Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 29 Oktober 2010

Habuk kayu boleh dijadikan gula


Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim menunjukkan gula yang dihasilkan daripada habuk kayu di UMP, Jalan Gambang, Kuantan, semalam.


KUANTAN 28 Okt. - Habuk kayu yang dianggap sebagai bahan buangan kini mampu menghasilkan gula yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.

Menariknya, cetusan idea seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Menurut Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.

"Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu tersebut kepada bahan bernilai dan bermanafaat daripada ia dibiarkan begitu sahaja.

"Setakat ini habuk kayu hanya digunakan untuk penanaman cendawan, menghasilkan telur masin dan ternakan ayam.

"Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan