanlah tak sudi masuk rumah buruk makcik ni? bukan ada sesiapa makcik dok sorang je... "

Kerana tak sampai hati suami isteri masuk sekejap, anaknya yang tertidur di kereta dibiarkan.Injin kereta tak dimatikan dan aircond terpasang.

Sejurus Ibu tua keluar dari dapur membawa air dan sedikit roti kering dan diletakkan atas meja,suami perempuan muda bingkas bangun dan menarik kuat wanita tua itu ke tiang. Perempuan muda cepat-cepat mengikat badan dan tangannya di tiang. Alangkah terperanjatnya ibu tua kerana menyangka mereka orang yang baik rupanya seorang penjahat dan berniat untuk merompok. "Makcik kalau jerit kami bunuh...duduk dia-diam. Perempuan muda menarik satu demi satu gelang emas di tangan, suaminya pula sebok menggeledah rumah mencari duit dan barang yang bernilai.

Inilah akibatnya kalau mudah sangat percara dekat orang yg tak dikenali. terutamanya warga tua. Kesilapan mereka suka sangat pakai barang kemas bila kelauar membeli belah. Amalan ini boleh membawa padah. Cerita penipuan begini selalu juga saya dengar. Nasib baik hanya barang berharga sahaja yang di rompak,samun. Ada kes lain mereka sanggup membunuh apabila warga mas itu melawan.

buat ibu-ibu diluar sana berhati-hatilah apabila keluar rumah jangan cepat percaya kepada orang yang tak dikenali.

wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan