Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 6 Oktober 2010

Makan sekali kenyang sepanjang hayat


Imam Tajuddin Ibn al-Subki (w. 771H) bercerita dalam bukunya Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra (beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) tentang seorang perempuan yang suaminya yang baru sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa dengannya di dalam syurga.

Suaminya memberi perempuan ini sedikit daripada makanan syurga yang sedang disantapnya. Wanita itu berkata, “Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih daripada salji dan susu. Rasanya lebih manis daripada madu dan gula. Lebih lembut daripada mentega dan samin.”

Setelah terjaga dari tidurnya, wanita ini berasa sangat kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya.

Rujukan
Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra (beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan