Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 31 Oktober 2010

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud


Dalam Surah Al-Kafhi Ayat 83 Hingga 98 ada disebut tentang tembok besi yang dibina oleh Zukarnain bagi menghalang Yaajud Dan Maajud.

"Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.(Al-Kahfi ayat 93)

Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?” (Al-Kahfi ayat 94)


Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.(Al-Kahfi ayat 95)


Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: “Tiuplah Dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya”.(Al-Kahfi ayat 96)


Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi ayat 97)


(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.(Al-Kahfi ayat 98)


Sememangnya Yakjud dan Makjud akan muncul selepas runtuhnya tembok yang didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. Dalam satu Majalah arab yang saya baca saya bertemu dengan satu artikel yang mendakwa bahawa Yakjud dan makjud akan minum air tasik sehingga kering sebelum memulakan perjalanan melakukan kerosakkan di atas muka bumi.dan Tasik itu ialah ialah Tasik yang terdapat di utara Jordan.

Wallahuaklam.

http://gg999gg.jeeran.com/bq3.jpg

صوره للبحيره التي سيشرب منها يأجوج ومأجوج كامله حتى تنشف.. وهى مجرى نهر الاردن في المنطقة شمال بحيرة طبريا


Gambar Tasik yang akan diminum oleh Yakjuj dan Makjuj yang terletak di Utara Jordan.




1 ulasan:

  1. Kelompok Yakjud wa Maajud pertama yang mengeringkan airnya (tasik galilee) dan kelompok kedua akan berkata dahulu kawasan ini berair. Terbukti sekarang ia sudah mula beransur2 mengering. Persoalannya adakah kelompok pertama mereka sudah wujud? Pandangan saya "YA"

    BalasPadam