Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 10 Oktober 2010

FATAMORGANA PERJUANGAN


Kisah yang dinukilkan dalam riwayat ini melibatkan mereka yang bukan calang-calang..Seorang mengugurkan darahnya di medan perang. Seorang lagi bertaraf ulama yang padanya telaga ilmu untuk dicurahkan. Dan seorang lagi kekayaannya diagih kepada mereka yang memerlukan.

Sesungguhnya mereka ini hebat pada pandangan manusia. Namun dihina disisi Tuhan. Mereka menyangka amal mereka berlimpah dengan berkat dan rahmat, hakikatnya semua itu kontang dari sifat al-ikhlas. Maka mereka dihitung sebagai pendusta. Pendusta dalam 'amal soleh' mereka!!

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya manusia yang pertama kali diadili pada hati Kiamat adalah orang yang mati syahid. Maka, didatangkannya lalu diperlihatkan nikmat-Nya, dia pun tahu akan nikmat-nikmat itu. Lalu Allah s.w.t bertanya, "apa yang kamu lakukan (amalkan) di dalamnya?" Orang itu menjawab, "Saya berperang di jalan-Mu hingga mati syahid." Allah s.w.t berfirman, "Kamu dusta! Kamu berperang, agar kamu dikatakan pemberani, seorang pahlawan!" Maka kemudian malaikat diperintah untuk menyeret wajahnya hingga dilempar ke dalam neraka.

Selanjutnya, didatangkan ulama; orang yang belajar ilmu, mengajarkannya, serta membaca Al-Qur'an. Maka, didatangkanlah orang tersebut lalu diperlihatkan nikmat-Nya. Dia pun tahu akan nikmat-nikmat itu. Lalu Allah s.w.t bertanya, "Apa yang kamu lakukan (amalkan) di dalamnya?" Orang itu menjawab, "Saya belajar ilmu dan mengajarkannya, serta membaca Al-Qur'an untuk-Mu." Allah s.w.t berfirman, "Kamu dusta! Kamu belajar dan mengajarkan ilmu serta membaca Al-Qur'an supaya kamu dikatakan alim, supaya kamu dikatakan seorang qori!" Maka kemudian malaikat diperintah untuk menyeret wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.

Berikutnya. didatangkan orang yang diluaskan rezekinya oleh Allah dan Allah memberikannya semua bentuk harta kekayaan yang beraneka ragam. Maka, didatangkannya lalu diperlihatkan nikmat-Nya, dia pun tahu akan nikmat-nikmat itu. Lalu Allah s.w.t bertanya, "Apa yang kamu lakukan dengan hartamu yang melimpah itu?"
Orang itu menjawab, "Saya gunakan seluruh harta itu untuk berbelanja di jalan-Mu, ya Allah!" Allah s.w.t berfirman, "Kamu dusta! Kamu kerjakan semua itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang dermawan!"
Maka kemudian malaikat diperintah untuk menyeret wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.

(mafhum HR. Muslim)

Tak terfikirkah kita bahawa setiap amalan kita serta perjuangan kita ini akan dibeli oleh Allah swt.. Namun malangnya kita merasakan diri sudah cukup hebat dgn amalan tetapi malangnya tidak diterima oleh Allah. Sirah Nabawi merakamkan bagaimana gugurnya Qazman dalam peperangan tetapi Rasulullah tidak mengikhtirafnya sebagai syahid. Rasulullah saw mwnyatakan sesungguhnya Qazman berjuang kerana asobiyah ansar.

Apakah kita jujur dengan perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Apakah selama ini kita sanggup berkorban demi Islam yang tidak menjanjikan habuan duniawi utk kita. Apakah kita cekal menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan yang boleh menyedut semangat perjuangan kita???

Justeru perbetulkan nawaitu. Walau pun sedikit sumbangan kita untuk Islam tetapi ikhlas lebih bernilai dari amalan yang banyak penuh kepura-puraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan